17 August, 2009

Mintak simpanglah..

Malam ini aku berdua dengan si budak "kinting". Baru aje lepas melalak tanda protes kerana aku turunkan dia dari kerusi yang aku duduk. Sama naik je dia nak mengadap notebook dengan ibunya. Yang tak tahan tu, bukannya boleh duduk diam..dia ingat perut ala-ala buncit (ala-ala la sangat,bukan ala-ala dah..memang buncit pon..uhuks!) ibu dia ni tilam air kot..erk!senak aku dihenyak dek anak tersayang. Sebelum ibu hilang sabor kamu ber"pillow party" kat pangkuan ibu..baik kamu duduk kat bawah ye Tasnim (sambil menahan telinga mendengar siren si anak berbunyi). Oh ye, kami berdua aje kerana En.F keje sehari suntuk hari ni..shift pagi dan malam. Esok dan lusa adalah off day En.F,maka setiap kali En.F off..dia la yang akan babysit si Tasnim. Alhamdulillah, so far En.F boleh diharap juga. At least aku tak perlulah terkocoh-kocoh menghantar Tasnim ke rumah neneknya @ Kajang then nak patah balik ke Putrajaya untuk ke pejabat. Trafik kat jalan Sg. Ramal tu kalau kena nak "jam" memang menyemakkan isi perut aku. Al-maklum lah aku nih baru 2,3 tahun bergelumang dengan roda-roda kotaraya,hehehe..sebelum ni dari kecik sampai sebelum kawen, Kuantan terchentalah tempat aku. Sesungguhnya aku sangatlah rindu dengan suasana dan kehidupan di Kuantan. Jadinya aku kurang toleransi bila tiba soal kelancaran trafik ni.

Anyway, tak relevan sungguh cerita aku ngan tajuk di atas kan? Sebenarnya aku nak cerita yang kat opis aku,sorang dah suspected H1N1. Cuak tu. Aku plak start balik keje rasa pepening kepala, suhu badan pun cam dedar je and rasa lenguh-lenguh badan. Lepas ambil Tasnim dari rumah mak aku,sampai je rumah aku terus telan ubat & vitamin. Ingatkan lepas tu nak lelapkan mata sekejap..tapi mengenangkan si kecik tu elok ke hulur ke hilir main sensorang..mata ni jadi payah nak lelap..riso kalau-kalau dia ada projek baik punyer yang bakal menyebabkan aku bertambah pening lantas bertukar menjadi tarzanita atau dia yang jadi tarzan tau-tau dah patah je kang. Mau nenek ngan atuk Tasnim "kidnap" cucu kesayangannya itu sebab si ibunya lebih suka membuta..heheh,ini assumption aku la kaedahnya. Sekarang ni,badan aku dah tak rasa dedar..kepala pun tak terasa berat macam petang tadi dan no more sakit-sakit badan. Aku mintak dijauhkan,disimpangkan dari terkena wabak nih. Kalau aku bleh kena, kemungkinan anak, suami,family aku yang lain pon boleh kena nanti..isk, nauzubillah! Angka kematian untuk wabak ni makin bertambah dan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak. Setiap hari aku berdoa semoga anak aku sentiasa berada di dalam keadaan sihat. Kita pun boleh amalkan menyebut "SALAMUN QAULAN MIR RABBIR RAHIM" 28X setiap hari. Semoga dengan usaha kita (pakai topeng,jaga kebersihan,cuci tangan,avoid tempat sesak etc) dan doa, kita terhindar daripada penyakit ini.Insya Allah!

Hmmm...tetiba aku rasa macam sunyi je. Ooo...si budak kecik tu dah elok terlentang depan tv. Ni mesti dah dapat ubat pelalinya, sebotol susu idaman kalbu...hehe. Mata aku pun dah kelat-kelat menahan mengantuk sedari tadi.Better signing off.
Noktah!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)