02 December, 2009

Mama vs Ibu


Gambar adalah sekadar hiasan. Mama & Ibu tidaklah secantik dan seslim ini.(Berani cakap mama sendiri tak cantik..kutuk diri sendiri sudahlah..isk..isk)


Mama itu Makcik Juli a.k.a mak saya. Ibu itu Chempaka Aurora a.k.a saya. Tajuk entri bunyi macam kami berdua nak bergusti aje kan? Isk..tak lah. Walaupun saya bukan anak yang baik tapi saya tidak juga mahu jadi anak derhaka.

Sebenarnya, mak saya sudah bagi hint pada sejak saya habis pantang lagi. Tapi waktu itu saya diamkan sahaja. Bila saya dapat anak sedara, topik itu diutarakan kembali. Waktu itu pun saya diamkan aje. Mengiyakan tidak..membantah pun tidak. Pabila anak saya semakin membesar dan dijaga oleh mak saya, hint-hint itu makin kerap saya dengari. Ini menandakan keseriusan mak saya berkenaan hal itu. Itu bukan keinginan mak saya sahaja, ayah saya juga punya niat yang sama. Niat mereka itu saya lihat sebagai niat suci nan murni tetapi amat tidak saya persetujui. Mak saya merancang untuk membawa anak saya tinggal bersama dia apabila ayah saya telah berpencen dan mereka pulang ke kampung kelak. Katanya nanti bila anak saya dah nak sekolah, saya boleh lah ambil si anak untuk tinggal bersama semula. Katanya lagi, mereka boleh sesekali turun KL dan saya boleh pulang ke kampung jika rindukan si anak.

Walaubagaimanapun mak saya tidak pernah mengutarakan hal itu kepada saya untuk dibincangkan secara benar-benar. Tidak juga sekadar bertanya pendapat saya tentang hal itu. Saya pernah juga secara bergurau berkata kepadanya, kalau dia begitu teringinkan si kecil sebagai teman penghibur, beranak lah lagi. Mak saya menjawab pula.."Aku ni dah nak menopause..takkan nak beranak lagi". Hahaha..saya sekadar senyum sumbing sambil berkira-kira adakah mak saya sebenarnya faham maksud tersirat di sebalik gurauan itu. Saya juga pernah memberitahu dia, biarlah saya yang menjaga anak saya..lagipun nak tunggu anak saya dah bersekolah baru nak ambil..saya takut waktu itu anak saya dah tak nak ikut saya..macam mana? Mak saya hanya gelak-gelak sahaja. Dalam hati saya merasa hampa.

Saya teringin juga ingin membincangkan hal ini dengan mak dan ayah saya, saya ingin mereka tahu tentang hasrat hati saya tetapi sehingga sekarang tidak terluah. Terlalu banyak benda yang saya fikirkan. Saya takut kata-kata saya akan menguris perasaan mereka kerana saya ini waktu tak bercakap memanglah diam seperti penyu (tetiba..hahah), tetapi bila sudah berkata-kata, adalah bisa lagi membinasakan. (Hohoho..saya tak tipu yek..sila tanya dia). Saya dengan mak saya tidaklah sekamcing mana kerana as i'm being a typical me, we both have different thought dan personality. But i think both of us have 1 similarity, STUBBORNNESS. Mak saya tidak suka jika kehendak atau keputusan dia dibantah dan saya tidak suka jika pendirian saya diketepikan. Dalam hal ini kami berjalan dari arah yang bertentangan. Impian setiap ibu adalah melihat si anak membesar di depan mata, walaupun susah..walaupun sukar..walaupun mencabar, ibu-ibu tetap mahu menghadapinya dengan berlapang dada. Begitulah saya. Mungkin saya belum benar-benar menjadi ibu yang terbaik pada pandangan matanya tetapi saya tidak jemu mencuba memberikan setiap yang terbaik untuk anak saya berdasarkan kemampuan rohani,jasmani dan ekonomi yang saya dan suami ada. Saya kira mak saya juga belajar untuk menjadi ibu yang terbaik pada anak-anaknya. Bukannya kualiti seorang ibu terbaik itu telah sedia ada dengan segala pakej semua, kan?
Haih..jauh sekali niat saya untuk menidakkan kasih sayang ibu dan ayah saya kepada cucunya. Tidak juga saya mahu memisahkan ikatan kasih mereka. Adakah mereka khuatir saya tidak akan membawa si anak menziarahi meraka? Atau meraka risau tiada siapa yang boleh di harap untuk menjaga mereka di kala kesihatan mereka sudah tidak mengizinkan nanti selain daripada cucu-cucu yang dibela? Ya, saya ulang yang saya ini bukan anak yang baik..tetapi saya juga tidak mahu menjadi anak derhaka. Saya juga punya keinginan menjadi anak yang soleh, saya juga punya niat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya. Akan tetapi, tiadakah kewajaran untuk saya mempertahankan pendirian saya..impian saya?

Semoga perkara ini tidak menjadi duri dalam daging yang berbisa.

4 comments:

  1. kenapa la kita slalu aja menghadapi situasi begini huhuhu adakah kita nanti tua akan jd mcm dorang ahahha penin

    ReplyDelete
  2. Hehehehe..tu lah Anna,ditelan mati mama, di luah mati ibu..hopefully keadaan kita time tua nanti ngan anak tak complicated cenggini. Huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Kalo aku jadi Nina ni aku branak rapat rapat soploh org pastu kasik depa jaga semer .. baru depa taoo :)) hahahahahahaa

    Sila jgn pakai nasihat sya yer cik puan nina .. tema kasih :))

    ReplyDelete
  4. Along..hahahaha..kalo aku kawen umo 22 hari tu leh je pakai nasihat ko..sekarang ni x dapat la. Tulah..cucu baru 2, dah reramai dah tak berkisah dah.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)