14 December, 2009

Rona Roni Makaroni



Entri ini saya buat selepas mendengar permintaan kawan adik saya yang bertanyakan tentang resepi makaroni bakar. Kalau diikutkan resepi yang saya biasa buat adalah diambil dari internet aje. Bila dah googled tue, memang banyak versi resepi makaroni bakar yang ditemui tetapi saya paling suka yang ini.

Bahan-bahan untuk pasta dan inti:

500 gm pasta (aper aper jenis pon ok - penne,farfalle,shell & makaroni)
300 gm daging cincang (kalau nak lebih rasa daging boleh tambah aje)
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 biji bawang besar } dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang
1 biji cili benggala } dipotong dadu
1 kiub stok ayam/daging
1 sd teh herba oregano
1 helai bay leaf atau 2 helai daun sampaikansalam
Parutan keju (cheddar/mozarella/romano atau parmesan)
3 sd besar minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk sos putih:
2 sd besar butter
1 sd besar tepung gandum
500 l atau 2 kotak kecik susu segar (nak lebih berkuah, boleh lebihkan)
secubit garam, lada hitam & paprika

Cara-caranya:

1. Rebus pasta + minyak + garam hingga lembut. Toskan.

2. Untuk Inti: Goreng bawang putih & bawang besar hingga layu, jangan sampai garing. Masukkan daging cincang, goreng hingga daging asak. Masukkan cendawan dan cili benggala. Kacau hingga rata. Masukkan tomato puri, jika terlampau kering masukkan air sedikit tetapi jangan sampai berkuah. Masukkan stok ayam/daging, herba oregano dan daun bay/daun salam. Biarkan hingga naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Bare in mind stok ayam/daging tu dah masin tau. Bila nampak pekat, tutupkan api.

3. Untuk sos putih: Masak butter di atas api kecil, biarkan butter cair dan berbuih. Taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu (motif pakai senduk kayu?!). Bila sebati, masukkan susu segar, garam, serbuk lada hitam dan paprika. Masukkan sebahagian keju parut dan kacau sebati. Bila nampak sos dah bersalut pada senduk (inilah motifnyer..hahah! :P), tutupkan api.

4. Sediakan loyang. Lapiskan dengan pasta. Selang-selikan dengan inti daging dan sos putih. Teruskan melapis dan pastikan lapisan paling atas adalah lapisan pasta. Tabur parutan keju sebanyak mana yang korang suka. Boleh juga goreng breadcrumbs dan taburkan ke atas pasta.

5. Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah selama 45 min atau sehingga keju cair dan keemasan.

Selamat mencuba ye! :-)

2 comments:

  1. huhuh..nak pelawa...akak pun ader gambo je..yg real dah selamat jaman tok adun lagik..

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)