29 September, 2009

Raya Oh Raya

Bulan Syawal sudah masuk minggu ketiga, orang lain dah nak tutup buku cerita raya,aku baru terhegeh-hegeh nak bercerita tentang hari raya. Kalau ikut perancangan asal, tahun ni sepatutnya giliran beraya di Taiping..al-maklum ler dah 2 tahun berturut-turut En.F tidak berkesempatan berhari raya dengan family dia. Kebetulan sungguh tahun ni, off day En.F jatuh pada sehari sebelum raya & raya pertama. So dapat la jugak En.F beraya kat kampung halaman walaupun tak dapat cuti raya. Raya kedua pulak En.F keje shift petang..so kami dah mencongak-congak nak bertolak balik ke KL pagi-pagi subuh jadam raya kedua. Kengkonon gitu le perancangannya.

Walaupun begitu,di kala aku sedang sibuk mengemas baju untuk pulang beraya di rumah mentua, En.F hantar sms bagitau family dia dah otw daripada Taiping nak ke Kemaman. Mereka mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian nenda En.F ke rahmatullah.Allah dah tetapkan arwah pergi mengadap-Nya sehari sebelum raya. Aku dimaklumkan arwah meninggal lebih kurang kol 10.30 pagi dan dikebumikan lepas Asar. Aku & hubby gerak lepas Zohor since kami nak tunggu FIL & adik ipar sampai KL dulu dan kami sesama konvoi ke Kemaman. Kami sampai ke sana sedang elok lepas azan Maghrib. Sempat jamah kuih & minum air yang dibeli kat tepi jalan sebelum sampai ke rumah nenda En.F. Kali terakhir aku & hubby berjumpa dengan arwah adalah 2,3 bulan sebelum tu sewaktu arwah menjalani rawatan kencing manis kat Gombak,waktu tu memang nampak arwah dah tak berapa sihat tapi biasalah orang tua, bila ketemu anak cucu..jadi segar bugar. At least kami tak ralat tak dapat bersama arwah ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Ini kali pertama aku menyambut hari raya bersama saudara-mara belah ayah mentua aku. Kemeriah tu memang terasa sebab ramai sepupu sepapat En.F muda-muda & kekecik lagi. For sure dorang happy nak sambut raya. Sambutan dibuat serba sederhana but yet still meriah..honestly kalau nak compare ngan kemeriahan hari raya kat kampung aku, jauh beza tapi takde la aku matdom sangat. Pagi-pagi (takde la pagi sangat kot..dalam kol 8 gitu, aku siapkan Tasnim..En.F dah ke masjid dengan parents, adik laki & Chu Pa dia. Tapi dorang kata dorang tak sempat join orang solat raya..sudahnya dorang terus ziarah kubur arwah nenek aje. Masing-masing dok kalut pagi raya, tu pasal tak dapat solat raya. Kebetulan Chu Pa aku baru je 5 hari dapat keluarga baru..so dia lah yang uruskan isterinya berpantang dan siapkan anak-anak. Sweet je waktu kami sampai ke rumah dia, dia buatkan air..susun kuih raya dalam balang untuk jamu kami. Pastu ironkan baju raya dia sekeluarga. Kami pun buat umah dia cam umah sendiri le..orang dah kalut nak uruskan kuarga takkan manjang makan minum nak bertatang kan..pepandai la kami pastu. Lepas depa semua dah balik dari kubur, lepak-lepak kejap tunggu sesapa yang tak bersiap lagi (aku la tue..lembabs ngat bersiap..huhu!). Then kami pegi ke rumah arwah nenek. Sebenarnya nenek tak duduk sensorang,Mak Long & Mak Anti En.F anak beranak ada duduk sekali..lagipun adik-badik bapak mentua aku semua duduk area Kemaman tu jugak..so takde masalah le nak berkumpul sesama. Standard le juadah raya orang ganu ni kan, nasi dagang..nasi minyak, ketupat pulut daun palas. Sedap weh! Dalam kuarga bapak mentua aku, yang selalu menjadi chef da mission adalah Mak Anti..(setau aku la kan). Nasi minyak dia memang kellesssss...waktu kami sampai dari KL malam kelmarin tu, kami dijamu ngan nasi minyak..kalo ikutkan tekak aku nak gaks menambah..tapi segan le pulak..huhuhu..kang orang nengok aku ni macam kebulur bebenor..dah le sesekali je balik sana..makan tak hinggat plak..oh,tidakk!! Tapi nasi dagang, bagi aku air tangan mak aku adalah terbaekk wok!!(kembang idong makcik juli kalau tau nih!). Lepas makan & lepak-lepak,bila tetamu yang datang dah clear kejap..kami semua amik kesempatan bermaaf-maafan dan bersalam-salaman kokot..hehehe! Since adik ipar aku baru je merasa gaji pertama, jadi dia adalah 'wanted person' bab duit raya. Heheh..biasa la tu kan. Semoga makin murah rezeki ye Ita :-). Ni le gambo raya aku yang tak seberapa.




