26 November, 2009

Soseh-soseh dari ceruk dapur

Selamat sejahtera & Salam 1Malaysia Tuan/Puan,
Kita bersama lagi dalam rancangan Soseh-soseh Dari Ceruk Dapur bersama Kak Long Ninah (ini cara panggilana nama akak oleh mak akak..hadoii). Hari ini Kak Long Ninah ingin berkongsi cerita tentang juadah yang telah akak sediakan baru-baru ini. Maklumlah akak ni bukannyer selalu punya kesempatan untuk ke dapur dek kerana
kemalasankesibukan yang melanda diri..heehee(sambil menyengih lebar konon depan kamera lagaknya).


Okeh la, ni nasi lemak zaman Tok Adun bila ntah akak masak. Tapi yang pastinya bukan bulan lepas mahupun tahun lepas ye. Sebenarnya, akak dah lama tau tak makan nasi lemak. Sebab orang kata nasi lemak ni boleh menyebabkan mengantuk. Dah la akak ni tak makan nasi lemak pon leh mengantuk gila babun. Haaa..akak tak mencarut hokey. Akak sebut babun jek..so jangan la pegi bayang buntut babun pulak. Tak sesuai eyh. Okeh, sambung citer nasi lemak balik. So, akak cuba la beli nasi lemak kat beberapa tempat tapi semuanya hampes hinggalah akhirnya akak ketemu dengan nasi lemak yang fit to my throat appetite(selera tekak), bertempat di gerai belakang Tabung Haji, Kajang. Nasi lemaknyer simple sajork tapi sambal dia..pergh..ngancam wa cakap lu! Rock abes brader! Boleh ketagih woo. Hohoho..citer pasal ketagih nih,let me story u, dedulu ada la satu gerai nasi lemak kat Kuantan yang pemes,nasi lemaknyer sempoi jek..nasi lemak seciputnyer dihidang ngan sambal jek tapi ianya telah menjadi kegilaan ramai. Akak pun suka gaks makan kat situ jaman muda-muda dulu walaupun mak akak adalah penjual nasi lemak jadiknyer hari-hari memang dah hadap nasi lemak. Ye le sesekali nak gaks makan nasi lemak candu..hahaha..tu la, ader la manusia mulut puaka cakap..gerai tu dok ramai kastemer sebab dorang letak daun candu dalam nasi lemak dorang,nak bagi kastemer makan nasi tu rasa setim & addicted. Wallahualam..eh,akak takde niat nak memfitnah ye..dah namanya ini rancangan soseh-soseh,so akak citer je la. Akak pun lepas tau cerita tu dulu,terus banned gerai tu..yelah,sebabnyer dah rasa was-was kan. Sekarang yang akak tau gerai nasi lemak tu dah ada branch-branch,bertempat di lokasi yang strategik,ambience yang menarik dan menu yang bervariasi.
Btw, nasi lemak yang akak tayang tu adalah dimakan bersama sambal tumis ikan selar kuning. Ni style nasi lemak emak akak. Kami satu family suka. Lagipun nasi lemak sambal tumis ikan bilis kan dah biasa sangat. Ikan bilis & kacang tanah gorem tidak kelihatan kerana tiada stok. Malas nak beli. Malas nak gorem.


Well.. well..bila akak rasa macam nak cecepat masak & makan, terjadilah menu seperti di atas. Penkek itu kali pertama buat. Suppose guna canola oil tapi akak bantai guna minyak masak. Dah itu je yang ader kat umah pon. Goreng pakai kuali aje..takde makna nak pakai non-stick frying pan..tu pasal penkek akak tak cantik (ceh,yolah tue). Tapi tetap rasa macam penkek omputih..bukan penkek ommelayu. Gegege. Scramble egg tu pulak adalah hasil campak-campak keju parut,lada sulah,bell pepper & garam ke dalam telur. Akak saja gantikan spaghetti ngan fettuccine untuk bolognese. Tapi bab buat sos bolognese ni kekadang akak buat tak berapa nak kick la. Bagi akak sos bolognese yang kick adalah seperti yang dibuat oleh adik akak. Dia terer bab nih. (Puji dengan rasa menyampah..muahahah!)


