20 March, 2009

Purnama yang sibuk



Bukan purnama di atas yang sibuk. Tak nampak macam sibuk pun kan? Hehehe. Sebenarnya purnama ini aku yang agak sibuk. Sibuk dengan promosi Kerajaan Elektroknik. Sibuk dengan training bagi sistem yang di'handle' oleh team aku. Sibuk dengan hal 'troubleshooting'. Next week, ada mesyuarat pengurusan dan teknikal untuk seksyen aku. Itu kesibukan di pejabat. Itu hal ehwal kerja.
Dalam hal ehwal kekeluargaan aku pun boleh dikatakan sibuk juga. Hujung minggu awal bulan ini, keluarga mertua dan adik ipar datang bertandang...walaupun sibuk, sesekali menerima kedatangan FIL haruslah aku cuba melayan mereka sebagai tetamu sebaik mungkin. In the mean time, aku juga cuba tolong adik aku siapkan tempahan bunga telur dip daripada mak aku untuk majlis bertandang sepupunya. Dek kerana aku ni budak baru belajar, maka sangatlah azab nak menyiapkan bunga telur tersebut. Adik aku out-station ke Sarawak..maka aku le jadik 'kak andeh' sensorang terkial-kial mencantum, memintal bunga telur dip yang sangatlah remeh kerjanya. Hingga saat akhir, hanya 5 kuntum yang mampu aku siapkan dek kerana aku perlu juga membuat kerja rumah, melayan keluarga mentua dan karenah budak kecik yang pantang benor tengok ibunya tiada di depan mata. Time-time macam ni la dia nak buat perangai...sabor je lah.
Akhirnya terpaksalah makcik Juli memikirkan alternatif lain untuk menggantikan bunga telur harapan-tak-jadinya itu. Marah jugak la makcik Juli pada 2 orang anak perempuan dia yang tak-boleh-diharap ni. Nak buat macam mana..dah masing-masing busy dengan kerja..buat bunga telur tue pun lepas habis waktu kerja, ditambah pula kami ni baru je belajar nak membuat benda alah tu.
Minggu depan Tasnim kena tinggal lagi. Maybe dia seronok kena tinggal sebab dia boleh bermanja-manja dengan Atuknya. Si Atuk pula pantang tengok cucu berbunyi sikit, terus didokong, dipujuk, ditatang. Si nenek pun lebih kurang aje bab melayan budak kecik itu. Waktu aku tinggalkan Tasnim untuk promosi Kerajaan Elektronik tempoh hari, Tasnim tak hairan langsung dengan kehadiran aku. Merengek-rengek, merangkak terus cari atuk & nenek. Si ibu dia ni terkulat-kulat ajelah memandang.Rindu yang terpendam tak terlepas. Huhuhuhu...terasa serik sekejap nak tinggalkan anak lelama tapi ada waktu kita perlu komited pada kerja, ada waktu kita perlu utamakan keluarga. Itu statement nak menyedapkan hati sendiri..hehe!
Esok mak sedara aku ada buat majlis bertandang sempena perkahwinan anak bujangnya yang pertama kat Bandar Salak Selatan. Sepatutnya aku datang menolong apa yang patut untuk persiapan kenduri tapi since dah ada anak kecik ni amatlah susah nak jadi ahli penanggah kenduri kahwin yang sangat sinonim dengan aku waktu bujeng-bujengs dulu.(Kononnya nak bagitau aku ni rajin la dulu..cam poyos laks, akeke...dan sekarang bab anak pulak jadi alasan). Tapi aku takdelah sampai asyik mengendong anak kehulur-kehilir sambil berpura-pura busy menjadi ibu mithali, apa yang aku boleh buat untuk menolong, aku buat eh! :P Owh..gambar bagi peristiwa berkenaan aku tak snap satu hapah pun..interframe kat kamera orang lain aje.

Orait le, better aku continue keje aku..daripada dok menceceh pepanjang pun macam la
ader orang nak layan cecehan aku ni kan..Noktah!