21 October, 2009

Pengalaman pertama [aku] berkerja

Melepap di rumah sementara menunggu 'graduation day' adalah sangat bosan. Mula-mula memang seronok,bermalas-malasan..makan..tido..tengok tv..tak payah pening kepala fikir nak siapkan assignment,nak berkejar ke kelas, nak study untuk kuiz,test atau exam. Lama-lama aku jadi bosan sebabnya nama aje dah habis belajar tapi tak dapat bagi apa-apa sumbangan pada keluarga. Aku just tolong mak aku meniaga nasi lemak pepagi kat depan umah. Dari aku kecik sampai habis belajar..itu le keje aku time cuti sekolah/semester..hehe. Rasa segan plak kat mak bapak aku even depa tak kisah pun..lagipun aku ada mendaftar kat SPA dan apply untuk sambung study. Tapi priority aku adalah untuk sambung belajar, else if tak dapat sambung study haruslah aku cari kerja yang bersesuaian ngan latar belakang pendidikan yang seadanya tu.

So aku ada juga la survey-survey kerja kat area rumah aku, misi aku nak mencari kerja yang dekat dengan area umah supaya aku boleh naik basikal atau jalan kaki aje ke tempat kerja, dan supaya senang aku nak balik umah nak makan..so jimat dah duit tambang ngan duit makan..hehehe..Ada kerja kosong as a cashier kat pasaraya area rumah aku, tapi aku pulak takut nak mohon sebab memikirkan kang kalo salah kira ke apa, gaji kena potong..dah le tauke kedai tu kerek (pada pandangan aku la..tapi aku tengok kawan aku kerja kat situ ok je..even lepas tu..adik badik dia pakat keje kat situ jugak tetiap kali memasing cuti belajar..heheh!). So dah terlepas satu peluang kerja yang memang sengaja aku lepaskan). Kemudian aku apply nak jadi pembantu klinik, jumpa ngan owner klinik tu dia tanya ada pengalaman ke tidak. Hadoii..aku dah sengih-sengih, cakap takde. Doktor tu senyum jek kat aku. Then aku sambung, "Pasal tu saya mintak kerja ni, nak tambah pengalaman." Dan aku keluar daripada klinik tu dengan perasaan hampa. Haih. Tak berjaya jugak.

Kemudian aku ada terbaca iklan untuk jadi pembantu jualan kat kedai gambar,kedai gambar ni kira famous la kat Bandar Kuantan, ada banyak cawangan. Lepas interview lebih kurang,dapatlah aku kerja tu. So aku ditempatkan kat kedai gambar cawangan Kompleks Mara. Kat situ dah ada 3 orang yang bekerja. Aku jadi pelik pulak apersal depa nakkan pekerja reramai. Kedai bukan besar mana pun. Workload pon biasa-biasa aje. First day aku keja, bosan. Dah la staff sedia ada buat muka manis-manis kelat kat aku,ajar aku wat kerja pun macam nak tak nak je. Aku bertahan kerja kat situ 3 hari je. Then aku cau cin cau..aku bajet mesti bebudak kedai gambar tu seronok aku dah takde...hahaha. Anyway, sepanjang 3 hari bekerja tu dapat la jugak aku belajar macam mana nak amik order cuci gambar, nak susun gambar dalam album, nak potong gambar passport camne,nak handle machine cuci gambar camne and last but not least camne nak handle panggilan lucah...huahuahua. Ada la satu hari ni..aku tak pasti la sama ada si mamat ni memang dah aim kat kedai gambar ni semua perempuan ke apa..dia call. So since aku nak belajar jawab call dari customer, so aku angkat la kan..tetiba aku dengar suara mendesah semacam..ayat plak dah 'seram' semacam, aku marah mamat tu then letak phone. Then dia call lagi...aku lagi yang jawab..sama jugak dia ulang peel bengong dia tu..then aku letak, cuak plak rasanya. Aku pun cakap la ngan staff senior kat situ then dia bagitau kalau mamat tu call lagi, biar dia yang jawab. Tak berapa lama lepas tu, mamat giler *** tu call lagi,so akak tu jawab le. Aku memula terkejut sebab akak tu layan. Mak aii..boleh tahan gatal akak ni..(aku cakap dalam hati la)..memula tu rancak jugak la depa bersembang manja, then tak lama lepas tu dorang leh sembang biasa-biasa..tanya nama, tinggal mana..bla..bla..bla. Lepas akak tu letak phone, dia cakap la yang mamat tu kebosanan, tu yang buat panggilan lucah tapi sebenarnya mamat tu ok je. Time tu aku konpius sama ada aku respek atau tak suka ngan cara akak tu handle the situation. Tapi memang problem tu settle sebab lepas tu mamat tu call sembang-sembang biasa..ada la mengusik sesikit. Whatevalah...tapi kalo ngan aku memang makan maki ajelah orang macam tu. Takde makna nak layan manja-manja gedik cenggitu. It just so pathetic & sickening duh!