Dari barat, mari kita pandang ke timur pulak ye Tuan/Puan. Dek kerana akak ni punya citarasa orang melaka, maka keinginan untuk menyantap asam pedas bukanlah sesuatu yang asing lagi. Nampak tak ikan ader 3 hekor aje tu? Sebabnyer yang lain akak dah cilikan dorang buat sambal tumis kat atas tue..tuee. Sup dan tempe gorem adalah tambahan kepada juadah lunch akak yang tak seberapa itu. Jadilah untuk makan 3 beranak.


Semuanya bermula dengan sembang-sembang kosong antara akak dan opismate akak ni. Dia mintak akak tolong carikan orang yang boleh buatkan cupcakes untuk majlis pertunangan sepupu dia. So,kami dapatlah 2,3 nama tauke cupcakes yang dicari. Malangnya depa semua tak dapat nak terima tempahan dari opismate akak ni sebab dah fully booked. Ada yang busy ngan agenda lain so tak terima tempahan buat masa tue. Maka akak pon diberi kepercayaan oleh opismate ni untuk buatkan cupcakes dia. Memang la akak penah buat cupcakes, tapi buat suka-suka jek la, untuk sendiri makan kan. Hal tu memang kawan akak ni sedia maklum la tapi since dia takmo dah pening kepala dok memburu tauke cupcakes sebab dia sendiri sangatlah busy ngan macam-macam hal..jadi dia serahkan semua pada akak. Akak terima permintaan dia ngan debaran di dada. Mana la tak berdebornyer, akak takde pengalaman terima tempahan cupcakes, tak penah attend memana kelas buat & deco cupcakes, takde knowledge nak buat fondant/gumpaste bagai. Jadinya, akak gigih la menglungsurkan diri bersama pakcik Google untuk mencari info-info yang berkaitan. At the same time, i feel excited about that since i'm really interested in baking dan decorating cupcakes. Akak cuma takde kesempatan nak menimba ilmu tu secara live lagik.

3 hari berturut-turut akak pegi kedai supplier bebahan kek tu nak cari barang. Berapa kali ntah buat list, tapi asal balik je dari situ baru perasan benda ni takde, benda tu tak cukup..haih!! Untuk cupcakes,akak guna resepi Chef Norzailina. Sedap dan gebu. Tapi akak ingat pasni kalau nak buat lagi nak alter sikitlah,nak kurangkan telur, nak lebihkan esen vanilla. Kat sini tak pernah lagi akak jumpa biji vanilla, kalau ada mesti cupcake ini akan lebih harum mewangi. Untuk round pertama, cupcake akak hangit di bahagian bawah sebab akak bakar pakai api bawah sahaja dan bahagian atas pulak melimpah ruah sebab akak isi adunan 3/4 mangkuk, which end up buruk sungguh rupanya. Sayang sebab akak lupa nak test..jadinya rugi sudah 7 biji cupcakes itu dan menjadi santapan family akak le jawabnyer. Rugi tapi tak membazir. Untuk round kedua dan seterusnya akak isikan adunan hingga 1/2 mangkuk je & bakar guna api atas bawah dengan suhu dikurangkan dari 190 C ke 160 C. Tang ni, memasing kena pandai adjustlah sebab lain oven lain peelnyer kan. Maka dapatlah 26 biji cupcakes semuanya (campur yang tak jadi tadi sekali tau). Okeh..selesai sudah satu perkara.
Tapi hati belum lapang sebab lepas ini misi yang lebih besar perlu dilaksanakan. Misi uli,bentuk dan deko cupcake tadi lah. Huhuhu...sungguh mencabar sekali sesi bermain dengan fondant ini. Ingatkan semudah bermain dengan tanah liat aje. Nak menangis rasanya waktu akak buat based tue,dah le takde acuan bulat..akak taram guna acuan tart. Yang tak bestnyer, based yang ditekap tak terbentuk cantik, bahagian tepi pulak comot..serabut kepala kejaps. Ni baru buat based. Mujurlah akhirnya akak terpikir nak gunakan cawan mini hiasan jadikan acuan tekap. Bedal sajelah labu. Okeh..pass sudah. Takdelah cantik mana bentuknya tapi better than beforelah. Kemudian guna embossed roller untuk cantikkan based tu bagi ada corak skit. Pastuh akak mula pulak ngan proses membentuk bunga ros gulung,dedaunan,bunga forget-me-not saiz L,M & S(macam saiz baju pulak..akak men reka jek saiz cenggitu). Haa..tang nak menekap ni syok..tapi tang nak menguli ready-made fondant tu pada kaler yang diinginkan adalah leceh. Leceh sungguh..pastu nak rollkan pulak..akak alas pakai plastik bodow je..takde benda alah cutting mat kejadah tu. Yelah kan, time-time cenggini ler pemikiran kreatif lagi kritis otak kiri adalah diperlukan untuk memikirkan alternatifnyer. Akak beli decoration tools yang penting-penting jek, nak beli semua kang takut tak terpakai pulak. Yelah..beli itu ini tapi kalau end up bersawang kat dapur, mana de pekdah. Hurms,keras jek tangan menggulung bunga ros pertama. Oleh itu, hasilnya adalah nan hado sajork. Pastuh bila susun atas cupcakes..letak daun, letak bunga kekecik..belek punya belek..rasa macam sumthing wrong somewhere lah pulak. Tapi dalam gusar-gusar tu, tetap MMS gambar cupcake pertama yang siap. Kawan akak cakap, LULUS..siap ada meriam buluh..hahaha...3 ketul bunga ros tongong tuh lebih nampak seperti meriam buluh kalerpol daripada kuntuman bunga ros. Cis..bedebah sungguh tangan tak berbedung nih..pengkoh yang amat. Sepatutnya bunga ros tu digulung loose-loose gitu tapi walau dah jenuh akak mencoba,memang tak berjaya buat gulungan yang loose..jadi gulungan ketat seketat-ketatnyer le pulak. Akhirnya akak redha ajelah dengan gulungan bunga ros yang segan-segan nak kembang tu. Janji nampak cam bunga ros bukan cam meriam buluh lagik...hahah! Sedikit demi sedikit akak dah boleh catch up ngan step-step nak deco cupcakes tu. Malam tu akak tido kol 4 pagi kau. Semangat punya pasal. Biarlah mata sembab, bengkak dan bergelang cam beruang panda asalkan tempahan orang siap, dan hati akak puas. Tapi hasilnya tak lah sehalus seni deco tangan si pro kerana akak kan mak orang yang baru belajar..maafkan saja diriku ye. :P


