18 September, 2009

Salam Lebaran 1430H semua!

Esok,insyaAllah adalah hari terakhir kita semua akan berpuasa. Terasa cepat pula masa berlalu.Dah lama aku tak berblog..pertamanya, keyboard aku buat hal...certain key mcm nombor dua, huruf double u,s dan ... tak berfungi..tensen betol bila menaip. Ada juga aku godek-godek solution untuk masalah ni, ok la kejap then jadi balik. Kalau ikutkan mmg nak ganti ngan keyboard baru tapi since ianya agak costly, better gunakan duit untuk perkara lain yang lebih penting...lelebih lagi dah nak raya ni kan. Korang tau macam mana aku boleh taip huruf 's' ni?? aku copy dari entry aku yang lelepas, hahaha..everytime nak pakai huruf 's' kena tekan CTRL+C, adoi laa...hahahahahahhh!Huruf lain tak koser aku nak buat cenggitu..so aku cuba elakkan guna perkataan yang menggunakan huruf-huruf puaka tu..akeke!

Disebabkan aku mempunyai halangan untuk menaip sakan,adalah lebih baik kalau kita layan gambar aje la ye.

Raya tahun ini, aku sekeluarga pilih kaler coklat (sebenarnya lebih kepada pilihan diri sendiri...hahah!). Baju ni adalah baju cik Tasnim. Plain je. Tahun lepas cik Tasnim pakai baju ready-made aje yang dibeli ibunya time last minute,susah giler nak cari saiz dan kaler yang sedondon..nak tak nak beli jugak la kaler caca marba. Mujur Tasnim tak choosy u...



Ini adalah sambutan hari jadi aku bersama anak buah aku, Dhiya Alya Batrisya. Tarikh lahir kami dedekat..dia ujung bulan 8, aku early september...kira aku celebrate dua kali la..hehehehe...ober la mak long kamu ni Dhiya :-) Tapi yang pasti Tasnim pulak yang ober tiop-tiop lilin segala..mujur takde tempias pape, panjang muncung anak daraku meniup lilin.



Cantik tak beanie, mittens ngan booties ni? Ni adalah hasil kerja tangan bekas coursemate aku, kejap je dia buat..terer tu, korang boleh tengok hasil kerja tangan dia kat sini. Aku ni bab mengait...padan dok kait 'tali air' aje la..hahahah! Haa...ini bukan untuk bakal adik Tasnim tau, ni aku nak bagi kat baby anak angkat mak aku.



Tahun ini aku tatau pesal aku gigihkan diri buat biskut raya beria-ia. Tahun-tahun lepas ader jugak aku buat, tapi sejenis dua aje..tu pun jadi ala-kadar aje,rasa plak kureng...tak laku..hahaha! Tahun ni alhamdulillah menjadi juga air tangan aku..cuma tang biskut dam kegemaran aku tu..still kena improve lagi,kureng sedap sebab sedikit keras..tu la akibatnya bila memandai alter resipi, konon bajet terer la tu..padan muka haku! Yang aku sempat/mampu buat for this raya : biskut nestum kismis, biskut chocolate chips, tat nenas, kuih dam ngan almond london. Dapatlah aku jadikan buah tangan untuk mak mentua aku time kami balik beraya ket Tepeng nanti. Kat mak aku, aku bagi biskut nestum je..sebab dia pun banyak buat kuih..lagipun mak aku ni tauke kuih raya..so dia la jadi tukang komen kuih muih yang aku buat. Pasai tu dia tak herankan kuih raya aku..huhuhu! Selain tu, aku belikan kopok kacang peas ngan rempeyek ikan bilis untuk dia.



Okaylah...aku nak sign off dulu. Nak packing biskut raya untuk FIL, nak kemas dapur,mop lantai..esok pepagi nak packing baju lak..tghari esok dah nak bertolak balik kampung. Tapi tak banyak baju nak kena kemas, pagi raya kedua kami sefamili dah bertolak balik sini, En.F keje..nasib le dapat laki payah nak cuti ni..but still sian kat dia sbb mesti tak puas beraya ngan family.

Salam minnal aidil wal faizin buat semua. Ampun maaf kiranya ada kekhilafan daripada saya sekeluarga,wassalam.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)