19 December, 2009

Pindah

Semua urusan yang berkaitan sudah diuruskan. Kunci juga sudah didapatkan. Wajib ucap terima kasih kepada En.F. Akhirnya permohonan kuarters teres saya telah diperkenankan BPH, JPM. Sekarang pun saya duduk di kuarters, tapi yang down-grade punya. Ini pun sudah cukup selesa buat keluarga kecil saya tapi oleh kerana saya pernah membuat rayuan untuk mendapatkan rumah berlaman tanah, jadi inilah dia.

Syukur kerana tak perlu tunggu bertahun-tahun seperti kawan saya untuk mendapatkannya. Hanya menunggu selama setahun 7 bulan. Eh,sekejap ke lama cenggitu yek? Ada kawan saya dekat 4 tahun baru dapat. Okeylah..ini kuarters saja, bukan rumah sendiri punya. Yang excited adalah En.F, saya? Hurm..saya rasa seronok juga nak duduk rumah baru tapi saya lebih looking forward untuk cari rumah sendiri. Sudah riki-riki, sudah ketemu dengan yang berkenan di hati tapi yang tinggal hanya lot tepi dan harganya di luar kemampuan sosio-ekonomi saya laki bini. So sekarang kira tengah mencari lagi, juga tengah mempertimbangkan perkara-perkara yang berkaitan supaya lepas beli rumah ada rasa puas hati, tak mahu pening kepala dengan pekara-perkara yang tidak diingini. InsyaAllah, adalah rezeki kami tue nanti. Layan sajalah duduk sini buat masa ni.

Petang tadi sudah pergi tengok rumahnya. Sudah bajet-bajet nak letak perabot semua kat mana. Esok En.F nak jalankan operasi cuci rumah dengan mengerah tenaga kengkawannya. Dah la dia plan tak bagitahu saya, tau-tau dia cerita esok nak cuci rumah..lusa angkat barang, pindah terus. Erk..apakah?! Barang satu haram jadah tak packing lagi ni. Saya bajet minggu ni nak cuci rumah, packing bebarang & angkut yang kecil-kecil aje. Weekend depan baru pindah secara 'official'nya tapi En.F cakap next weekend dia bz ada training menembak. Kami tak sempat nak berbincang habis-habis sebab baru semalam dapat kuncinya. Tak sangka lah En.F dah planning dan booked lori sesiap. Arghh..dah le bercinta nak packing barang-barang nih. Bila dipikir-pikir apa yang nak dipacking..terus pening kepala. Bebarang rumah saya bukanlah banyak mana tapi banyaklah juga sebab kebanyakkan barang dan perabot adalah dibeli selepas menduduki apartment ini. Nanti dah pindah, haruslah penat badan segala (saya tahu adatlah begitu, tapi..) Next week nak out-station lagi. Nak kena kemas umah baru lagi. Konpom saya jadi minah selenge. Haih. I'm not really into it lah pendek kata. Panjang kata apa? ...*malas nak tambah maggi cukup rasa, biar entry ini tasteless macam rasa hati saya*

Sekarang tengah berusaha menanamkan sifat rajin supaya esok saya boleh mengemas barang dengan efisyen dan hati terbuka. En.F yang malas nak dengar saya membebel ada cakap dia boleh kemaskan semua, saya boleh duduk goyang kaki saja (perli aku baek punyer..bluwekks!) sebab dulu pun beliau uruskan semuanya sendiri (yelah, waktu itu saya dalam pantang dan barang rumah semua boleh angkut pakai kereta aje sebabnya cuma mesin basuh,peti sejuk ngan kabinet dapur yang kena pikul naik lori kecik :P). Eksen dia ye, xpe..xpe. Kalau ikut ati perut jahat saya, nak je saya dajaikan dia mengemas sensorang. Huh, puas ati aku! Hehehe..tak..tak,tipu je. Saya tetap akan beri kerjasama..macam wonderpets kata..apa yang penting? Kerjasama!! Yer, esok sebagai tanda kerjasama, saya akan sediakan juadah untuk kengkawan dia yang datang menolong. Cas hidup bermasyarakat cengginilah kan?

Oklah, nak tido dulu..kumpul tenaga..esok saya harus FIGHTING!! *Hidup Geum Jan Di! Hidup Boys over flowers! Tetiba*

2 comments:

  1. Cas hidup bermasyarakat konon piiii raaaahhhh :))

    Hey hey ada org tak habaq dia dpt pindah umah baru hmm... tersinggung menyinggung disinggung, menyinggung-nyinggung (tetiba jeling Nina dan bagi satu hentaman padu di pp dengan bunyik *debushhh* hah hambikkkk!!! :)) ahahahaa (ni hanyala demo saja, sila abaikan okeh :)) )

    Weh tahniah bebeh.. cantek umah. Sya suka!!! kamo tentu lebih lebih lebih kuasa 2 sukanya kan. Cam janji lak kita ni ek. Aku pindah ko pindah, sok sok aku buyung ko buyung tetiba* uiksss buyung!!!??? Hahahahahaa oh my God. :)) (gelak geguling tahap tenggiling)

    ReplyDelete
  2. Marah pulak puan noridah. jgn lah marah..bukan tak mau bagitau,tapi x punya kesempatan nak bercerita aje. tapi aku dah citer semuanyer kan?

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)