26 November, 2009

Saya tak suka! Saya benci!

Entri kali ini adalah sedikit kebudak-budakan (huhu..jangan marah ye budak-budak,korang jugak yang kena :P). Saya kata begitu kerana saya nak cerita tentang perkara-perkara yang menjadi kebencian dan ketidaksukaan saya. So, ini topik kebudak-budakan tak? Rasa macam mak bapak budak pon suka aje bercakap tentang topik ini. Sebenarnya, dek kerana saya tiada cerita menarik lagi hebat, juga kerana sentiasa kebuntuan idea..anggaplah sahaja ini entri suai kenal saya dengan kamu orang semua okeh.

1) Cicak
Sama ada cicak kubin,cicakman,tayik cicak,anak cicak,bapak cicak,mak cicak,kakak abang cicak..itu panjang kata, pendek kata tidak kiralah apa jua yang berkaitan dengan cicak saya tidak suka,saya benci, saya alergi.




Gambar harus ada walaupun untuk perkara yang dibenci. Manalah tau kot ada orang tak kenal cicak itu aper. Manalah tahu juga kalau ada yang panggil cicak itu lizard ke,si comel (sbb jadi haiwan peliharaan ke)dsb. Eii..lihatlah renungan cicak ini.


Semuanya bermula bila pakcik saudara saya pernah melastik cicak dan cicak itu jatuh betol-betul atas kain saya. Mujurlah cicak itu tak masuk dalam baju atau kain, kalau tidak..konpom saya dah bervogel di depan ahlil keluarga. Malu..malu. Yelah, walaupun kejadian itu berlaku ketika saya darjah 1,2 cenggitu..tapi saya kan pemalu orangnya.
Kemudian diikuti dengan kejadian melihat cicak yang mati bergelimpangan di dalam kotak ruangan iklan di bus stop. Kelihatan jugak tinggalan tengkorak dan rangka cicak..pening kelapakepala saya sekejap. Tu lah akibatnya bila mata tak boleh duduk diam sampaikan celah bedah papan iklan pun nak tengok kan?! Tapi kenangan tak best saya bersama cicak yang paling tidak boleh blah adalah ketika saya balik kampung.Rumah nenek saya itu memang banyak cicak. Cicak-cicak di situ pulak, gemuk-gemuk,besar-besar dan ada rupa yang ganas. Bukan macam dalam gambar tu.Cicak dalam gambar itu stok cicak bandar kot.Cicak di kampung saya kulitnya ada celoreng hitam-hitam. Cicak kubin ke cenggitu? Atau cicak komando? Hahah..Maka makanan di dapur nenek haruslah ditudung sajikan atau ditutup rapikan supaya tidak dijilat dek si cicak. Waktu itu, mak saya ada buatkan kuah kacang, so saya yang suka makan nasi impit dengan kuah kacang sangat excited nak makan lagi untuk 2nd round tetapi bila nak amik kuah saya dapati tudung bekas kuah kacang tak bertutup rapat lalu saya intai ke dalam bekas dan mendapati 2 ekor cicak sedang berenang-renang di tepian kuah kacang tersebut. Uwekss..kombang tokak den! Cecepat saya tutup bekas tu. Dah berkira-kira macamana nak buang kuah kacang cicak tu. Dah la juga kecewa tak dapat makan lagi. Jadi saya bawa bekas tu ke belakang umah nenek dan buang kuah kacang + cicak bersama-sama dengan bekasnya sekali. Apakah? Ini kerana saya takut nak buka penutup tu sebab dalam kepala dah terbayang cicak-cicak tu mesti menggelupur nak keluar dan meloncat ke badan saya nanti.Oh no...oh tidak...oh nehi!!! Sudahnyer ayah saya yang terpaksa amik bekas tu kat tempat buangan sampah. Mujur dia tak banyak komplen. Mungkin kerana ayah saya mengerti kegelian saya pada sang cicak.