Sesi bersalam-salaman. Rasa syahdu pon ada tapi aku kaber.


Ni ler keluarga mentua aku. Sorang anak buah aku takde dalam gambo sbb tengah tido. Adik ipar lelaki aku tu kata, tahun ni t-shirt merah ngan kain pelekat tu le baju raya dia almaklum le dia tu perantau dari UK..huhuhu..padahal keje kat KL jek. Ayah mentua aku style dia macam bapak aku kot..susah nak berbaju raya lengkap. Kalo ikutkan En.F pun dia tak berkisah langsung bab baju raya nih, tapi sbb aku nak kami sedondon memang tetiap tahun paksa la dia buat/beli baju raya. Mujur dia tak banyak songeh, layan aje.


Tasnim ngan baju raya..ni je le sepasang baju rayanyer..kejap je melawa ngan baju raya, masuk tengahari dah tinggal baju ngan spender jek..heheh! Gini le gaya budak dok umah merpati, sesekali dapat tanah macam tak cukup kaki dia berlari. Aku nak pegang takmo..dok meronta-ronta nak berlari.


Bergambo di Mesra Mall,kira cam ala-ala Tesco la..ada hypermarket, ada kedai-kedai. Tapi Mak Long En.F cakap, hypermarket kat situ tak beroperasi pun even bebarang semua dah complete untuk dijual. Pelik betoi. Mesti ada sangkut paut ngan politikus melayu nih..
Time ni tak silap aku Reject Shop je yang bukak, kedai lain semua tutup..ye le raya pertama kan...aku ngan Tasnim bergambo ngan Mak Uda,MIL & Chu Ya. Gedix betoi anak aku sengih..ikut saper le yek..hehe!

Kalo nak diikutkan, selain umah Chu Pa & nenek..kami beraya 1 umah sajork. Lepas beraya kat umah family Mak Su tu le kami singgah Mesra Mall..then sampai umah lepas mandi & solat, aku ngan hubby terus bersiap nak balik KL. Family hubby nasihat kitaorg balik awal sebab takut esok hubby tak sempat masuk opis plak. Aku ikut aje.

Raya kedua ngan ketiga..aku ngan Tasnim dok melepap kat umah. Nak beraya ke Kajang, family aku beraya ke Melaka. Nak pegi Melaka, alang-alang benor sebab raya ke-3 tu family aku & mak-mak sedara dah pakat nak balik KL sebab raya ke-4 dah nak bertolak ke Kelantan pulak. Kat kawasan umah aku memang sunyi le, nak beraya umah kengkawan..depa pun tengah syok beraya kat kampung..huhuhu...disini le ketidakseronokkan cuti raya aku.

Cerita tentang trip to Kelantan, next entry okeh!
Noktah!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)