26 November, 2009

Soseh-soseh dari ceruk dapur

Selamat sejahtera & Salam 1Malaysia Tuan/Puan,
Kita bersama lagi dalam rancangan Soseh-soseh Dari Ceruk Dapur bersama Kak Long Ninah (ini cara panggilana nama akak oleh mak akak..hadoii). Hari ini Kak Long Ninah ingin berkongsi cerita tentang juadah yang telah akak sediakan baru-baru ini. Maklumlah akak ni bukannyer selalu punya kesempatan untuk ke dapur dek kerana
kemalasankesibukan yang melanda diri..heehee(sambil menyengih lebar konon depan kamera lagaknya).


Okeh la, ni nasi lemak zaman Tok Adun bila ntah akak masak. Tapi yang pastinya bukan bulan lepas mahupun tahun lepas ye. Sebenarnya, akak dah lama tau tak makan nasi lemak. Sebab orang kata nasi lemak ni boleh menyebabkan mengantuk. Dah la akak ni tak makan nasi lemak pon leh mengantuk gila babun. Haaa..akak tak mencarut hokey. Akak sebut babun jek..so jangan la pegi bayang buntut babun pulak. Tak sesuai eyh. Okeh, sambung citer nasi lemak balik. So, akak cuba la beli nasi lemak kat beberapa tempat tapi semuanya hampes hinggalah akhirnya akak ketemu dengan nasi lemak yang fit to my throat appetite(selera tekak), bertempat di gerai belakang Tabung Haji, Kajang. Nasi lemaknyer simple sajork tapi sambal dia..pergh..ngancam wa cakap lu! Rock abes brader! Boleh ketagih woo. Hohoho..citer pasal ketagih nih,let me story u, dedulu ada la satu gerai nasi lemak kat Kuantan yang pemes,nasi lemaknyer sempoi jek..nasi lemak seciputnyer dihidang ngan sambal jek tapi ianya telah menjadi kegilaan ramai. Akak pun suka gaks makan kat situ jaman muda-muda dulu walaupun mak akak adalah penjual nasi lemak jadiknyer hari-hari memang dah hadap nasi lemak. Ye le sesekali nak gaks makan nasi lemak candu..hahaha..tu la, ader la manusia mulut puaka cakap..gerai tu dok ramai kastemer sebab dorang letak daun candu dalam nasi lemak dorang,nak bagi kastemer makan nasi tu rasa setim & addicted. Wallahualam..eh,akak takde niat nak memfitnah ye..dah namanya ini rancangan soseh-soseh,so akak citer je la. Akak pun lepas tau cerita tu dulu,terus banned gerai tu..yelah,sebabnyer dah rasa was-was kan. Sekarang yang akak tau gerai nasi lemak tu dah ada branch-branch,bertempat di lokasi yang strategik,ambience yang menarik dan menu yang bervariasi.
Btw, nasi lemak yang akak tayang tu adalah dimakan bersama sambal tumis ikan selar kuning. Ni style nasi lemak emak akak. Kami satu family suka. Lagipun nasi lemak sambal tumis ikan bilis kan dah biasa sangat. Ikan bilis & kacang tanah gorem tidak kelihatan kerana tiada stok. Malas nak beli. Malas nak gorem.


Well.. well..bila akak rasa macam nak cecepat masak & makan, terjadilah menu seperti di atas. Penkek itu kali pertama buat. Suppose guna canola oil tapi akak bantai guna minyak masak. Dah itu je yang ader kat umah pon. Goreng pakai kuali aje..takde makna nak pakai non-stick frying pan..tu pasal penkek akak tak cantik (ceh,yolah tue). Tapi tetap rasa macam penkek omputih..bukan penkek ommelayu. Gegege. Scramble egg tu pulak adalah hasil campak-campak keju parut,lada sulah,bell pepper & garam ke dalam telur. Akak saja gantikan spaghetti ngan fettuccine untuk bolognese. Tapi bab buat sos bolognese ni kekadang akak buat tak berapa nak kick la. Bagi akak sos bolognese yang kick adalah seperti yang dibuat oleh adik akak. Dia terer bab nih. (Puji dengan rasa menyampah..muahahah!)