Ini antara kek kegemaran akak. Dalam arena baking-membaking, kek ini adalah kek no. 2 yang akak belajar buat dari mak. Layan woo rasa masam-masam manis dia. Sambil buat sambil curi-curi makan asam kepinghaw flakes tue. Akak buat kek ni atas permintaan mak akak. Dia malas nak buat le tu tapi teringin nak makan. Dah 2 minggu dia bagi bahan-bahan suruh buat..malam raya haji baru akak dapat aura nak membuatnyer. Itupun kena tunggu si kinting tido dulu. Kalau tak ngan dia-dia sekali akak 'lapis-masam-manis'kan. Dah le time akak buat cupcakes hari tu dia sama naik pegang itu-ini,siap bedakkan muka ngan gula icing lagi. Hangin akak sekejap. Jadi kerja pulak kita nak cuci muka dia, takkan nak biar muka anak bengkak-bengkik kena giget semut pulak kan? Tapi rasa macam afdhal aje buat kek ni malam raya haji, sebab esoknya boleh bawak balik ke kampung. Takde la akak balik bawak beg berbondong-bondong takde buah tangan aper. Takat buah dot dot depa heran aper...erk,oppsie! Kena gam pulak karang rancangan akak nih. Berbalik pada kek ni, kekadang (sebenarnya most of the time)lapisan yang akak buat tu mesti tak sama tebal, konon nak buat lapisan nipis-nipis la kan..tapi pastu dah buat-buat,ader pulak aksi potong lapisan tebal sebelah..puas pulak nak adjust bagi sama rata balik. Pelik jugak camner leh jadi cenggitu..nak kata pengukus senget, elok jek terletak atas dapur..kot tukang buat dia yang senget gamaknyer.. :P

Oh ya, kita sudah hampir ke penghujung rancangan. Jika engkau orang ada sebarang gossip-gossip ceruk dapur yang boleh dikongsi, don't hesitate to share with me hokey!
Till then, semoga berjumpa lagi di rancangan yang sama pada hari dan masa yang suka hati akak le nak buat bebila..macam lah engkau orang kesah kan? Tata. *melambai mesra*

Saya tak suka! Saya benci!

