06 September, 2009

Sepi

Bunyi macam lara benor kan? Hurm...kala aku menaip entry ini, aku adalah berseorangan di rumah. En.F kerja shift malam dan Tasnim dikidnap nenek & atuknya ke Kajang. Si nenek dah bagi hint dalam telefon tadi nak ambil Tasnim sebab si atuk dah rindu pada cucunya nan sorang itu(sebenarnya cucu Makcik Juli & Pakcik Harun ada 2 ye).

Hari ini family aku datang berbuka kat rumah aku.Mak aku bawak nasi ayam & pengat pisang, manakala aku buat mihun goreng singapore, sambal kicap, samosa daging dan puding nenas.



Gambar masakan mak aku tak dapat aku snap dek kerana aku nak cover kepoyoan aku depan family..mak aku tu mulut laser, kang dia tengok aku snap-snap gambo makanan..dia kata aku buang tebiat plak. Aku bukak buku resipi untuk recall resipi samosa daging pon dia dah kecoh oii. Sabor jek la. Tau la den ni tak sampai tahap dewa lagi dalam ilmu masak-memasak nih. So, yang dapat aku snap adalah gambo juadah yang aku masak. Yang simple-simple aje. Menu tersebut menjadi pilihan kerana kebanyakkan bahan-bahan yang diperlukan dah ada kat umah..aku cuma pegi kedai top-up sesikit aje.Mihun tu dah di'over-shadowed' oleh hirisan telur dadar..heheh! Samosa daging tu sepatutnya berbentuk segi-3 tapi dek kerana aku nak jimatkan masa, atas pertolongan adik aku, jadik la samosa lonjong cenggitu. Aler, dah masuk perut nanti mana de dah bentuk segi-3 bagai tu..heheheh! Puding nenas tu plak dek kerana nak habiskan stok nenas dalam tin yang aku ada dalam frezer tu je. Tapi cubaan pertama ni tak berapa menjadi sebab aku kacau kastard tu tak cukup lama...aku takut kastard tu keras kononnya since aku dah mixedkan dengan agar-agar. Padahal menurut mak aku, kalau aku kacau kastard tu lagik lama..lagik sedap puding tu.

Lepas kemas apa yang patut, mandi & solat..aku tengok family aku dah siap-siap nak balik. Aku memang dah siap tapaukan makanan tapi takde la niat nak suoh dorang blah awal-awal kan..kalo nak lepak lelama pun boleh since tinggal aku ngan anak aku je kat umah. En.F lepas berbuka terus kuar nak g kerja, dia solat maghrib kat tempat keje je sebelum masuk shift malam. Sambil-sambil mak aku amik bekas-bekas makanan sempat la dia suoh adik ipar aku amik botol susu Tasnim..hehe..aku dah agak dah mesti depa nak amik Tasnim walaupun aku cakap esok En.F nak jaga. Hurms..takpelah, malam ni aku tido sensorang ajelah..bagi 'chance' ayah aku nak melepaskan rindu pada cucundanya itu. Esok petang lepas kerja aku amik la semula anak aku even si nenek suruh aku jumpa anak aku hari Rabu ni aje since time tu En.F kerja and aku akan balik ke Kajang. Hehehe..sori, tak boleh nak agree dengan cadangan mak aku tu sebab aku tak tahan rindu kat si kinting nanti.

Hurms...malam ni nampak gayanya aku menghilangkan bosan ngan melayan game kat fesbuk,jalan-jalan kat blog orang ngan tengok tv sampai lebam le demi nak mengisi 'kesepian' aku nih. Harap-harap esok aku dapat bangun untuk bersahur since dah 2 hari berturut-turut aku missed sahur. Tu yang awal pagi dah terasa pedih perut. Planning nak buat nasi goreng le..nak buat sambal telur le..tinggal plan aje. Untuk sahur nanti aku makan apa yang ada ajelah. Dah sensorang bersahur,sengal..minum air je pun jadi dah.

Oh ya, aku juga suka dengan lagu Sepi, nyanyian Yuni Shara tapi memang aku takkan layan time cenggini..mau aku pecut balik Kajang ngan mata bengkak + hingus meleleh plak nanti. Haihh!

Cukup sampai sini. Noktah!

3 comments:

  1. En.F keje..nasib le dapat laki payah nak cuti ni.. <<<<< aku suka ayat nih

    nina aku baru2 belaja jahit baju jer..hehehe..sonok tgk ko buat kuih raya..tahun depan aku kene cuba buat gak....tapi sempat ke..plan nak sambung belaja nih...adakah kuih tunjuk2 lagik???

    ReplyDelete
  2. Nat : Alamak, sori bebanyak..aku salah letak link...bukak-bukak blog orang lain..ampooon..ampooon...aku update skang jugak...mekasih la nat sbb ko polo blog aku..ko sorang jek yg polo blog aku gamaknyer..hahahah!

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)