10 August, 2009

Air terjun anugerah Ilahi

Masuk bulan ketiga, mungkin rezeki pengantin baru(baru la sgt!)aku dapat bertukar tempat kerja..so tak sempatlah aku merasa perkahwinan PJJ. Alhamdulillah. Jadinya, pabila bekerja di tempat baru..perlulah catch up segala jenis tugas-tugas baru yang dipertanggungjawabkan. Disebabkan team aku baru settle buat roll-out satu sistem baru..jadi banyak perkara yang perlu kami settlekan di pejabat. Dari pagi bawak ke malam, menelaah sistem bersama vendor..testing itu ini. Waktu tu, asal petang je aku rasa pening-pening..pastu malam rasa macam nak demam. Aku biarkan dulu. Then aku perasan period aku dah lewat 3 hari,tergerak hati nak buat UPT dan jeng..jeng..jeng..double line! 3,4 kali aku baca instruction kat kotak UPT tu untuk confirmation. Aku ingat nak pegi klinik esok aje untuk check up. Tup-tup husband aku tu terus ajak pegi klinik tapi dia xde plak tunjuk muka excited ke apa..so aku ikutkan aje la.
Kat klinik, masuk jumpa doktor. Doktor aku bg UPT lagi..suoh shi-shi,dalam hati aku cakap, kalo check pakai UPT baik aku bawak UPT aku yang aku dah buat tue..sama jugeks kan..tapi mengenangkan aku ni bukan doktor..aku ikutkan aje. So lepas tanya last period bila, ada experience simptom orang mengandung ke tak, doktor suoh aku datang seminggu lagi untuk test urine semula sebab katanya terlalu awal untuk detect aku mengandung ke tak. Pastu dia belek-belek UPT tu..tetiba cakap.."Hurms..ok, confirm la awak dah pregnant 4 minggu ni." Loh..pulaks. Betul ke idak doktor nih?! Bila dia tengok muka aku macam tak konfiden je ngan jawapan dia..berkali-kali dia cakap.."ye...awak pregnant 4 minggu..cuma sebab baru lagi kalo ada apa-apa datang balik minggu depan".Adoi la doktor..sabor jek la. Balik je dari klinik, terus aku tipon mak aku..sms mak mentua aku untuk memaklumkan perkhabaran gembira itu.

First trimester, aku mengalami alahan yang teruk..cuma tak sampai admitted untuk masuk air je. Pernah aku gagahkan diri aku dari Nilai drive ke Kajang..sampai je umah family aku..pek, terus melepek..kalau cuti, dari start pagi bawak ke malam aku berbaring aje le. Lepas makan baring, lepas mandi baring, lepas solat baring..semua makanan tak kena dek tekak aku..muntah, muntah dan muntah. Makan ubat tahan muntah & loya pun tak jalan. Bau-bauan pun sesuatu yang aku tak boleh nak tahan..bau tumisan, bau ikan, bau perfume hatta bau wangi/busuk En.F! Dan aku juga alergik bau kafeteria kat pejabat aku..jadi setiap hari aku tapau aje.

Aku start buat check-up masa kandungan aku genap 12 minggu. First time nurse nak amik tekanan darah aku, baru la aku perasan lengan aku dah mengecil, berat aku turun dari 56 kg ke 51 kg..perghh...ngan ketinggian 167 cm, aku rasa waktu tu aku slim giler. Yer ler..slim tapi muka pucat,tak bermaya..apa yang bestnyer?! Masuk 4 bulan, alahan aku makin kurang dan hilang..kebetulan waktu tu time raya, so aku seronok nak memulun segala macam jenis juadah hari raya dan selera makan aku bertambah baik sejak itu. Semuanya ok sepanjang kehamilan,cuma aku ada masalah HB rendah. Boleh dikatakan tiap-tiap kali pergi check up aku mesti kena bebel sebab HB aku drop dari 10.4 ke 9.++ then 8.++ then naik balik 9.++ untill maintain dengan bacaan itu. Aku pernah dirujuk kepada doktor jantung kerana dikhuatiri injap jantung aku boleh menjadi sempit kerana kekurangan oksigen dalam darah yang menyebabkan keletihan dan mengurangkan kemampuan jantung aku untuk berfungsi dengan baik dan sekaligus memberi kesan kepada diri aku sewaktu melahirkan nanti. Ermss....panjang dan berbelit tak statement aku? Kalo korang tak paham xpelah..biar aku sorang je yang paham. Tak masuk peksa pun kan...huhu.