Dari barat, mari kita pandang ke timur pulak ye Tuan/Puan. Dek kerana akak ni punya citarasa orang melaka, maka keinginan untuk menyantap asam pedas bukanlah sesuatu yang asing lagi. Nampak tak ikan ader 3 hekor aje tu? Sebabnyer yang lain akak dah cilikan dorang buat sambal tumis kat atas tue..tuee. Sup dan tempe gorem adalah tambahan kepada juadah lunch akak yang tak seberapa itu. Jadilah untuk makan 3 beranak.


Semuanya bermula dengan sembang-sembang kosong antara akak dan opismate akak ni. Dia mintak akak tolong carikan orang yang boleh buatkan cupcakes untuk majlis pertunangan sepupu dia. So,kami dapatlah 2,3 nama tauke cupcakes yang dicari. Malangnya depa semua tak dapat nak terima tempahan dari opismate akak ni sebab dah fully booked. Ada yang busy ngan agenda lain so tak terima tempahan buat masa tue. Maka akak pon diberi kepercayaan oleh opismate ni untuk buatkan cupcakes dia. Memang la akak penah buat cupcakes, tapi buat suka-suka jek la, untuk sendiri makan kan. Hal tu memang kawan akak ni sedia maklum la tapi since dia takmo dah pening kepala dok memburu tauke cupcakes sebab dia sendiri sangatlah busy ngan macam-macam hal..jadi dia serahkan semua pada akak. Akak terima permintaan dia ngan debaran di dada. Mana la tak berdebornyer, akak takde pengalaman terima tempahan cupcakes, tak penah attend memana kelas buat & deco cupcakes, takde knowledge nak buat fondant/gumpaste bagai. Jadinya, akak gigih la menglungsurkan diri bersama pakcik Google untuk mencari info-info yang berkaitan. At the same time, i feel excited about that since i'm really interested in baking dan decorating cupcakes. Akak cuma takde kesempatan nak menimba ilmu tu secara live lagik.

3 hari berturut-turut akak pegi kedai supplier bebahan kek tu nak cari barang. Berapa kali ntah buat list, tapi asal balik je dari situ baru perasan benda ni takde, benda tu tak cukup..haih!! Untuk cupcakes,akak guna resepi Chef Norzailina. Sedap dan gebu. Tapi akak ingat pasni kalau nak buat lagi nak alter sikitlah,nak kurangkan telur, nak lebihkan esen vanilla. Kat sini tak pernah lagi akak jumpa biji vanilla, kalau ada mesti cupcake ini akan lebih harum mewangi. Untuk round pertama, cupcake akak hangit di bahagian bawah sebab akak bakar pakai api bawah sahaja dan bahagian atas pulak melimpah ruah sebab akak isi adunan 3/4 mangkuk, which end up buruk sungguh rupanya. Sayang sebab akak lupa nak test..jadinya rugi sudah 7 biji cupcakes itu dan menjadi santapan family akak le jawabnyer. Rugi tapi tak membazir. Untuk round kedua dan seterusnya akak isikan adunan hingga 1/2 mangkuk je & bakar guna api atas bawah dengan suhu dikurangkan dari 190 C ke 160 C. Tang ni, memasing kena pandai adjustlah sebab lain oven lain peelnyer kan. Maka dapatlah 26 biji cupcakes semuanya (campur yang tak jadi tadi sekali tau). Okeh..selesai sudah satu perkara.
Tapi hati belum lapang sebab lepas ini misi yang lebih besar perlu dilaksanakan. Misi uli,bentuk dan deko cupcake tadi lah. Huhuhu...sungguh mencabar sekali sesi bermain dengan fondant ini. Ingatkan semudah bermain dengan tanah liat aje. Nak menangis rasanya waktu akak buat based tue,dah le takde acuan bulat..akak taram guna acuan tart. Yang tak bestnyer, based yang ditekap tak terbentuk cantik, bahagian tepi pulak comot..serabut kepala kejaps. Ni baru buat based. Mujurlah akhirnya akak terpikir nak gunakan cawan mini hiasan jadikan acuan tekap. Bedal sajelah labu. Okeh..pass sudah. Takdelah cantik mana bentuknya tapi better than beforelah. Kemudian guna embossed roller untuk cantikkan based tu bagi ada corak skit. Pastuh akak mula pulak ngan proses membentuk bunga ros gulung,dedaunan,bunga forget-me-not saiz L,M & S(macam saiz baju pulak..akak men reka jek saiz cenggitu). Haa..tang nak menekap ni syok..tapi tang nak menguli ready-made fondant tu pada kaler yang diinginkan adalah leceh. Leceh sungguh..pastu nak rollkan pulak..akak alas pakai plastik bodow je..takde benda alah cutting mat kejadah tu. Yelah kan, time-time cenggini ler pemikiran kreatif lagi kritis otak kiri adalah diperlukan untuk memikirkan alternatifnyer. Akak beli decoration tools yang penting-penting jek, nak beli semua kang takut tak terpakai pulak. Yelah..beli itu ini tapi kalau end up bersawang kat dapur, mana de pekdah. Hurms,keras jek tangan menggulung bunga ros pertama. Oleh itu, hasilnya adalah nan hado sajork. Pastuh bila susun atas cupcakes..letak daun, letak bunga kekecik..belek punya belek..rasa macam sumthing wrong somewhere lah pulak. Tapi dalam gusar-gusar tu, tetap MMS gambar cupcake pertama yang siap. Kawan akak cakap, LULUS..siap ada meriam buluh..hahaha...3 ketul bunga ros tongong tuh lebih nampak seperti meriam buluh kalerpol daripada kuntuman bunga ros. Cis..bedebah sungguh tangan tak berbedung nih..pengkoh yang amat. Sepatutnya bunga ros tu digulung loose-loose gitu tapi walau dah jenuh akak mencoba,memang tak berjaya buat gulungan yang loose..jadi gulungan ketat seketat-ketatnyer le pulak. Akhirnya akak redha ajelah dengan gulungan bunga ros yang segan-segan nak kembang tu. Janji nampak cam bunga ros bukan cam meriam buluh lagik...hahah! Sedikit demi sedikit akak dah boleh catch up ngan step-step nak deco cupcakes tu. Malam tu akak tido kol 4 pagi kau. Semangat punya pasal. Biarlah mata sembab, bengkak dan bergelang cam beruang panda asalkan tempahan orang siap, dan hati akak puas. Tapi hasilnya tak lah sehalus seni deco tangan si pro kerana akak kan mak orang yang baru belajar..maafkan saja diriku ye. :P