Lepas aku cabut dari kedai gambar tu, aku kerja kat sini (lihat gambar di bawah).


Actually adik aku yang isi borang nak kerja kat sini, tapi since tempat ni lambat panggil dia interview so adik aku passed kat aku. Time tu adik aku dah leklok keje kat booth aiskrim Dairy King Kuantan Parade. Mungkin dah jadi rezeki, aku diterima berkerja untuk branch Berjaya Megamall as a crew staff a.k.a kuli batak..huhuhu!
Sebenarnya memang ramai la student yang kerja kat tempat-tempat cenggini untuk tambah duit poket. So kat Kyros Kebab ni pon most of the crew berstatus macam aku. Crew leader ngan crew supervisor kat situ memang best. Memula tengok depa aku cuak jugak..muka dua-dua ekor ganas semacam tapi as time goes on, kami jadi sangat kamceng. Work is work lah.. but yet we teach/help/listen and understand each other when needed. Ini menjadikan suasana kerja kami sangat enjoy and less stressful. Banyak kenangan pahit manis sewaktu aku bekerja kat sini. Aku kenal dengan ragam dan peel macam-macam manusia..my bosses,my colleagues & customers. Aku diajar dan di'assigned' dengan macam-macam kerja. Dari mencuci,menyediakan bahan-bahan,amik order,buat order,kemas meja,susun kerusi,mop lantai,potong daging,kira stok,jadi cashier...bla..bla. It was tiring but enjoyable. Aku suka pergi keje, even 'day off' pon boleh terjengul kat situ just to say hi ngan kengkawan aku. Tak jemu dengan rutin yang memenatkan macam tu. Pernah bf aku (En.F la tue) datang bertandang dari Taiping semata-mata nak jumpa aku tapi end up habiskan masa ngan best friends aku since aku tak boleh amik cuti on that day dia turun Kuantan, then aku pulak tak sampai hati nak balik terus lepas habis shift aku when i found that shift malam tak cukup orang so stay for a couple of hours sampai best friends aku dah jeling-jeling semacam time tunggu aku habis kerja. Antara kerja dan personal, my best friends felt that aku dah membelakangkan my bf. Tu dia..kerja punya pasallah ni. Hahah..En.F even nampak kecewa tapi dia tak komplen apa-apa, kengkawan aku yang concern terlebih pulak, biasalah perempuan kan...sepatutnya aku berterima kasih kerana dorang sudi temankan bf aku jenjalan,tapi sebab kena hentam ngan depa..time balik..aku bebuat tido sebab sakit hati. Alamak..that's another story yek..lari topik la pulak.
Well, itu salah satu dari kenangan yang ada. And kejadian aku hampir-hampir pitam lepas dua jariku terhiris kena pisau waktu nak hiris tomato pun kenangan juga. Darah keluar banyak, tak henti-henti. Aku alergik tengok darah. So supervisor aku yang kiut dan kecoh itu telah minta aku berbaring di atas freezer berbantalkan pek beras 10 kg...hahaha. Dia jadi 'jururawat terjun'. Cuci,letak ubat dan balutkan luka aku. Setakat tangan kena minyak panas ker..pemanas roti kebab tu biasa le. Belakang tangan aku pernah kena pemanas roti, gelembung besar giler..dah le tak boleh nak cover..bila aku jadi cashier,customer tengok je luka aku yang buruk tu. Sekarang ni luka tu dah jadi parut kecik. Mujur le. Then, kalau kami nak makan sedap (i.e makan nasi kebab ngan daging