Masuk 9 bulan,aku stay dengan family aku kat Kajang. Ini kerana En.F kerja shift..dia risau time dia kerja malam dan apa-apa jadi kat aku so dia nasihatkan aku stay dengan family aku aje. Masa aku tgh 'mabuk kepayang' awal-awal pregnant dulu pun, aku stay ngan family aku sebulan sebab family risau aku nak drive dari Nilai ke Putrajaya ulang-alik..siap bapak aku hantar dan ambil aku kat opis bila alahan aku mengganas.Tapi bukan aku yang mintak okeh, dorang yang insist buat itu semua untuk aku. Betullah cakap orang, bila jadi 'mak yong' ni semua orang akan ambil berat & layan kita best-best...Alhamdulillah!

Satu hari, dalam jam 3 pagi..as usual aku akan bangun untuk ke toilet,aku dapati ada tanda darah. Aku berkira-kira mungkin itu tanda untuk aku bersalin. Aku kejutkan parents aku. Mak aku tanya if aku ada terasa sakit ke apa. Aku jawab tak. Since just keluar tanda..so kami rileks lagi. Kami decide esok pagi nak pegi hospital. Dalam pada tue, aku dah tak boleh tido..rasa berdebar + excited semacam. Aku mengaji skit, baca doa apa yang patut then baring. Pagi tu tanda darah keluar lagi tapi aku still tak rasa sakit. Mak aku siap pesan suruh mandi and makan sesiap. Aku ni pulak rilek tengok tv, menyapu, kemas barang nak ke spital bla..bla. Aku ada sms adik ipar aku, dia nurse..dia suoh aku pegi spital cecepat. Aku plak boleh tunggu husband aku datang dari Nilai dulu, kebetulan hari tu hari Jumaat..bagi En.F ngan ayah aku settle solat jumaat and makan baru kami bertolak ke Hospital Putrajaya.

