22 October, 2009

Cerita Cik Along Wanida

Dia sahabat karib saya. Memang selalu keep in touch dengan apa jua cara. Kebelakangan ini berbagai kejadian terjadi dalam hidupnya. Jadi, inilah ceritanya:

Cerita 1 : Minggu lepas sewaktu dia keluarkan duit dari ATM, kad ATM dia dicuri. Dan pencurinya adalah budak yang sama-sama beratur dengan dia di ATM itu. Taktik si pencuri, menyentuh bahu cik Along Wanida ini sambil berkata "Kak, duit akak cicir." Kawan aku ni pulak terus tunduk konon nak mencari duitnya yang tercicir. Elok aje dia bangun, si budak pencuri dah lari bersama-sama kad ATM dia. Lelaki benggali yang beratur di belakang budak pencuri tu hanya sempat berkata "Eh,itu budak sudah ambil u punya kad" dan sudahnya Cik Along Wanida hanya mampu membuat laporan di balai polis.

Di balai polis barulah dia dapat tahu bahawa sudah ramai yang menjadi mangsa si pencuri licik itu. Kebetulan juga dia ketemu semula dengan kad ATMnya kerana salah seorang mangsa yang terkena mendapati kad ATM dia dah ditukar dengan kad ATM cik Along Wanida oleh si pencuri itu. Bila cik Along Wanida check baki dalam akaun dia,sudah kurang RM100. Ini bermakna si pencurik berjaya membaca katalaluan kad tersebut. Hai si pencuri, cukup 40 orang yang menyumpahi hidup kamu..maka dengan izin Allah kamu terimalah padahnya. Macam-macam modus operandi si pencuri nih, maka kita perlulah lebih berhati-hati tatkala ingin mengeluarkan wang. Kalau tidak, wangnya hilang kita pulak yang bertukar menjadi beruang..grrr..grrrRRR!!

Cerita 2 : Cik Along Wanida sudah tak sabar hendak memulakan operasi mengubahsuai dan membaik pulih rumah barunya. Tetapi dek kerana rumah yang ingin dibeli sudah hampir setahun tidak berpenghuni,lalu dia meminta pertolongan seorang Wak yang pandai bab-bab misteri nusantara nih untuk tengok-tengokkan rumah dia. Disebabkan Pakcik Wak ini ada deria rasa ke-6,maka usai memeriksa rumah cik Along..Pakcik Wak ini mengatakan yang rumah cik Along Wanida ni panas,dah ada penghuni. Maka terkejutlah cik Along Wanida ini kerana sepanjang dia berkunjung ke rumah itu,dia tidak merasakan atau mengalami sebarang kejadian pelik. Mujur juga Pakcik Wak tadi memberitahu dia ketika mereka dalam perjalanan pulang. Si anak buah cik Along Wanida turut mengiyakan cerita wak tersebut. Katanya tetiba bulu romanya meremang sewaktu memasuki salah satu bilik dalam rumah berkenaan. Pakcik Wak memberitahu bahawa penghuni tersebut dijumpai duduk di dalam bilik air..menyerupai seorang nenek tua. Dengan daya imaginasi yang tinggi maka cik Along Wanida membayangkan rupa makhluk tersebut ala-ala rupa nenek 'jadi-jadian' dalam cerita Congkak. Ala watak yang Ruminah Sidek lakonkan tu la. Cukuplah saya menempek gambar dari belakang sebagai gambaran 'nenek tua' yang dimaksudkan..hiihiiihiiihiiiii (style ketawa saya pulak yang dah pelik semacam).

Itu bukan anak Cik Along Wanida ye. Tapi kejadian seperti inilah yang ditakuti akan terjadi.


Pakcik Wak tersebut telah menawarkan pertolongan untuk menghalau 'nenek tua' itu. Tapi sekarang Cik Along Wanida sudah 'gigil' nak berpindah ke rumah barunya. Semoga Pakcik Wak berjaya dengan misi misteri nusantaranya itu maka dapatlah sahabat saya ini tinggal di rumah barunya nanti.

Cerita 3 : Hujung bulan ni Cik Along Wanida bakal bergelar surirumahtangga cum usahawanita. Dia sudah nekad untuk berhenti kerja dan memulakan langkah mengusahakan perniagaan membuat kek dan yang sewaktu dengannya. Semoga cita-cita Cik Along Wanida tercapai hendaknya. Mesti seronok dapat buat kerja yang kita suka. Ini mengingatkan saya pada kisah dalam novel Sugar & Spice yang saya baca. Watak dalam novel itu adalah seorang yang berjaya dalam kariernya tetapi demi cita-cita, dia berhenti kerja dan berjaya mengusakan kedai kek yang diberi nama Sugar & Spice. Buat Cik Along Wanida, fighting!!


Credit to yumdity.com for the picture


p/s: Apa nama ko nak letak untuk bisnes ni nanti?

3 comments:

  1. tq kak di :-), on behalf cik along..hehe. Agak-agak nak tempah kek leh le kontek dia...(promote skit..mana tau dpt komisyen..ahaks!).

    ReplyDelete
  2. Kenapa baru hari ni aku jumpa artikel ni? dari tahun 2009 oh sungguh tak adil dunia ini.. uwa uwaaaa

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)