kebab+keju+fish fillet ker, kami bebuat la ada wastage so boss takkan claim apa-apa : ja'at giler nih..jangan tiru eh, x berkat makan minum)..uhuks! Aper lagik ek...celen saper potong daging paling cantik...hehehe..bebudak laki semua boleh dikatakan pass bab potong daging..bukan senang woo nak potong daging kebab..kena nipis-nipis,smooth,pisau kena tajam kalau tak tajam potongan tak cantik.Dah le pisau pemotong tu macam pedang samurai pendek..kena tau camne nak asah bagi tajam. Kalo bebudak pompuan,selain supervisor aku..kira aku jadi 1st runner-up ler bab tu..akekekeke. Belajar kira stok,kira hasil jualan hari-hari..benda ni aku lemah skit..selalunya aku akan kira lebih dari sekali untuk make sure kiraan aku betol..kalo masuk stok baru, huish..berganda la penatnya sebab kena pikul daging-daging dari stok terdahulu dari freezer nak susun balik..tu baru daging belum lagi stok-stok lain. Kalau aku buat closing, pantang customer dah clear..memasing semua nak kemas cecepat..banyak benda nak kena kemas woo. Normally kol 11 malam kami settle la wat closing. Kalau malam aku closing,pastu pagi aku kena buat opening..2,3 kali jugak la aku lupa amik kunci stor..maka akibatnya bebudak clearner boleh tengok aku panjat dinding stor nak masuk amik kunci..hahaha! Mujur la tak pernah kantoi ngan boss, kalo tak mau kena sembur. Boss aku akan datang time shopping complex nak bukak nak tengok kami dah settle buat opening ke belum. Untuk closing pun,sebelum kami balik dia akan check semua dah prepare & dah bersihkan ke blom..dan yang paling utama, dia akan tanya ada shortage ngan wastage tak. Pernah jugak aku geledah tong sampah besar semata-mata nak cari piring kecik bulat tempat gril daging kebab since benda tu ada kawan aku terbuang time depa cuci alat tu. Hehehe..bau 'wangi' toksah cakap ler...time tu dah tak pikir geli ke apa, dalam kepala otak nak cari benda alah tu jek..kalau tak nahas la kami semua..mujurlah jumpa..tapi bukan dalam tong sampah yek, dalam laci kat area tempat membasuh tu jugak..saboooooorrr jek la.

Aku kerja kat situ 4 bulan lebih. Waktu tu crew leader aku dah benti, supervisor aku pun dah benti..masing-masing mencari peluang kerja yang lebih terjamin. Boss aku tak berapa setuju aku nak berhenti sebab dia dah bercadang nak train aku as a assistant manager. Lagipun dia sedih sebab staff-staff harapan dia dah/nak berhenti. Aku pulak waktu tu memang takde minat nak get serious in the line since aku bercita-cita nak sambung belajar lagi..so bila dapat surat panggilan dari UiTM, aku terus resigned.
Tapi aku tak sempat habiskan study aku, aku dah dapat tawaran kerja dari JPA.

Sesekali bila aku jenjalan kat Megamall, aku tengok Kyros Kebab dah tak semeriah dulu. Terbaru..3,4 bulan lepas aku ke sana untuk function Electronic Govt, restaurant tu dah takde langsung..dah diganti dengan restaurant franchise lain. Tetiba aku rasa sedih. Dah takde tempat aku nak melepaskan rindu pada kenangan dulu. Isk!! Apa khabar la 'bebudak kebab' batch 2002 ye?

Noktah!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)