06 October, 2009

Welcome to the club Mak Iti

Tahun ni tahun keluarga belah mak aku mendapat ahli keluarga baru lagi. Tapi bukan dapat baby baru, masing-masing dapat menantu. 3 orang sepupu aku kawen tahun ni. Ini cerita tentang sepupu aku yang kahwin bulan 7 yang lepas. Si adiknya dah kahwin bulan 2..so merasa la dia dapat habuan melangkah bendul..hehe! Kakak adik bersuamikan abg 'asykar'..si adik dengan tentera darat, si kakak dengan kapten tentera udara. Lama jugak la si Siti ni gap untuk majlis bertandang, memandangkan lepas nikah & kenduri tempoh hari..hubby dia kena bertugas semula di Labuan...takleh cuti lelama. So terpaksa la majlis bertandang a.k.a kenduri kesyukuran dibuat pada 6 Syawal 1430H.

So, hari raya ke-5 kami bertolak ke Kelantan. Pihak lelaki sewakan rumah persinggahan untuk kami. Kami sampai waktu tengahari, so kami dijamu dulu sebelum dibawa ke rumah persinggahan tu. Sampai umah persinggahan, kami kemas apa yang patut dan berehat sambil menunggu ketibaan bapak aku ngan family Mak Lang aku. Dekat maghrib juga dorang baru sampai. Memasing dok komplen nak patah pinggang drive dari KL ke Kelantan..kematu bun*u*..huhu! Apa bleh buat, dah jodoh si anak ngan orang jauh kan. Hajat di hati konon malam tu nak jenjalan kat Wakaf Che Yeh, tapi disebabkan ada yang kepenatan, lepas mandi & makan..memasing dah cari port memasing nak terbongkang..hehehe. Aku juga yang tido lambat dek melayan Tasnim yang keluar masuk bilik..last-last aku surrender, tak sedor bila aku terlelap & membiarkan aku anak tengok video kartun antu raya bagi ucapan raya kat notebook cousin aku. Huhu.

Disebabkan majlis tu dibuat pada hari Jumaat, so kol 11 tu dah kena bersiap nak berarak ke rumah pengantin lelaki. Masa majlis kat rumah pengantin perempuan dulu, dorang tak dapat nak berjalan bawah pedang sebab tukang-tukang bawak pedang dah fully booked..so dorang booked abg pedang kelate lah..hehehe. Nak tunggu dowwang rehearsel berkawad hunus pedang bagai dah baper lama. Mujur le time tu aku dok dalam kete sebab si Tasnim tido. Time dorang start berarak, aku pon join sekali..mujur la time aku angkat Tasnim, dia tengah mamai-mamai tapi tak meragam. Excited plak dia tengok orang ramai. Aku bagi can atuk dia makan dulu sbb karang kalo dia dah nampak kelibat atuk dia..elok-elok jalan kang terus lemah kepala lutut..huhuhu. Dah le babah Tasnim takde, tak dapat join gi Kelantan sebab dia keje.

Mak aku kata kalo kenduri kesyukuran, keluarga pengantin takkan terima kalo orang salam kokot. Selalunya tetamu yang datang akan bawak gula sebagai buah tangan kepada tuan rumah. Baru le aku tau. Lagipun kalo kenduri kesyukuran ni, takde limit time..selagi ada orang datag,kendurinya lajak sampai ke malam. Disebabkan aku ngan adik aku dah booking flight nak balik petang tu (ai tak sampai hati tinggalkan my hubby lelama u), so lepas kenduri kami balik kemas barang dan bersiap. Kol 6.30 kami bertolak ke airport. Riso gaks kot flight delay..biasa le naik Air Asia. Selain tu, aku cuak juga la naik flight ni kan..cuak ngan wabak H1N1..dah le lupa bawak topeng..tapi tawakkal aje. Alhamdulillah kami selamat sampai.

So, here the photos during the ceremony.


Siti Aisyah Bt Zainal Abiddin & Mohd Mustaqim B Abdullah. Adik aku tolong mekapkan the bride.


Credit to Junn(my SIL) for the baju kurung that she gaves me. Semua pose aku adalah menyipikan pipi to cover my chubby face..hehe!

End here. Oh ye, then again..mak Iti welcome to the club..semoga cepat ikut jejak langkah Intan yang dah mabuk kepayang itu. Noktah!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)