Entri kali ini adalah sedikit kebudak-budakan (huhu..jangan marah ye budak-budak,korang jugak yang kena :P). Saya kata begitu kerana saya nak cerita tentang perkara-perkara yang menjadi kebencian dan ketidaksukaan saya. So, ini topik kebudak-budakan tak? Rasa macam mak bapak budak pon suka aje bercakap tentang topik ini. Sebenarnya, dek kerana saya tiada cerita menarik lagi hebat, juga kerana sentiasa kebuntuan idea..anggaplah sahaja ini entri suai kenal saya dengan kamu orang semua okeh.

1) Cicak
Sama ada cicak kubin,cicakman,tayik cicak,anak cicak,bapak cicak,mak cicak,kakak abang cicak..itu panjang kata, pendek kata tidak kiralah apa jua yang berkaitan dengan cicak saya tidak suka,saya benci, saya alergi.




Gambar harus ada walaupun untuk perkara yang dibenci. Manalah tau kot ada orang tak kenal cicak itu aper. Manalah tahu juga kalau ada yang panggil cicak itu lizard ke,si comel (sbb jadi haiwan peliharaan ke)dsb. Eii..lihatlah renungan cicak ini.


Semuanya bermula bila pakcik saudara saya pernah melastik cicak dan cicak itu jatuh betol-betul atas kain saya. Mujurlah cicak itu tak masuk dalam baju atau kain, kalau tidak..konpom saya dah bervogel di depan ahlil keluarga. Malu..malu. Yelah, walaupun kejadian itu berlaku ketika saya darjah 1,2 cenggitu..tapi saya kan pemalu orangnya.
Kemudian diikuti dengan kejadian melihat cicak yang mati bergelimpangan di dalam kotak ruangan iklan di bus stop. Kelihatan jugak tinggalan tengkorak dan rangka cicak..pening kelapakepala saya sekejap. Tu lah akibatnya bila mata tak boleh duduk diam sampaikan celah bedah papan iklan pun nak tengok kan?! Tapi kenangan tak best saya bersama cicak yang paling tidak boleh blah adalah ketika saya balik kampung.Rumah nenek saya itu memang banyak cicak. Cicak-cicak di situ pulak, gemuk-gemuk,besar-besar dan ada rupa yang ganas. Bukan macam dalam gambar tu.Cicak dalam gambar itu stok cicak bandar kot.Cicak di kampung saya kulitnya ada celoreng hitam-hitam. Cicak kubin ke cenggitu? Atau cicak komando? Hahah..Maka makanan di dapur nenek haruslah ditudung sajikan atau ditutup rapikan supaya tidak dijilat dek si cicak. Waktu itu, mak saya ada buatkan kuah kacang, so saya yang suka makan nasi impit dengan kuah kacang sangat excited nak makan lagi untuk 2nd round tetapi bila nak amik kuah saya dapati tudung bekas kuah kacang tak bertutup rapat lalu saya intai ke dalam bekas dan mendapati 2 ekor cicak sedang berenang-renang di tepian kuah kacang tersebut. Uwekss..kombang tokak den! Cecepat saya tutup bekas tu. Dah berkira-kira macamana nak buang kuah kacang cicak tu. Dah la juga kecewa tak dapat makan lagi. Jadi saya bawa bekas tu ke belakang umah nenek dan buang kuah kacang + cicak bersama-sama dengan bekasnya sekali. Apakah? Ini kerana saya takut nak buka penutup tu sebab dalam kepala dah terbayang cicak-cicak tu mesti menggelupur nak keluar dan meloncat ke badan saya nanti.Oh no...oh tidak...oh nehi!!! Sudahnyer ayah saya yang terpaksa amik bekas tu kat tempat buangan sampah. Mujur dia tak banyak komplen. Mungkin kerana ayah saya mengerti kegelian saya pada sang cicak.

2) Bawang
Tak suka akan roti telur yang ada bawang, roti sardin yang ada bawang,apa-apa makanan yang ada hiasan atau potongan bawang, tak suka juga akan bawang gorem. Kalau sikit-sikit..saya akan bertoleransi dengan menguis bawang tersebut ke tepi sahaja. Nway,dalam masakkan..pada saya bawang adalah bahan utamanya. Kalau sambal tumis kurang bawang, maka kuranglah kemanisannya (sambal tumis manis?!). Kalau masak apa-apa tak letak/tumiskan bawang, itu masak orang malas namanya. Tapi ada juga kan masakkan yang tak perlukan bawang? Okeh, itu lain cerita. Walaubagaimanapun, untuk roti telur dan sardin, cukuplah letak telur dan sardin aje tapi kenapa pulak bawang yang overshadow hah? Nak jimart eh? Letak bawang banyyyyakkk..letak telur/sardin sikit. Faham kan saya tak suka makan bawang dalam keadaan yang macam mana?



