29 August, 2009

Selamat Hari Kebangsaan ke-52


Isnin ini kita bakal menyambut kemerdekaan negara nan tercinta yang ke-52. Aku tertarik dengan kata-kata seorang blogger, H J Angus sempena hari kebangsaan tahun ini. Katanya "Let us pray that our beloved nation Malaysia will be free from evil men and help us grow in love and understanding of our fellow citizens. Let our leaders see the error of their ways and make amends before the wrath of God strikes them. Show them that they are nothing compared to your GREATNESS and that all power comes from YOU. Grant the good people of Malaysia the POWER to change Malaysia for your greater glory." Ya. Aku pun mendoakan perkara yang sama.

Jadi patriotik aku sekejap. Sememangnya semangat dan perasaan patriotik itu patut ada dalam diri setiap insan bukan? Kerana dari situ lahirnya jati diri kita sebagai anak Malaysia. Hurm...hari ini cuti, esok cuti dan lusa pun cuti lagi. Seronok bila cuti bertambah dari 2 menjadi 3 hari..bukan selalu kan? Dan bila cuti-cuti dalam bulan puasa begini, para isteri mesti berfikir tentang juadah untuk berbuka puasa nanti. As for me, nak berbuka kat luar..En. F kerja. Jadi makan di rumah aje le. Bila dirisik-risik selera En.F, katanya dia tak kisah makan apa-apa pun. Dan aku terus memikirkan menu paling sempoi yang boleh aku masak but yet still boleh menarik selera En.F..maka inilah juadah berbuka hari ini..

Char kuey teow, cucur badak dan air bandung kawen aiskrim soda. Gambar ini kurang presentable kerana gambar char kuey teow adalah diambil di dalam kuali yang comot, cucur badak tinggal 3 biji kerana yang lain sudah selamat masuk ke dalam perut kami dan air bandung kawen dah takde ais lagi. Plus kurma semestinya. Dapatlah juga aku tapaukan bekal untuk En.F bersahur nanti.

Insya-Allah esok kawan En.F ajak kami sekeluarga berbuka di Bagan Lalang. Lusa pula aku plan nak masak sumthing yang berat sikit compared than today. Menunya? Tungguuuu. Kalau rajin, aku uploadlah nanti. Aku baru siapkan list untuk barang-barang rumah untuk stok bulan ini. Aku juga looking forward untuk siapkan list persiapan raya dan bajet raya tahun ini..hehehe....tapi hati ni berbelah bagi suoh join FB, nak main game..hahahah! Sesungguhnya aku telah terjebak ke lembah subang..lembah la sangat!

Ciao dulu. Sebelum itu..Selamat Hari Kebangsaan semua, selamat bercuti! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Nway, aku suka dengan tema hari kebangsaan tahun ini:1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Noktah!

2 comments:

  1. kuali terbang takde..kuali terlebih panas sampai berasap-asap ader lah...maklum la bab masak-memasak tak termasuk dlm multi-talented aku.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)