09 December, 2009

Made in Melaka - very da oldschool

Biskut balak


Kamu orang pernah makan biskut ini? Setim woo cicah biskut ni dengan air teh/milo/kopi panas. Hidangan yang amat sesuai disajikan pada waktu minum pagi atau petang. Teksturnya seakan roti kering tetapi keras ranggup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam apabila dicicah air. Rasanya pula lemak-lemak gitu. Ada juga yang memanggil biskut ini sebagai biskut lutut, biskut tongkat atau bikut marjerin..kesemua panggilan itu sungguh relevan bukan? Di Masjid Tanah, hidangan biskut ini adalah perkara biasa nan tidak asing lagi (cuma saya aje yang jakun lalu makan berbalak-balak sebabnya itu antara biskut peberet jadi harus makan sampai puas). Biasa juga ibu saya singgah ke pekan untuk membeli biskut ini. Walaupun biskut ini adalah sebegitu rupa, dia ada peminat merata-rata sampaikan jiran makcik saya pun boleh pesan belikan biskut ini jika makcik saya balik ke kampung. Sebabnya macam susah nak cari biskut balak yang ori di pasaran. Kalau yang resepinya dah dikomersialkan tu pernah jugak la jumpa kat sini, tapi rasanya lain, tak seenak yang ori.

Air Long Chan

Ini pula air Long Chan. Setiap kali anak cucu pulang berkumpul di kampung, nenek saya pasti tidak akan lupa membeli air Long Chan ini. Selalunya akan dibeli sebanyak sekotak kayu. Harga sebotol pula adalah dalam beberapa puluh sen sahaja, 50 sen kalau tak silap saya. Ianya dipanggil air Long Chan kerana kilang tersebut yang menghasilkannya. Terdapat dalam perisa oren, sarsi dan ais krim soda. Mungkin ada perisa lain tetapi itulah 3 perisa biasa yang saya jumpa. Bentuk botolnya sangat old school, klasik dan punya nilai estetika yang tinggi gitu. Nyaman sekali kalau diminum sejuk di atas pangkin di waktu tengahari sambil tubuh disapu angin (bayu semulajadi atau kipas...anything can be)..huhu. Boleh minum banyak-banyak kerana air ini kurang kandungan karbonatnya, maka kurang kandungan gasnya. Jadi kalaupun udah minum 2,3 botol belum tentu akan bersendawa bagai nak rak..heheh!

Kalau ke Melaka , cubalah cari bendalah old school ini ye. :-)

Nota : Gambar diambil dari Google. *peace*

2 comments:

care to drop a comment? thanx! ;-)