Bawang kecik lagi manis rasanya dari bawang besar, tapi saya suka guna bawang besar untuk memasak sebab saya pemalas amat nak kupas kulit bawang. Ada juga orang kata kalau air mata kita banyak keluar ketika mengupas bawang itu tandanya badan kita banyak angin (secara saintifiknya tindak balas kimia yang terjadi sewaktu mengupas bawang tue yang menyumbang pada mata pedih dan berair). Pun begitu,sebenarnya bawang (merah,putih,besar,kecil) ada khasiatnya.

Oleh itu jangan contohi saya okeh.

3) Muncit (bunyinya manja dan comel sedikit)/Cak roi a.k.a boroi
Saya bukan nak mengata orang. Tapi saya tujukan pada diri sendiri. Sangat rindu akan perut saya yang kempis dl. Dulu kalau rasa perut ada potensi nak naik, buat sit up sikit atau makan pil binari atau bertungku..sekejap sahaja sudah berjaya tetapi sekarang susah benar..susah nak bersungguh-sungguh, susah nak konsisten.Tahap metabolisma diri sudah menurun mungkin. Makin lama lemak degil makin tebal. Haha. Tak preggy pun orang ingat saya ini dalam 1st trimester. Bwahahahah! (gelak sinis pada diri sendiri). Kekadang sampai terfikir adakan kenaikan ini disebabkan oleh lemak makin menepu atau buncit sebab peranakan kembang banyak minum ais atau buncit sebab dah jadi mak orang memang standard lah buncit..cis,terlalu banyak kemungkinan yang gampang-gampang. Kesimpulannya, tolonglah berdiet ye Nina :P

Gambar? Sanggupkah engkau orang tengok babat saya? Erk..saya sendiri tak sanggup maka tiada gambar lah ye. Jiwa kacau nanti. *sedut Nescafe ais dalam-dalam..huh,puas*

4) Hidup ditentukan orang
Saya tidak suka orang lain menyuruh saya buat begitu begini,aturkan hidup saya begitu begini tanpa merujuk atau berbincang kepada empunya diri terlebih dahulu. Saya bukan jenis yang suka melawan cakap orang tidak kena tempat dan bukan juga seorang yang mudah menolak arahan/cadangan orang terutamanya dari kaum keluarga atau orang terdekat. Saya akan buat/terima arahan/cadangan tersebut tetapi dengan hati masam. Kalau hati sudah masam, riak muka juga jadi kelat. Kalau saya boleh mempertimbangkan kondisi dan perasaan orang lain mengapa tidak mereka melakukan hal yang sama bukan? Timbang-timbangkan :-)

5) Hanya tentang kau,kau dan cowKAU
Menyampehs dengan mereka yang sangat obses pada diri sendiri,semuanya tentang dia,keluarga dia,sepupu sepapat dia,kengkawan dia,perangai dia,kerja dia,pencapaian dia,perasaan dia,kesukaan dia,kebencian dia 24/7 macamkan sudah tiada topik lain mahu dibicara. Kalau mahu berkongsi cerita tentang diri sendiri, sepatutnya boleh dengar juga cerita orang lain tentang diri mereka tapi bila kita baru nak buka mulut, orang ini dah potong dulu lalu terus bercerita lagi tentang dirinya. Kamu faham maksud saya? Kita semua memang seronok berbicara tentang diri kita..saya juga sedang berbicara tentang diri saya..tapi biarlah kita berbicara tentang kita kena pada tempat dan masanya. Dan sebab ini blog saya, jadinya entry saya ini sudah kena lah pada tempatnya.

Ini kebencian saya yang major-major sahaja. Adakah kebencian kita serupa?

22 November, 2009

Keletah si kinting

Diam-diam si kinting masuk dalam bilik. Memang saya tak perasan langsung kelibat si kinting itu dek khusyuk sangat mengadap notebook. Tahu-tahu saja si kinting dah bawak keluar botol perfume En. F, then tetiba langkah dia terhenti bila melihatkan saya. Takut kantoi la tue. Hahah! Boleh pulak dia perlahan-lahan patah balik masuk ke bilik. Saja saya perhatikan dia ngan ekor mata lalu buat-buat muka garang ikut dia. Dan-dan la si kinting buat-buat semburkan perfume kat celah kiri kanan ketiaknya. Bila dia tengok saya tak bagi respon yang memberangsangkan,slow-slow dia bukak laci & simpankan semula perfume tue. Hihihih. Comel sungguh melihatkan keletah dia time tu. Alahai si kinting ibu ni *hugs & kisses*.


