02 November, 2009

Adakah muslim diberi pilihan untuk memilih agamanya?


Gambar ini adalah ihsan encik Google


Tersentap saya dengan soalan itu. Tapi soalan itu bukan ditujukan kepada saya, tetapi kepada seorang rakan blogger saya. Saya sendiri tak pasti apa tujuan manusia itu bertanyakan soalan sebegitu kepada my favourite blogger ini.Soalan yang diajukan adalah seperti di sini. Oleh kerana saya ingin memberi komen kepada entry itu, maka saya meng'google' apa-apa info yang berkaitan. Ya,sebelum ini pun saya sudah sedia maklum seorang Islam tidak dibenarkan menukar agamanya. Keluar daripada agama Islam dan pergi/kembali kepada kekafiran adalah murtad. Hukum Islam menetapkan bahawa keluar agama atau murtad merupakan suatu jenayah berat yang perlu diadili dan dihukum. Tindakan sebegitu adalah mempersendakan kesucian agama Islam dan juga satu pengkhianatan kepada Islam dan penganutnya. Akan tetapi isu ini sentiasa dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu dan hasil daripada peng'google'lan yang saya lakukakan, ada sesetengah respon yang saya perolehi sangatlah menakutkan. Ada yang menjawab persoalan ini seperti mereka kenal benar apa itu Islam, contohnya adalah di sini dan di sini. Sedih saya mengenangkan dunia akhir zaman ini :-(

Ya Allah,lindungilah hamba-Mu ini dari terjebak ke dalam lembah kesesatan..nauzubillahhiminzalik!
Noktah!

2 comments:

  1. Siapa siapa pun bebas untuk memeluk Islam dan keluar daripada Islam. Ianya hak yang setiap orang ada. Adakah Muslim diberi pilihan untuk memilih agamanya?
    [2:256] There shall be no compulsion in religion: the right way is now distinct from the wrong way. Anyone who denounces the devil and believes in God has grasped the strongest bond; one that never breaks. God is Hearer, Omniscient.
    Ya! Kita memang pun diberi pilihan.
    Google la elok-elok :)
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. Ya betul, memilih anutan agama adalah salah satu pilihan yang Allah bagi kepada manusia, kalau Malaysia ini negara Islam pun bukan bermakna semua rakyatnya (yang bukan Islam) wajib memeluk agama Islam. Yang saya maksudkan disini adalah penganut Islam yang memilih untuk keluar daripada Islam. Apa gunanya menjadi orang Islam kalau menidakkan rukun iman? Apa gunanya kita dikurniakan akal kalau kita tidak mampu berfikir atau mengkaji kejadian alam yang akhirnya akan menemukan kita dengan kekuasaan SWT?

    Anyway, terima kasih untuk teguran anda. Mungkin saya patut bertanya kepada yang lebih arif, instead of sekadar meng'google' shj.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)