Lepas daftar, aku dan family lepak kat tempat menunggu. Around 15 minit camtu, aku dipanggil untuk pemeriksaan. Then dorang buat CTG. Based on report CTG tu doktor 'seluk'..korang paham maksud aku kan? Perghh....tu diaa. Seram sejuk aku sekejap. Doktor kata serviks aku dah terbuka 2cm. So aku kena admitted, bila dah buka 3cm dorang nak sorong aku masuk labor room. Aku ok je le.Parent aku adalah sedikit kecoh kerana dorang expect aku deliver hari tu jugak..huhuhu. Aku still ok masa En.F ngan parent aku lepak ngan aku kat wad. Adalah sikit rasa contraction..tapi since gapnya panjang..still ok. Start jam 9 malam..aku dah rasa contraction yang kerap..memula selang 15 min, then 10 min, then 5..then tak tentu dah berapa selangnya..yang nyata malam tu aku tak boleh lelapkan mata. Nurse kat situ cakap..standard la anak pertama, sakit lama sikit. Puas baca doa, aku baca buku..puas baca buku, aku termenung, puas termenung baca doa balik and so on..hahah!
Jam 4 pagi, aku and jiran sebelah kena 'seluk' lagi. Bukaan aku just gerak 0.5cm..which means cuma buka 2.5cm..sungguh menghampakan..aku ingat dah terbukak 5,6 cm ker..hehehehe. Jiran sebelah aku dah terbuka 4cm..so dia dah bersiap nak disorong ke labor room. Aku cakap dalam hati..."Waa..bestla dia..dah nak beranak." Tapi dia nak deliver anak kedua..petang tadi baru 1cm, sekarang dah 4cm. Dia advice aku banyakkan jenjalan untuk cepatkan bukaan tue. Aku pun aper lagik..terus berjalan keliling wad sampai la jam 9 pagi. Time tu nurse datang bagitau doktor nak 'seluk' lagi. Masa tu dah doa mintak-mintak la dah terbuka 3cm. Tup-tup bila doktor check, serviks aku dah terbuka 4cm and doktor pecahkan air ketuban. Lebih kurang jam 10 pagi aku disorong masuk ke labor room. Masa tu kire moment yang best lah, terasa air ketuban yang suam-suam mengalir..nurse dalam labor room tu mungkin jaki tengok aku buat muka lega atau mungkin dia nak share pengalaman dia ngan aku, dia cakap.."Lepas ni awak jangan ingat sakit makin kurang ye..lepas ni lagi sakit..macam nak tercabut pinggang..x reti saya nak cakap"..huh?! aku jadi blur sekejap la sebab tak rasa lagi apa yang nurse tu maksudkan. Aku tak pasti bila aku start rasa macam nak patah pinggang tu...yang aku tau, aku akan diseluk..and setiap kali diseluk bacaan dari 5cm jadi 6cm jadi 7cm jadi 8cam dan waktu serviks aku dah buka 9cm, nurse pesan kalau rasa nak teran bagitau. Dan-dan lepas nurse tu cakap camtu, aku terus rasa nak teran. Maka, aku pun diminta meneran seperti yang diajarkan..malangnya aku sangat fail bab meneran sampaikan ader sorang staff nurse ni geram sungguh pada aku, dia paksa jugak aku teran..antara dialog yang aku ingat.."Nina, jangan teran kat muka..teran kat bawah!!Salah tue..salah!!". Bila doktor tengok aku dah tercungap-cungap, dia bagitau nak buat vacuum. Sempat dia ingatkan aku, kalau dia buat vacuum..lukanya besar..aku angguk je since aku nak anak aku cepat-cepat keluar. Sambil meneran dan divacuum sebanyak 4 kali, aku selamat melahirkan bayi perempuan, seberat 3.1 kg. Masa nurse nak hand over anak aku tu, aku tak perasan dorang dah letak atas dada aku sesiap. Tangan aku ni plak dok mengapai-gapai konon nak sambut anak, ntah pape je aku ni. Pandangan aku masa tu dah berbalam-balam. Tapi bila anak yang dikandung berada dalam pelukkan, tetiba aku lupa rasa ngilu luka yang dipotong,sakit semuanya hilang. Yer...untuk sementara azab itu hilang tetapi kembali semula sewaktu luka tersebut dijahit. Dah tak tersedut oksigen yang dorang bagi. Hidung aku dah bertanda dek kuat sangat menyedut oksigen tuh.


Tasnim Imtinan from new born untill 6-8 months old pixs.