Abaikan cara duduk si kinting yang agak kurang sopan itu.

18 November, 2009

Karangan bersiri dari adik Sabahan - Terima kasih datuk

Tiada niat ingin mempersendakan sesiapa. Sekadar ingin berkongsi. Kan sharing is caring peeps! *smile* Sila klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas. 'Enjoice' reading :-)










Saya jumpa siri karangan ini di dalam photo album yang dikongsi dari kawan kepada kawan saya. Pada pendapat saya, adalah comel seorang cucu mengarang cerita tentang datuknya sehingga 3 siri. Gaya bahasanya sangat bersahaja, sangat jelas mencerminkan ketelusan si cucu itu bercerita. Dan sangat kelakar juga.
Akan tetapi saya rasakan si cucu ini memerlukan bimbingan intensif untuk meningkatkan kebolehannya menghasilkan sebuah karangan yang baik. Budak-budak kan boleh dilentur. Saya suspect respect pada para guru yang mempunyai murid sebegini kerana untuk membentuk dan membimbing murid sebegini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Teringat pada kisah adik saya sewaktu dia darjah 2. Dia eja perkataan ikut cara dia menyebutnya. Sampai sekarang saya tak lupa dia eja 'PAKAIAN' sebagai 'PAKAYAN'..hahahah! Apa-apapun saya harap adik Sabahan ini tidak putus asa untuk terus mengarang ye.

Noktah.

17 November, 2009

Macam ni punya manusia pun ada

Nota : Entri ini mungkin mengandungi kekasaran bahasa bagi mereka yang mementingkan tatasusila di dalam penulisan.

Haih...manusia macam itu pun ada. Dasar tak punya hati perut. Dasar akal letak di kepala lutut. Memang takde sivik, takde etika. Haih!! Tetiba emo saya sama naik dengan orang yang terkena itu.
Ceritanya begini, sepasang suami isteri muda telah menyewa sebuah rumah pangsa di Seksyen 6, Shah Alam awal tahun ini. Si tuan rumah telah meminta pasangan ini berpindah memandangkan sikap meraka yang culas membayar sewa. Jarang benar nak bayar penuh sewa setiap bulan. Ada sahaja alasan yang diberi. Mula-mula si tuan rumah berkompromi jugak tapi bila dah selalu sangat tak terima sewa penuh, si tuan rumah minta si pasangan tersebut berpindah. Dek kerana tersentap dengan saranan si tuan rumah, maka pasangan tersebut bertindak untuk keluar rumah tanpa sebarang notis. Then minta si tuan rumah kembalikan duit deposit. Malangnya si tuan rumah refuse nak bayar deposit tue sebab pasangan tu keluar short notice. Pada pendapat si tuan rumah seeloknya pasangan tue duduk je percuma 2 bulan untuk cover deposit tu, tak perlu tergesa-gesa nak pindah, so tuan rumah pun tak perlu nak bayar deposit. Kira win-win situation. Tapi dek kerana tak puas hati tak dapat duit deposit, si pasangan dah bertindak ala-ala ahlil kongsi gelap. Rantai yang mengunci grill pintu rumah tue dah dipotongnya, pintu dikopak. Pintu-pintu bilik pulak dijahanamkan sampai tak rupa pintu, ada yang dah terkehel dan tercabut dari engsel. Dinding diconteng dengan perkataan-perkataan kesat. Lampu dan kipas dipecahkan,dicabut dan dibiarkan bertaburan. Dalam rumah jadi tunggang-langgang, jadi tongkang pecah. Even penutup mangkuk tandas pun dihilangkan. Tak cukup dengan itu, kunci rantai dan mangga pintu ditukarkan dengan yang lain! Hangus saja kos si tuan rumah buat kunci pendua berpuluh ringgit. Menganiaya orang sungguh la.Isk..bodow betol, samseng tak kena tempat,macamkan hal deposit tu dah tak boleh dibawak berbincang. Sungguh tak kadar ke diri betol pasangan jahanam itu.
Bila si tuan rumah pegi ke balai polis berdekatan nak buat laporan, pegawai polis yang bertugas tak nak amik keterangan sebab itu bukan kes pecah rumah. Kononnya daripada cerita si tuan rumah, tiada tanda-tanda rumah tu diceroboh. Hamlau betollah! Tak amik keterangan, tak buat siasatan, tak pegi ke tempat kejadian..boleh terus buat conclusion macam tue? Apa kejadahnya?!! Takkan cuak nak dakwa pasangan tue hanya kerana si suaminyer pekerja imigresen?! Hah,tanda soal dan seruan yang besar disitu.*rolling eyes*
Untuk pasangan jahanam, tidak terfikirkan oleh kamu bahawasanya kamu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kerosakan harta benda individu lain? Jangan kerana duit deposit yang ntahkan seberapa ntahkan tidak itu kamu dipenjara atau didenda dengan nilai yang lebih tinggi. Mahukah kamu bermegah dengan status penjenayah?! Tak best langsung jadi penjenayah sebab ikut emo tau! Atau sekarang sememangnya kamu sedang bermegah kerana berjaya melampiaskan amarah yang meluap dan menakutkan tuan rumah? Apakah peraaan kau sekiranya satu hari kelak ada insan lain melakukan perkara yang sama kepada harta benda kamu? Hey, jangan ingat kamu selamat! Awas,hidup kamu belum tentu aman. Saya tidak mendoakan, hanya sekadar mengingatkan :-)
Untuk tuan rumah, silalah buat perjanjian bertulis supaya kelak tidak timbul sebarang salah faham yang menjahanamkan.
Untuk anggota polis balai polis seksyen 6, tolong laksanakan tanggungjawab anda. Bagaimana kalau rumah anda pula yang didajalkan sebegitu rupa? Fikir-fikirkan.
Ini kisah hati perut manusia sesama melayu..hei, bikin malu kaum sajalah!

