22 October, 2009

Budak kinting

Haa..siapa itu budak kinting? Sekejap ye..aku nak cari gambo si kinting ni. Ni le si kinting yang dimaksudkan..hehehe...macam le suspen sangat nak kenalkan budak kecik nih...tadaaaa!!


Tu dia ngan rambut ala-ala Gun Junpyo. Korang tau kan siapa Gun Junpyo nih? Hehehe..hero drama korea yang paling aku *heart* sekali. Ni ler Junpyo yang aku maksudkan.


Nama sebenor dia Lee Min Hoo..aku tangkap cintan sama mamat ni lepas layan drama Boys Over Flowers kat channel KSB World 303. Huhuhu...sama tak style rambut si kinting dan Junpyo nih? Bukan aku saja dajaikan si kinting ni tau..tapi kebetulan sama le pulak style rambutnya...huhuhu!
Opss lupa, ni entry pasal anak aku, bukan pasal cinta hati aku..hekhekhek..(cinta hati la sangat..in ur dream la cik Nina uits!). Aler,minat-minat aje yek.

Okeh la, si kinting a.k.a Tasnim Imtinan tuan puteri kesayangan aku ni dah menjangkau usia setahun 7 bulan. Tapi kalau tengokkan fizikalnya, ramai yang bajet dia dah 2 tahun lebih. Ikut gen aku kot..tinggi tapi rangka badan macam ikut si babahnya. Yolah..dah anak kitaorang kan, nak ikut baka saper lagi kan?! Huhu..

Tapi sekarang rambut si kinting dah tak stylo cam Junpyo sebab aku dah gunting kinting gumpal-gumpal tu..bahagian depan ada la cam style Temenggung Jugah skit..bahagian belakang plak ada la macam bertakik-takik sebab dia duduk tak diam time aku dok gunting rambut dia..bahagian tengah plak..sebelah nipis sebelah tebal sebab pusar rambut dia lebih ketepi..so aku tak reti nak balancekan pusaran rambut dia. Sekali tengok dah macam budak lucky laki..hahah! Aler, masa aku kekecik pon sampai darjah 1 merasa style rambut Temenggung Jugah ni hokey. Walaupun tak cantik, but at least takde la Tasnim manjang dok menggaru-garu kepala jek. Tasnim ni kulitnya alergik, bila dia dok menggaru habis la calar balar kulitnya, sampaikan atas kepala pon ada calar-balar.

Standard la kan, anak pompuan..so bila hormon progesteronnyer dah meningkat mula la pandai nak melawa. Kalau aku pakai krim ker, pakai lipstick ker,tempek compact powder ker..mesti dia akan cakap, "Cantik..cantik". Dah pandai tempek bedak & pakai lipstick sendiri. Kemain muncung lagi kalo nak pakai lipstick tuh. Adik aku pulak suka benor melayan Tasnim main mekap-mekap..pastu kang bila muka dah jadi cam burung jampuk..aku jugak la tukang bersihkan..haih! :)) Selain tu, Tasnim suka jugak bergaya ngan handbag, kasut ngan spek kitaorang. Memang memilik ciri-ciri wanita sejati..masak la aku nak menten budak ni nanti..hahahah! Tapi kalo bab toys and games, Tasnim lagi prefer buku-buku & permainan budak lelaki. Kalo anak patung ke, teddy bear ker..dia kelek kejap pastu lempar ntah kemana. The only one & only anak patung yang jadi favourite dia ialah anak kucing yang mak aku hadiahkan. Dah comot pon anak kucing putih pink tu..tang idong dah tak rupa idong. Sesekali kalo sampai peel sentimental, dia akan peluk anak kucing tu wat teman tido. Dalam pada tu, anak aku ni berhajat nak main koleksi replika skuter adik aku..hari-hari masuk bilik adik aku dia mesti dok tunjuk kat skuter-skuter tu. Mujur la dia dengar kata bila aku cakap "Tak boleh, nanti auntie marah." Lagi satu, berjamming dengan gitar & dram Guitar Hero tu adalah aktiviti wajib anak aku kalo dia stay kat Kajang tue. Adik aku ler yang ajar dia cakap.."Rock band..rock band!!". Haih! Jangan kamu jadi minah rock tak semenggah sudah la Tasnim.

Hmm..aper lagik yek keletah si Tasnim ni eh? Haa..kalau makan, dah pandai angkat tangan sambil mulut kumat-kamit baca doa..kalau si Babah pergi kerja, mesti dia nak salam pastu tunggu depan pintu lambai-lambai sampai la si Babah tu hilang dari pandangan, kekadang lepas lambai sekali..Dumm!, terus tutup pintu..hehe. Tapi kan kalau aku yang pergi kerja dan nak salam ngan dia, kalo mood dia ok, dia salam la..kalo idak..puas nak mengejor dia nak ciom pipi semer. Kekadang tu, dia buat bolayan jek..bertuah punya budok..hahah! Kalau dengan ngan mak aku, dia ok jek..tapi kalo jumpa bapak aku..tetiba je lemak dia naik menggebu-gebu..cucu atuk sungguh. Kalo dia buat perangai sesikit aku biorkan aje..bagi je Atuk dia layan..kang Atuk dia dah penat..mula la dia suoh Tasnim pegi kat aku,hehehe..tapi kalo aku tengok perangai dia makin menjadi-jadi..meh sini anakku sayang,ibu nak bagi sentuhan azimat skit..hehehe..time ni dah tak kira la Atuk ngan Nenek dia nak cakap aper..takkan nak biarkan anak kita mengkulikan mak bapak kita pulak kan. Memanjakan pun bior le berpada-pada. Bukannyer aku pukul bantai anak aku cam mendera tu. Tasnim ni pun kalo dah reramai, dia nak dengan orang yang dia kenal aje. Kekadang tu rimas juga la bila dia nak berkepit aje ngan kita tapi lagik rimas kalo dia melalak sampai satu flat boleh dengor ko...ha,hambik!

