17 November, 2009

Macam ni punya manusia pun ada

Nota : Entri ini mungkin mengandungi kekasaran bahasa bagi mereka yang mementingkan tatasusila di dalam penulisan.

Haih...manusia macam itu pun ada. Dasar tak punya hati perut. Dasar akal letak di kepala lutut. Memang takde sivik, takde etika. Haih!! Tetiba emo saya sama naik dengan orang yang terkena itu.
Ceritanya begini, sepasang suami isteri muda telah menyewa sebuah rumah pangsa di Seksyen 6, Shah Alam awal tahun ini. Si tuan rumah telah meminta pasangan ini berpindah memandangkan sikap meraka yang culas membayar sewa. Jarang benar nak bayar penuh sewa setiap bulan. Ada sahaja alasan yang diberi. Mula-mula si tuan rumah berkompromi jugak tapi bila dah selalu sangat tak terima sewa penuh, si tuan rumah minta si pasangan tersebut berpindah. Dek kerana tersentap dengan saranan si tuan rumah, maka pasangan tersebut bertindak untuk keluar rumah tanpa sebarang notis. Then minta si tuan rumah kembalikan duit deposit. Malangnya si tuan rumah refuse nak bayar deposit tue sebab pasangan tu keluar short notice. Pada pendapat si tuan rumah seeloknya pasangan tue duduk je percuma 2 bulan untuk cover deposit tu, tak perlu tergesa-gesa nak pindah, so tuan rumah pun tak perlu nak bayar deposit. Kira win-win situation. Tapi dek kerana tak puas hati tak dapat duit deposit, si pasangan dah bertindak ala-ala ahlil kongsi gelap. Rantai yang mengunci grill pintu rumah tue dah dipotongnya, pintu dikopak. Pintu-pintu bilik pulak dijahanamkan sampai tak rupa pintu, ada yang dah terkehel dan tercabut dari engsel. Dinding diconteng dengan perkataan-perkataan kesat. Lampu dan kipas dipecahkan,dicabut dan dibiarkan bertaburan. Dalam rumah jadi tunggang-langgang, jadi tongkang pecah. Even penutup mangkuk tandas pun dihilangkan. Tak cukup dengan itu, kunci rantai dan mangga pintu ditukarkan dengan yang lain! Hangus saja kos si tuan rumah buat kunci pendua berpuluh ringgit. Menganiaya orang sungguh la.Isk..bodow betol, samseng tak kena tempat,macamkan hal deposit tu dah tak boleh dibawak berbincang. Sungguh tak kadar ke diri betol pasangan jahanam itu.
Bila si tuan rumah pegi ke balai polis berdekatan nak buat laporan, pegawai polis yang bertugas tak nak amik keterangan sebab itu bukan kes pecah rumah. Kononnya daripada cerita si tuan rumah, tiada tanda-tanda rumah tu diceroboh. Hamlau betollah! Tak amik keterangan, tak buat siasatan, tak pegi ke tempat kejadian..boleh terus buat conclusion macam tue? Apa kejadahnya?!! Takkan cuak nak dakwa pasangan tue hanya kerana si suaminyer pekerja imigresen?! Hah,tanda soal dan seruan yang besar disitu.*rolling eyes*
Untuk pasangan jahanam, tidak terfikirkan oleh kamu bahawasanya kamu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kerosakan harta benda individu lain? Jangan kerana duit deposit yang ntahkan seberapa ntahkan tidak itu kamu dipenjara atau didenda dengan nilai yang lebih tinggi. Mahukah kamu bermegah dengan status penjenayah?! Tak best langsung jadi penjenayah sebab ikut emo tau! Atau sekarang sememangnya kamu sedang bermegah kerana berjaya melampiaskan amarah yang meluap dan menakutkan tuan rumah? Apakah peraaan kau sekiranya satu hari kelak ada insan lain melakukan perkara yang sama kepada harta benda kamu? Hey, jangan ingat kamu selamat! Awas,hidup kamu belum tentu aman. Saya tidak mendoakan, hanya sekadar mengingatkan :-)
Untuk tuan rumah, silalah buat perjanjian bertulis supaya kelak tidak timbul sebarang salah faham yang menjahanamkan.
Untuk anggota polis balai polis seksyen 6, tolong laksanakan tanggungjawab anda. Bagaimana kalau rumah anda pula yang didajalkan sebegitu rupa? Fikir-fikirkan.
Ini kisah hati perut manusia sesama melayu..hei, bikin malu kaum sajalah!

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)