23 August, 2009

Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi

Tahun ini tahun ketiga aku berpuasa sebagai isteri orang dan tahun kedua aku berpuasa sebagai mak orang.First time puasa lepas dapat title Puan, aku tengah dilanda gelombang kemabukkan buatan orang..mujurlah dapat juga berpuasa setengah bulan...yang selebihnya masak le mengganti. Aku ingat lagi hari pertama puasa time tu, aku ngan En.F bertandang ke Bazar Ramadhan Putrajaya semata-mata nak mencari bubur lambuk yang aku kepingin benor nak makan. Disebabkan aku begitu alergik dengan bau-bauan, aku tengok dari jauh aje le juadah yang dijual di setiap gerai. Kalo berkenan, aku tunjuk-tunjuk je kat En. F, so dia akan ke gerai yang berkenaan untuk membeli juadah buat isteri terchentanya ini. Masa tu memang dapur kami tak berasap dek kerana aku yang pemalas waktu itu tapi tekak demand memacam. Aku tak pasti sama ada aku ni emosi ke apa, bila sampai waktu berbuka..tatkala merasa bubur lambuk yang dibeli tadi..aku rasa seperti nak menangis. Nak menangis sebab bubur lambuk tu rasanya tak seperti yang aku bayangkan. Aku pelik kenapa bubur tu rasa macam bubur ayam bias, tiada daun pepaku, yang ada hanya hirisan kacang panjang & jagung.

Keesokkan harinya, masa kat opis..aku bertanya pada kengkawan opis tentang perihal bubur lambuk tu. Sebab tak puas hati, aku utarakan isu yang sama kepada mak ngan adik aku(huh,bab bubur lambuk pun boleh jadi isu..huhu). Dari situ barulah aku tahu versi bubur lambuk kat sini tak sama dengan versi bubur lambuk pantai timur. So janganlah berharap aku akan sesenang nak jumpa bubur lambuk versi pantai timur kat sini. Maka dengan itu, di atas keprihatinan mak aku..maka dia pun buat le satu periuk besau bubur lambuk selepas mendapat tahu akan keinginan anakandanya yang buyung ini. Bukan setakat bubur lambuk, laksam pun dia buat 3,4 kali time bulan puasa tu sampaikan aku naik 'chika' pulak makan bubur lambuk ngan laksam tu. Time tu terbau kuah laksam pun aku dah naik pening sebab dah 'chika' bebenor. Haaa..amik ko Nina! Yang istimewanya bulan puasa tahun tu adalah 'gezutan' dari En.F sempena birthday aku. 'Gezutan'nya adalah membeli sebiji kek lobak dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk aku tepat kol 12 tengah malam. Aku pulak waktu tu tengah sedap membongkang sewaktu 'gezutan' dibuat, jadinya aku sambut birthday aku dalam keadaan sengal dan selenge ler. Malam itu, En.F yang beria-ia melantak kek lobak yang dibeli.Aku pulak lepas melayan En.F makan..sambung tido semula.
*Chika = muak/jemu.

Itu 2007 punya cerita. Bila dah ader anak, keadaan berbuka biasa aje. Aku ni bukanlah rajin sangat nak memasak juadah berbuka tapi tak juga terlebih 'rajin' sampai hari-hari makan lauk tunjuk aje. Ada masa aku memasak juga, tapi bukanlah menu yang grand-grand. Mujur le En.F jenis yang tak cerewet..dia pulun aje. Ada masanya aku berbuka dengan family aku bila En. F kena kerja shift petang atau malam. Kesian juga pada dia sebab tak punya peluang nak berbuka dengan family dia kat Taiping nun. Kiranya aku beruntung le sebab dalam bulan-bulan puasa sebegini masih boleh merasa air tangan ibu sendiri.

Tahun ni, akhirnya dapat juga kami sekeluarga berbuka puasa dengan FIL. Tercapai la sudah hajat En. F untuk berbuka dengan keluarganya. Dan inilah juga kali pertama aku dapat berbuka puasa dengan FIL aku..huhuhu..tragis je bunyinya kan? Sebelum ini aku dan En.F hanya mampu invite my SIL yang study kat UM tu berbuka bersama. Tahun ni kami amik la kesempatan yang ada since FIL aku turun KL sebab nak hantar SIL aku ke Selayang. My SIL will start working this monday at MPM. Semalam kami berbuka kat restoran seafood area Kg. Baru. Disebabkan kami ni jarang benor berbuka kat luar beside the fastfood restaurant, maka tak dapatlah kami mencari port yang best untuk berbuka. Sampai je kat area Kg.Baru, nampak je restoran seafood yang available terus booked table. Mujurlah bapak mentua aku cekap jugak ngan area KL ni so takde masalah untuk dia cari restoran yang kami maksudkan.

Nak berkongsi gambar, aku takde snap sebarang gambar sewaktu kejadian. Jadinya ini sekadar cerita tentang hari pertama ramadhan tahun ini berserta cerita flashback yang syok sendiri.
Noktah.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)