14 August, 2009

Kelas masak-memasak : Blueberry cheesecake

Hari ini hari jumaat, makanya waktu lunch break itu lebih panjang. Demi memenuhi masa rehat yang terluang, PUSPANITA jabatan aku telah menganjurkan kelas masak-memasak. Last week kami buat Fruit Tarts (takde gambo sebab aku amik gambo guna camera hp member je)and for this week atas permintaan ramai, kami mintak chief de mission a.k.a my opismate ajarkan cara-cara nak buat blueberry cheesecake. Since dianjurkan oleh persatuan di bawah jabatan, so yurannya bagi aku amatlah berpatutan..murah aje, RM5. So daripada menganga je dalam 'gua' (bilik perbincangan yang menjadi port aku & rakan sepejabat melepak di waktu rehat), baikla join kelas cenggini kan.


Memasing tekun mendengar penerangan yang diberi oleh puan cikgu..


Memasing sibuk nak tolong cikgu sediakan bahan-bahan untuk aduan cheesecake. Siapa le yang bajet cekap sagat kulit lemon tuh yek? Heheheh..


Officemates aku yang rajin-rajin belaka..rajin interframe..heheheh!


Seronok sakan depa melenyek base cheesecake dalam bekas kekecik. Aku amik part lorekkan adunan cheese ngan jem blueberry. Kami buat dalam bekas kekecil tu sebab senang nak bahagi-bahagikan. Aku suka kalo base biskut tu tebal skit, maklum le aku ni 'cookie monster tua'..hahahaha..tapi kalo nak tebal-tebal buat sendirik la kan.

Anyway,bebenda ni simple je nak buat tapi renyah bab nak menyediakan bebahannyer tu lah..so antara rajin ngan tak rajin ajelah nak membuatnya. Tapi bagi penggemar western dessert and pastry mesti enjoy join kelas-kelas cenggini. Bagi sesetgh orang..benda simple macam ni tak attend kelas pun takpe kan..tapi feel bila belajar reramai ni tak sama ngan kita test buat sensorang.Fun!

Cerita pasal cheesecake ni, aku terus teringat cheesecake aku yang dah disejukkan dalam freezer..nak ajak En.F rasa air tangan cik isteri dia le lepas ni. Air tangan aku la sangat...sian cikgu..lembu punya susu..sapi dapat nama...gurau je ye Ct uits!

Noktah.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)