Then,kekadang bila datang sikap ramah tamah dia, kemain senyum lagi dia kat orang sekeliling..siap lambai-lambai. So nak dijadikan cerita, kat kawasan umah mak aku tu, ada la pekerja Banga menyewa..so kalo mak aku bawak bebudak ni lepak luar sementara tunggu ibu memasing balik keje..ada le mat-mat Bangla ni lalu depan umah tunggu lif..bila nampak bebudak ni,mat-mat Bangla ni petik-petik la jari. Lelama..asal bebudak ni nampak mat-mat Bangla..dorang pulak yang petik jari..aku penah la tengok Tasnim buat aksi ni..adoi la..geli ati sungguh..dah macam style Esah Lima Posen la pulak. Takde pulak dia takut ngan mat-mat Bangla nih..isk..isk! Bila dah cenggitu,memang pintu grill umah mak aku tu selalu berkunci..kalo tidak, bebudak kecik ni cari peluang je nak meleju keluar..riso gaks kang kena kidnap ke aper kan.

Kalau Tasnim kat rumah sendiri plak, memang dia cukup suka 'menolong' aku kat dapur. Tolong angkut periuk belanga ke serata rumah. Main bekas beras..so habis la satu dapur bertabur beras-beras tu. Pastu capai semua benda yang boleh dicapai tapi kalau aku kata panas..tau pulak dia tak berani nak dekat. Kabinet kat umah tu tak penah aman..memang ada je benda dia nak selongkar..tapi kalau time dia rajin, pandai pulak dia kemaskan tu..elok je dia letak kat tempat yang asal. Kalau nak minum susu, dia akan amik bantal, selimut ngan kain. Kain tu digunakan untuk alas dada dia..sebab dia selalu minum susu suka meleleh-leleh. Kalau dia tumpahkan sesuatu kat lantai, dah pandai ambik kain nak lap..kalo penyapu kat rumah tu pun, pantang nampak..cam ye-ye je dia nak menyapu. Jangan time ni je beria nak menyapu, kang dah besor nak kena bersesah baru nak menyapu ye anakku. :-)

Aku suka perhati style Tasnim tengok TV. Khusyuk bebenor. Dah le duduk kemain santai atas sofa. Pernah sekali tu kami tengok citer aper ntah kat tv, citer sedih le..ending menyayat hati..aku ngan en.F nak tergelak tengok Tasnim tak berkedip mata menghayati cerita, time part sedih tu..kami panggil dia, dia tak menoleh pun kat kami..bila kami nak tengok muka dia..dia berpaling pandang tempat lain. Tersentuh betoi ati aku tengok gelagat dia time tu. Gamaknyer dia paham kot ngan jalan cerita tu. Alahai anakku nih..hihihi. Tapi kalau dia paham pun logik jugak sebab dia paham apa yang kami semua cakap pada dia cuma bab dia nak bercakap tu lambat sikit la. Kalau sepupu dia buat salah pape, mesti dia akan cakap.."Babab kang..babab..wdheyndyewbaurbsidiapeboopodhxtwyshgwt". Kalau dia dengar lagu Cuppycake,dia akan sebut "Gum..Gum"..comey jek. Kalau bab panggilan pulak, dia dah reti panggil "Babah,Nenek,Papa(panggilan ni untuk ayah aku..owh no!),Adik,Yaya(ini cousin dia),Dik(Adib-ini budak yang mak aku babysit),Nan(Hannan-ini pun budak yang mak aku babysit),Tok(kekadang dia guna panggilan ni untuk bapak aku jgk) ngan Mama(aku dia panggil mama, nenek dia pun dia bantai panggil mama jugak..haha!). Puas aku ajar cakap ibu tapi sampai sekarang tak pass lagi. Takpe le nak,pelan-pelan ye.

Nyway, ni antara gambo latest my bijo-bijo minyo-minyo :-)



Melopong tido. Rambut sebelum di'Temenggung Jugah'kan..lurve this photo.




Bersantai menonton tv even on the bad hair day..huhuhu!




Peace dengan satu jari..hip hop la kunun.




Rock band...rock band! Yeah..yeah!




Time jalan mendongak aje xmo bagi spek melurut kebawah sebab batang idong takde lagi.




Baru bangun tido ngan mata bengkak-sepet lagi dah menyumbangkan sore...isk..isk!




Ustajah wannabe..amin!!




Kalo ditenung bebetol, nampak cam pelik pulak muka si Tasnim ni..macam rupa kucing muka padat (pinjam ayat En.F lagik..hihi). Mungkin sebab rambut dia cenggitu, muka dia nampak lain skit..papepon, tetap kamu tetap comel di mata ibu. Muahs!!


p/s: Lately panjang benor entry aku..saka penulis mana le yang dok merasuk aku ni yek? Hehehe....

Noktah!

2 comments:

  1. isk..ko ni akan sendiri pon nak panggil kucing muka padat...comey je si tasnim ni walauapapon fesyen rambutnya....

    ReplyDelete
  2. hehehe Nat, panggilan manja tu...bukan niat nak samakan darjat dia ngan binatang...tu perumpamaan je..alos la :))

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)