05 November, 2009

My Funniest Baby Contest




Sukacitanya saya mewar-warkan bahawa Babyumishop telah menganjurkan satu contest menarik di Umidanish blog. Contest ini menawarkan hadiah menarik berupa Lunatots Cloth Diaper PLUS hadiah daripada co-sponsors iaitu IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre & Moms&babyshop. Selain tue,ada jugak hadiah untuk peserta bertuah tau!(interestingly, it will be done by baby Danish himself!)

Contest ini berlangsung dari 20 Okt 2009 - 13 Nov 2009 (till 12 p.m) dan terbuka kepada semua baby & toddler yang berumur dari 1 bulan - 3 tahun. Terdapat 2 kategori which is kategori A - baby GURL dan kategori B - baby BOY.

Cara untuk menyertai contest ini adalah seperti berikut:
Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish.
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified)

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)
Well, macam-macam ada di sini. Daripada set herba bersalin,gajet penyusuan susu ibu,cloth diaper dan akesori seperti diaper stack hinggalah kepada produk kesihatan seperti penapis air bio-aura & minuman herba. Peminat barangan Tupperware pon boleh dapatkan produk tersebut di site ini.

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)
Boleh dapatkan pakaian wanita dan kanak-kanak yang selesai dipakai berserta design dari butik dengan harga yang berpatutan. Turut menawarkan produk kecantikan seperti Eumora Beuty Bar & Krim Payudara Peurafirm serta produk kesihatan iaitu ECPI.

Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)
Menawarkan produk cloth diaper dengan corak dan warna yang menarik. Jus Mate 5 pon ada :-).

Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di sini.

Hanya satu pemenang bagi setiap kategori dan akan diadili oleh parajuri yang akan dilantik oleh umidanish sendiri.


Dan memperkenalkan peserta My Funniest Baby Contest dari saya...

Tasnim Imtinan da bijo-bijo minyo-minyo dengan aksi tergezutnya :-). Foto diambil ketika Tasnim berusia 14 bln. Rite now she is 19 mths.


03 November, 2009

Tensi

HuwarghHHh!! Kenapa la susah sgt OSCC nak bagi id & password untuk register seminar myGOSSCON nih??! Dua hari aku tunggu..dah baper kali isi online form untuk mintak id ngan password tuh..lusa dah nak start. Punah le harapan aku nak mencukupkan 7 hari berkursus..aku ingatkan sehari je lagi nak cukupkan kursus, bila update SKT baru aku pasan dat i need two days more, isk! Ampesh!!

