26 October, 2009

Kisah hujung minggu

Tiada yang luar biasa tentang hujung minggu saya. Malam Sabtu adik ipar dari Selayang datang ke rumah untuk spend her weekend here,bosan melepak di rumah bujang katanya. Saya OK saja. Hari Sabtu, lepas puas melepak di rumah sepagi santak, kami ke Alamanda untuk lunch, window shopping (cuci mata ajelah kerana gaji tinggal seciput aje) dan beli barang dapur di Carrefour. Ahadnya pula saya buatkan char kuey teow dan apam pisang untuk breakfast. Sebenarnya dah nak jadi makan tengahari sebab jam 10 lebih baru kami makan. Lepas kemaskan dapur sesikit,sempat jugak saya layan Transformers (teringat waktu filem ni ditayangkan, saya sanggup follow En.F ngan kengkawan dia ke Mid Valley untuk midnite show,masa tu saya dalam 1st trimester preggy dan esoknya hari bekerja) dan kemudian saya siapkan baju kami anak beranak nak ke majlis house-warming bos saya. Dalam dok leka-leka tu, rupanya jam dah nak menghampiri pukul 3..kelam kabut juga la saya bersiap sebab dah berjanji dengan opismate nak ke rumah bos kami tu dalam pukul 3 pm - 3.30 pm. Akhirnya kami sampai ke sana lebih kurang jam 4 pm. Makanan semua sedap-sedap tapi saya sempat jamah roti jala+kari ayam, kuih koci, kek lapis, rojak & buah je('je' la sgt)Hehehe...En.F dan adik ipar saya makan nasi minyak. Si Tasnim pula, makan buah dan kek which end up banyak diluah dari ditelan..sabor jek la. Budak baru bangun tido gitu la peelnya. Bila memasing dah kenyang kami pun mengundurkan diri memandangkan dah berjanji dengan BIL saya mintak dia datang ke rumah kami kol 6 ptg untuk fetch up SIL saya. Sempat juga singgah kat gerai tepi jalan beli pisang & keledek goreng untuk santapan minum petang kami.

Lepas maghrib, masing-masing bersiap nak keluar. BIL nak hantar SIL ke Selayang, saya sefamily pulak nak gerak ke Kelana Jaya..nak join sepupu & parent mengiringi pemergian Che We (mak saudara sebelah ayah) menunaikan haji. Ramai sungguh manusia time tu..meriah kawasan Kompleks Tabung Haji kat situ ngan para jemaah,orang ramai & gerai-gerai. Ini kali pertama saya mengiringi orang pergi haji. Che We saya dijangka bertolak ke Mekah jam 2 pagi tapi lebih kurang jam 10 malam, dia dah check in kat Kelana Jaya tue. Sayu pulak bila tengok lambaian para jemaah. Beruntunglah mereka kerana dapat bertamu di rumah Allah. Semoga ibu bapa dan mertua saya juga saya sekeluarga punya kesempatan sebegini satu hari nanti, Insya Allah :-).
Elok aje Che We masuk ke dalam lobi Kompleks Tabung Haji, kami semua beransur pulang. Btw, hujung minggu ini adalah fully occupied :-)


Nak interframekan juga gambo juadah breakfast hari minggu saya..char kuey teow & apam pisang edisi yang sempoi-sempoi saja..heheh!


No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)