07 November, 2008

Dan sebenarnya


Owh..ini bukan aku..aku rasa ramai yang kenal/tahu siapa gadis manis ini. Aku cuma kaitkan gadis itu dengan tajuk blog aku ni je. Sebenarnya aku tak pasti dah berapa kali aku ubah-edit-tukar layout & tajuk blog aku ni (sila lihat tarikh yang tertera di atas). Ia menunjukkan betapa lamanya aku memeram catatan pertama blog ni. Hopefully lepas ini aku dah tak sibuk nak fikir-fikir untuk ubah tajuk lagi. Bagi aku sangatlah rumit utk memilih tajuk yang 'cocok' dengan aku dan blog aku. Maybe aku ni 'complicated person' atau terlalu berfikir akan kesesuaian tajuknya dan aku. Huhu..rasa macam aku dah nak start merepek pulak. Anyway blog ni dah lama 'bersawang'..susah benar aku nak mencari mood untuk mencatat cerita aku kat sini. Aku suka baca blog orang sambil berfikir-fikir betapa kreatifnya dorang menyusun kata, membuka cerita tentang kejadian diri, manusia dan keadaan sekeliling. Adakah aku ni beratribut ekstrovet tahap kronik sampai nak 'memblogkan diri' pun susah?

Anway,bab melayan perasaan cintan cintun bak lagu si Yuna ni mungkin kureng relevan dengan aku...tapi seronok juga kalau lagu ini dinikmati bersama desiran angin laut atau bersama hamparan rumput nan menghijau sambil memandang langit nan biru atau kerdipan bintang bersama cahaya bulan yang benderang. Hmmm....(tgh membayangkan nih).

Dan aku mula terbayang..membayang...melayang-layang. Lalalala~!
Noktah!