Citer lain.
Tetiba je malam ni aku jadi rajin nak buat kek. Bebahan basic nak buat kek dah tersedia, susu segar ada, serbuk koko ada, buah epal pun ada. Memula ingat nak buat kek coklat, tapi lately kerap benor dah makan kek coklat..kek coklat buatan kengkawan opis. Disebabkan keinginan untuk menukar selera dan mencipta kelainan,maka aku tetiba terpikir nak buat kek epal. Terus google resepinya. Berjaya! Berjaya dapatkan resepi kek epal yang aku rasa macam sedap jek ler :P

Tengah syok pukul butter ngan gula, tetiba hand mixer yang tadinya berputar laju jadi perlahan. Aku check la kot aku tersilap masukkan pemutarnya,pastu putarkan lagi..slow juga, plus ada bau terbakor..alahai,potonggg sungguh la! Tapi sebab aku degil, dah bau terbakor pun aku belasah putarkan jugak sampai la hand mixer tu benti mintak nyawa. Hah ko,puas ati aku!Alang-alng nak terbakor bior kiok terus. Sudahnya aku gigihkan diri transform tangan aku jadi mixer manual. Berpoluh tiak den. Sambil mengaco adunan kek tu sambil pikir nak claim warranty or just anta repair kat kedai letrik. Even ada warranty pun aku cam tak yakin je dorang leh repair or bagi replacement hand mixer baru. Kot depa claim hand mixer tu rosak atas kecuaian sendiri,melopong la aku. Hmm..ntah le, aku tak penah lagi claim warranty bebarang letrik nih. Lagipun., hand mixer tu baru je aku beli bulan puasa ari tu..uhuks..sedey ar dah rosak..even benda alah tu bukan mahai mana tapi tu la alat yang menjadi pemangkin aku nak buat kek ngan biskut. Hmm..barang letrik E*BA tak ok ke eh?

Demi untuk menenangkan pikiran(mcm stress bebenor,haha),aku pun start bakorkan kek tu dengan harapan kek tu jadi sebijik cam dalam gambor. Dek kerana tekun benor ngadap notebook sesambil tu, maka kek epal aku adalah tergaring sedikit. Haihhh...tapi takpe..aku nak tunggu kek tu sejuk dulu. Lebih kurang 30 min,aku pun potong la kek tu nak rasa. Kalo sedap, bajet nak bawak gi opis nak bagi opismate rasa..tapi too bad,kek epal aku rasa ntah apa-apa. Tawor + takde rasa & aroma epal pon. Kena alter balik ar resepi tuh. Mujur la en.F telan sajork(ni le senangnya dapat hubby tekak tak cerewet..ngee :P), so selamat le kek tu dari ditong-sampahkan oleh aku. Isk..kerana itu hari ini adalah hari yang tak best!

02 November, 2009

Adakah muslim diberi pilihan untuk memilih agamanya?


Gambar ini adalah ihsan encik Google


Tersentap saya dengan soalan itu. Tapi soalan itu bukan ditujukan kepada saya, tetapi kepada seorang rakan blogger saya. Saya sendiri tak pasti apa tujuan manusia itu bertanyakan soalan sebegitu kepada my favourite blogger ini.Soalan yang diajukan adalah seperti di sini. Oleh kerana saya ingin memberi komen kepada entry itu, maka saya meng'google' apa-apa info yang berkaitan. Ya,sebelum ini pun saya sudah sedia maklum seorang Islam tidak dibenarkan menukar agamanya. Keluar daripada agama Islam dan pergi/kembali kepada kekafiran adalah murtad. Hukum Islam menetapkan bahawa keluar agama atau murtad merupakan suatu jenayah berat yang perlu diadili dan dihukum. Tindakan sebegitu adalah mempersendakan kesucian agama Islam dan juga satu pengkhianatan kepada Islam dan penganutnya. Akan tetapi isu ini sentiasa dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu dan hasil daripada peng'google'lan yang saya lakukakan, ada sesetengah respon yang saya perolehi sangatlah menakutkan. Ada yang menjawab persoalan ini seperti mereka kenal benar apa itu Islam, contohnya adalah di sini dan di sini. Sedih saya mengenangkan dunia akhir zaman ini :-(

Ya Allah,lindungilah hamba-Mu ini dari terjebak ke dalam lembah kesesatan..nauzubillahhiminzalik!
Noktah!