Lepas tu, aku kena stay kat labor room semalam..sepatutnya dalam masa 6 jam kalo xde apa-apa, dah boleh masuk wad kan..tapi sebab kena stay satu malam untuk masukkan darah,tak silap aku, 2 pain darah dorang masukkan. Keesokkan harinya, aku dah boleh masuk wad semula...malangnya aku terpaksa stay kat wad 3 hari 2 malam lagi kerana hb aku rendah. Doktor pun pelik sbb aku takde tumpah darah ke apa, aku makan macam biasa, darah nifas pun keluar macam darah period aje. So doktor bagi opsyen sama ada aku nak masuk darah, makan ubat or injection. Kalau masuk darah, aku kena semalam lagi kat wad, kalau injection aku kena tahan sbb sakit sangat, kalau makan ubat..aku makan macam biasa aje la..since aku dah tak sesabor nak balik rumah..aku pilih opsyen makan ubat..lepas sebulan kena pergi spital untuk check HB. Tapi keseronokan nak balik tu tak bertahan lama..anak aku detected kuning pulak. So aku ni berpindah dari wad post natal ke wad pediatrik pulak. Waktu tu rasa sangat la mencabar dengan nak jaga anak lagi, dengan nak tahan sakit jahitan lagi, bermula sudah era tak tido malam..aku rasa aku dah macam zombie sebab tak cukup tido, letih hingga aku penat sangat sampai dah tak boleh nak tido even aku mengantuk giler,akibat penat bebenor,aku makan pun sampai tercungap-cungap.Masa tu aku makan rasa aku makan cam aper je..takde kunyah beria..masuk mulut,telan.Anak aku pulak dah start nangis-nangis lapar, susu pulak masuk hari ke-5 baru la ada. So kat wad tu, sore anak aku le yang paling kuat bila melalak. Kekadang time aku dalam toilet nak membuang hajat atau mandi, boleh dengar anak aku melalak...disebabkan rasa sakit yang aku rasa..pergerakan aku terbatas..jalan slow giler..bangun pelan-pelan..kalo duduk pun..ujung-ujung punggung je..dengan aku-aku sekali menangis time tu..haha.Aku tak tau la aku ni terasa tak tentu pasal ke apa, tapi bila mak kepada pompuan depan katil aku dok cakap kat cucu dia.."Aishah, jangan nangis-nangis..budak perempuan tak elok nangis-nangis tau..". Macam tuju kat aku je..hahahaha! Yolah..cucu makcik baik..diam je..tak banyak karenah...anak saya sesikit melalak..sesikit melalak..x sopan..keadaan anak makcik tak macam keadaan saya, saya ni dah seminggu dok kat spital ni..kalo anak makcik jadik saya, gamaknyer cucu makcik tu 'merabak' jugak tak?? Huhuhu..tapi itu hanyalah kata-kata aku di dalam hati. Tak terucap dek bibir..buatnyer aku yang sensitip sendiri..saper yang malu..aku jugak kan?

Setelah 3 hari dua malam dok kat wad pediatrik tu,doktor menyampaikan perkhabaran gumbira yang aku ngan anak aku dah boleh balik. Sepantas kilat aku inpom kat family aku and En.F tentang hal tu..kemas barang pon sambil senyum lebar, hilang kejap rasa sakit. Aku dah tak sanggup nak stay kat spital lagi...dah le tu first time aku dok kat spital dalam sejarah hayat aku nih, 8 hari pulak tu. Oleh kerana terlalu happy sampai umah, aku duduk sambil kaki bergoyang-goyang.Sampai mak aku tegur sbb lama sangat duduk, siap hayun kaki bagai..amboi..amboi..amboii...hahah!

Nak dijadikan cerita,baru 2 hari dok kat umah..mak bidan klinik kerajaan datang buat check up..,masa dia tgk jahitan aku..muka dia dah berkerut..aku dah berdebor..dan akhirnya dia bagitau jahitan luka aku dah tertetas. Kena jahit semula. Uwaaa..sungguhla azab..aku dengar kalo pegi jahit semula kat hospital kerajaan kena jahit hidup-hidup. Trauma sungguh..uhuks!
Pikir punya pikir..family aku decide hantar aku ke hospital swasta...En.F ikutkan aje. Aku stay kat wad 2 hari untuk cuci luka supaya luka aku bersih daripada nanah then baru boleh dijahit semula. Kalau luka still bernanah tapi kita still insist nak jahit..doktor cakap kemungkin besar jahitan tu akan tertetas semula. That's why aku merelakan diri aku stay kat spital tu eventho aku sangatlah rindu pada anak aku. Anyway, proses jahit semula berjalan dengan lancar..aku dah tak sedar apa yang berlaku time tu..sedar-sedar aku dah ada kat bilik je. Keesokkan harinya aku dah boleh balik. Mengeluh la jugak sebab kos jahit semula lebih mahal dari kos aku deliver. Tapi benda dah jadi kan.

Apapun aku terima semua yang berlaku sebagai takdir Allah. Lagipun pengalaman bersalin setiap orang kan berbeza-beza..ada yang senang, ada yang susah..bagi aku Allah lebih mengetahui semua tu..so tak perlu kita nak compare each other..better sharing than comparing aite? Beside that, sharing is caring kan?

Itulah liku-liku perjalanan aku untuk mendapatkan dan melahirkan Tasnim Imtinan. Semoga Tasnim membesar sebagai anak yang sihat, solehah, bijak dan berjaya.Amin!
Noktah!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)