2) Bawang
Tak suka akan roti telur yang ada bawang, roti sardin yang ada bawang,apa-apa makanan yang ada hiasan atau potongan bawang, tak suka juga akan bawang gorem. Kalau sikit-sikit..saya akan bertoleransi dengan menguis bawang tersebut ke tepi sahaja. Nway,dalam masakkan..pada saya bawang adalah bahan utamanya. Kalau sambal tumis kurang bawang, maka kuranglah kemanisannya (sambal tumis manis?!). Kalau masak apa-apa tak letak/tumiskan bawang, itu masak orang malas namanya. Tapi ada juga kan masakkan yang tak perlukan bawang? Okeh, itu lain cerita. Walaubagaimanapun, untuk roti telur dan sardin, cukuplah letak telur dan sardin aje tapi kenapa pulak bawang yang overshadow hah? Nak jimart eh? Letak bawang banyyyyakkk..letak telur/sardin sikit. Faham kan saya tak suka makan bawang dalam keadaan yang macam mana?



Bawang kecik lagi manis rasanya dari bawang besar, tapi saya suka guna bawang besar untuk memasak sebab saya pemalas amat nak kupas kulit bawang. Ada juga orang kata kalau air mata kita banyak keluar ketika mengupas bawang itu tandanya badan kita banyak angin (secara saintifiknya tindak balas kimia yang terjadi sewaktu mengupas bawang tue yang menyumbang pada mata pedih dan berair). Pun begitu,sebenarnya bawang (merah,putih,besar,kecil) ada khasiatnya.

Oleh itu jangan contohi saya okeh.

3) Muncit (bunyinya manja dan comel sedikit)/Cak roi a.k.a boroi
Saya bukan nak mengata orang. Tapi saya tujukan pada diri sendiri. Sangat rindu akan perut saya yang kempis dl. Dulu kalau rasa perut ada potensi nak naik, buat sit up sikit atau makan pil binari atau bertungku..sekejap sahaja sudah berjaya tetapi sekarang susah benar..susah nak bersungguh-sungguh, susah nak konsisten.Tahap metabolisma diri sudah menurun mungkin. Makin lama lemak degil makin tebal. Haha. Tak preggy pun orang ingat saya ini dalam 1st trimester. Bwahahahah! (gelak sinis pada diri sendiri). Kekadang sampai terfikir adakan kenaikan ini disebabkan oleh lemak makin menepu atau buncit sebab peranakan kembang banyak minum ais atau buncit sebab dah jadi mak orang memang standard lah buncit..cis,terlalu banyak kemungkinan yang gampang-gampang. Kesimpulannya, tolonglah berdiet ye Nina :P

Gambar? Sanggupkah engkau orang tengok babat saya? Erk..saya sendiri tak sanggup maka tiada gambar lah ye. Jiwa kacau nanti. *sedut Nescafe ais dalam-dalam..huh,puas*

4) Hidup ditentukan orang
Saya tidak suka orang lain menyuruh saya buat begitu begini,aturkan hidup saya begitu begini tanpa merujuk atau berbincang kepada empunya diri terlebih dahulu. Saya bukan jenis yang suka melawan cakap orang tidak kena tempat dan bukan juga seorang yang mudah menolak arahan/cadangan orang terutamanya dari kaum keluarga atau orang terdekat. Saya akan buat/terima arahan/cadangan tersebut tetapi dengan hati masam. Kalau hati sudah masam, riak muka juga jadi kelat. Kalau saya boleh mempertimbangkan kondisi dan perasaan orang lain mengapa tidak mereka melakukan hal yang sama bukan? Timbang-timbangkan :-)

5) Hanya tentang kau,kau dan cowKAU
Menyampehs dengan mereka yang sangat obses pada diri sendiri,semuanya tentang dia,keluarga dia,sepupu sepapat dia,kengkawan dia,perangai dia,kerja dia,pencapaian dia,perasaan dia,kesukaan dia,kebencian dia 24/7 macamkan sudah tiada topik lain mahu dibicara. Kalau mahu berkongsi cerita tentang diri sendiri, sepatutnya boleh dengar juga cerita orang lain tentang diri mereka tapi bila kita baru nak buka mulut, orang ini dah potong dulu lalu terus bercerita lagi tentang dirinya. Kamu faham maksud saya? Kita semua memang seronok berbicara tentang diri kita..saya juga sedang berbicara tentang diri saya..tapi biarlah kita berbicara tentang kita kena pada tempat dan masanya. Dan sebab ini blog saya, jadinya entry saya ini sudah kena lah pada tempatnya.

Ini kebencian saya yang major-major sahaja. Adakah kebencian kita serupa?

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)