Ini antara kek kegemaran akak. Dalam arena baking-membaking, kek ini adalah kek no. 2 yang akak belajar buat dari mak. Layan woo rasa masam-masam manis dia. Sambil buat sambil curi-curi makan asam kepinghaw flakes tue. Akak buat kek ni atas permintaan mak akak. Dia malas nak buat le tu tapi teringin nak makan. Dah 2 minggu dia bagi bahan-bahan suruh buat..malam raya haji baru akak dapat aura nak membuatnyer. Itupun kena tunggu si kinting tido dulu. Kalau tak ngan dia-dia sekali akak 'lapis-masam-manis'kan. Dah le time akak buat cupcakes hari tu dia sama naik pegang itu-ini,siap bedakkan muka ngan gula icing lagi. Hangin akak sekejap. Jadi kerja pulak kita nak cuci muka dia, takkan nak biar muka anak bengkak-bengkik kena giget semut pulak kan? Tapi rasa macam afdhal aje buat kek ni malam raya haji, sebab esoknya boleh bawak balik ke kampung. Takde la akak balik bawak beg berbondong-bondong takde buah tangan aper. Takat buah dot dot depa heran aper...erk,oppsie! Kena gam pulak karang rancangan akak nih. Berbalik pada kek ni, kekadang (sebenarnya most of the time)lapisan yang akak buat tu mesti tak sama tebal, konon nak buat lapisan nipis-nipis la kan..tapi pastu dah buat-buat,ader pulak aksi potong lapisan tebal sebelah..puas pulak nak adjust bagi sama rata balik. Pelik jugak camner leh jadi cenggitu..nak kata pengukus senget, elok jek terletak atas dapur..kot tukang buat dia yang senget gamaknyer.. :P

Oh ya, kita sudah hampir ke penghujung rancangan. Jika engkau orang ada sebarang gossip-gossip ceruk dapur yang boleh dikongsi, don't hesitate to share with me hokey!
Till then, semoga berjumpa lagi di rancangan yang sama pada hari dan masa yang suka hati akak le nak buat bebila..macam lah engkau orang kesah kan? Tata. *melambai mesra*

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)