22 December, 2009

Ketawa mampu hilangkan kepenatan.

Semalam saya putuskan untuk stay @ Kajang kerana badan masih sengal-sengal kepenatan dek penangan berpindah rumah. Konon nak tidur sekejap lalu menyorok di dalam bilik adik untuk mengelakkan si kinting. Sekali si kinting sudah menyelinap masuk bilik auntienya dan selamba badak henyak-henyak pewot saya. Lepas tu, walaupun mata kelat mengantuk giler..saya jadi risau nak lelapkan mata. Sudahnya saya capai komik APO? yang dah bertahun-tahun saya tak baca. Last baca time zaman belajar-belajar. Bila dah kerja, mula berkenal-kenalan dengan majalah yang lebih kewanitaan dan lebih ke'fesyen'an. Huhu. Engkau orang biasa baca APO?? Majalah kartun antara yang termasyhur selepas Gila-Gila dan Ujang (saya bajet cenggitu ler..betol ker tak yer?). Saya suka tengok kartun, baca majalah kartun dan pernah la berangan nak jadi kartunis macam LeEN MaFia ngan Cabai. Itu dua kartunis wanita yang saya admire amat. Kalau kartunis lelaki, hurm saya sukaaaaa ramaiiiiii. Thithithiii *gelak gediks*. Suka lawak dorang. Suka kartun dorang. Aper nak jadik hal kan? Saya suka Gayour - suka kisah kartun mat rock dia yang ensem nama Amar. Pernah tiru lukis pakai water color. Sejibik. Siap simpan dalam folder dan hilang entah ke mana. Isk. Saya suka Ujang dengan kisah Aku Budak Minang nyer. Pernah baca siri Aku Budak Minang yang dibukukan tu. Ada gelak tawa, ada suka duka. Haa..Jibam pun saya baca. Saya juga suka Ubi dengan kisah Budak Hostelnyer, Sukun dengan Workshopnyer, Rasyid Asmawi (actually saya sudah ingat-ingat lupa nama ini) dengan From Taiping With Lovenyer..ramai lagik lah yang tak tersebut dek saya.

Waktu baca APO?! tue, saya layan juga cerpen kisah seram yang ditulis oleh Nora Ismail a.k.a Rose Harissa. To be frank, saya tak tahu pun Rose Harissa ni sudah menulis 6 novel selain menulis di ruangan Artikel Misteri APO?!. Hampun kak!!(saya tahu beliau pangkat akak² kerana dalam salah satu entinyer beliau ada sebut beliau sudah masuk era 30-an, saya ini di ambang watiera 30-an..hihi!) Macam mana lah nak tahu kalau dah takde masa nak melayan hobi membaca ni. Setakat baca surat khabar atau katalog barangan umah boleh la. Sesekali sempat la juga baca majalah. Baca novel? Semenjak dah ada anak ni, misi sebegitu susah nak dijayakan lagi. Kalau pergi kedai buku pun bukan boleh belek novel santai-santai. Cari apa yang nak dengan rakus, beratur, bayar dan zass. Alasan..alasan. Heh..suka hati haku lah nak bagi alasan cenggitu cenggini bai. Huhu.



Oh yer, sila lawati blog penulis yang tersebut. Macam-macam ada. Kaler pebret beliau adalah merah kot. Banyak elemen merah di sana. Berjiwa minah rempitlitar juga rasanya beliau ini. Credit to her kerana beliau ambik inisiatif promote blog dalam ruangan sendiri. Adalah best kerana ada link dengan blog-blog kartunis APO?!. Kartunises APO?! ini pulak ada link dengan rakan-rakan kartunis seantero Malaysia. Jadinya, malam semalam saya sengkangkan mata yang dah sedia rabak ini untuk menelaah blog-blog mereka. Asyik dong ding dong ah! Memang asyik sebab boleh layan dengan aman kerana si kinting sudah lama pengsan. Hahaha.

Muahahahahaha...muekekekekeke... thithitihihihi...dan saya masih gelihati mengingatkan lawak-lawak yang dibaca malam tadi. Ketawa jangan tak ketawa, orang kata itu ubat awet muda. Jangan sampai kena hangkut gi hospital sakit jiwa sudah ler yek. Adios.

8 comments:

  1. sker gaks baca komik ms zaman skolah dulu...tp msti baca yg satu episod jerk...xsker baca yg smbung2 tuh...hahaha!

    skang belikan tuk adik jerkla kalo ada pesta buku...siap dpt free cd lg...mmg best! he3

    ReplyDelete
  2. MAKEUP CLASS INFO :
    DATE: 9/1 --->> SHAH ALAM (RM150)
    TIME: 10:30 AM-5:30 PM

    DATE: 15 & 16 JANUARY ----->> TERENGGANU & KELANTAN (RM250)
    TIME: 10:30AM-5:30PM

    DATE: 23 & 24 JANUARY -----.>> BRIDAL MAKEUP CLASS (2 DAYS) IN KL (RM500)
    TIME : 10AM-5:30PM (FOR BOTH DAYS)

    -MAKEUP, LUNCH, CERTIFICATE PROVIDED
    -BRING YOUR FRIEND, GET RM20 DISCOUNT PER PERSON YOU BRING

    BOOK NOW, LIMITED SEATS!!!!

    http://www.eyrarizal.com
    http://www.lovesaysitall.blogspot.com
    FB: Eyra Rizal @ Eyra Rizal Touch

    ReplyDelete
  3. Lala : Tu lah...komik-komik ni makanan bebudak dan remaja. Tapi sesekali kita layan, best ajek. Dapat cd free lagu kartunis APO?! tu ker?

    ReplyDelete
  4. Dulu sukaaa sangat baca 3 dara pingitan oleh Cabai. Ntah kenapa memang suka dengan suasana kampung, ladang getah, etc. Cabai betul2 buat kita "merasa" kehidupan Noi, Awa & Esah tu. Eh, betul ke tu nama dorang? ;p

    ReplyDelete
  5. Ayu..betollah tu..bravo sebab still ingat..kita dah lupa nama karakter-karakter ni..tp bila awak sebut..so dah dapat recall balik..ader sorang lagik, Jai..budak lelaki yg stuck duduk kat kampung & berkawan ngan 3 dara pingitan tu.

    ReplyDelete
  6. bkn cd lagu kak....cd citer...katun2 dlm komik tuh kartunis2 dorg lakonkan smula...slalo kalo kita baca mat despatch kt dlm komik xbrp klaka kan? dlm cd tuh mmg lawak abeh...guling2 gelak...hahhaah

    ReplyDelete
  7. Lala..ye ker, CD tu unlimited edition ker? Nak jugekss.

    ReplyDelete
  8. kalo nak kene tgu pesta buku lew...thn dpnnyer...rm1 jerk cd+buku.(yg lama2 punyer)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)