28 December, 2009

Kosakata


Budak kinting sudah 1thn 9bln. How fast time flies. Dari sekadar berbahasa Jerman xsedgthqouphtz snogum-snogum, sekarang sedang gigih menguasai kosakata. Sekarang kalau ajar sekali, dia dah boleh ikut even sebut yang hujung-hujung aje. Ada juga yang dia boleh sebut penuh, tapi every word will be start with 'A'..so ni le sedikit-sebanyak kosakata yang si kinting tahu.

Mama,babah & papa - antara perkatan awal yang dia tahu & dok pulun panggil kami ngan atuk neneknya ngan panggilan yg sama.
Atuk, nenek & atie (auntie) - jenuh nak ajar sebut auntie ni

Tatak (kakak) & abang
Atuh -
jatuh
Asu
- susu (memula kami ingat dia pandai panggil Asu a.k.a adik bongsu En.F..sangkaan yang meleset, huhu!)
Abu - saya a.k.a Ibu (pertama kali dengar, ingatkan dia sebut nama mamat mana..kecewa sebab anak saya lagi kenal abu dari ibu..haha..sebenarnya memang dia panggil saya la tue...adeh..deh..Abu pun abu lah nak oi, janji bukan abuya sudah.)
syom - bukan ciom tapi jom
habis - boleh sebut dengan lancar siap buat penegasan untuk bunyi 'sss' bersama aksi tangan ala cekur dan gamit
dhoog - ni bukan tajuk filem hindustan tapi adalah dog ye
kat/meow-meow - cat direct to the point..kalo ada yang tak paham jugak sorry to say just wait 3 jumaat lagi..gagaga
syik - bukan tgh nyanyi lagu asyik amelina ye, tapi itu adalah nasi. Dia memang budak nasi. Pagi-pagi dah cari nasi. Ngalahkan orang nak gi motong/bersawah plak dia.
cit - sit, bukan poodahcit
ating - puting
kak - bukak
tup - tutup
antu - asal tempat gelap je dia sebut perkataan ni,memula dengar cuak jugak le..tapi since dia sebut siap gelak-gelak maknanya dia tak paham lagi makna perkataan tue. Mujur jugak la sejak pindah umah baru ni si kinting takde gatal nak sebut perkatan-alah ni.


Chop..chop..ader selingan sikit, mak saya pernah jaga sorang budak perempuan umur 2 tahun lebih. Mulut dia boleh tahan keletahnya and dia suka sebut hantu-hantu ni. One day, mak saya tunjuk la gambar hantu dalam TV, hantu citer aper ntah..konon nak bagi dia tau aper kebenda yang dia dok sebut tu..dia boleh balas balik " Eii..antu tak cantik pon." Bwahahahah. Konpom kecik ati sang hantu itu. Make-up artist si hantu tu pon terasa jugak gamaknyer. Huhu.

24 December, 2009

Terabai sudah


Buah-buahan nan ranum sudah menunggu untuk dipetik. Nasib baiklah dalam Farmville ni bebuah yang masak tak buruk/rosak..kalo tak konpom semedang rugi. Tanah adalah dibiarkan begitu setelah dipajak sebab malas nak menanam dan menuai hasil tanaman. Api semangat petani siber dah makin kelam. Haiwan ternakan dah bosan duduk dalam kandang menunggu tuan punya ladang memperdagangkan aset diri (collect horsehair,eggs dan yang sewaktu dengannya). Sebahagian besar binatang ternakan telah dijual. Malas nak ngutip hasil sekor-sekor.


Hasil tanaman lebih banyak dicuri dari dituai. Semua pakat-pakat mencurik tanaman antara satu sama lain, huhuhu..aper nak jadi hal. Pernah juga kena giget ngan anjing kengkawan. Huhuhu. Serik dah nak mencurik kat kebun dorang. Takpelah, hasil curian korang di kebun haku adalah dihalalkan. Hahah. Kejahatan saya di sini hanyalah mencuri. Tidak penah la lagi membuat dajal merosakkan tanaman orang dengan meletakkan haiwan atau tumbuhan perosak. Selalu singgah kebun-kebun kengkawan untuk buang those weeds or bugs dan menyiram tanaman yang kering kontang. Itu dululah. Kebun saya adalah maintain 6 petak itu saja. Setakat ni tak kuasa nak beli petak baru.
*Nota: Pelik le camne boleh ada batu seketol kat petak depan tue ek? *garu kepala*. Adakah ini perbuatan khianat? Takkan le kot. Ntah lah. Weh, camner nak remove batu tue hah?


Ini game yang paling saya suka layan, walaupun tak berapa berkenan dengan bentuk sekor-sekor binatang yang di'design.' Sanggup tido lewat dan celik aje mata mengadap bendalah ini semata-mata kerana nak menjadi peladang berjaya supaya boleh beli traktor cantik, rumah agam, kolam dan yang sewaktu dengannya. Sekarang ladang adalah dibiarkan tak bertanam apa-apa. Lebih baik saya bercucuk tanam di belakang rumah walaupun luas tanah yang real itu hanyalah sekangkang Oggy the cockroach. Huhu.

Saya sudah tewas dek penangan blogging. Lagipun saya memang susah nak addicted pada game-game ni semua. Sudahnya hangat-hangat chicken poops saje le. Tapi manalah tahu kalau pintu hati tetiba terbuka nak jadi peladang siber semula bila misi bercucuk tanam di alam realiti tidak berjaya. Takpe..takpe, saya nak test dulu akan kesejukkan tangan saya ni ye.

22 December, 2009

Ketawa mampu hilangkan kepenatan.

Semalam saya putuskan untuk stay @ Kajang kerana badan masih sengal-sengal kepenatan dek penangan berpindah rumah. Konon nak tidur sekejap lalu menyorok di dalam bilik adik untuk mengelakkan si kinting. Sekali si kinting sudah menyelinap masuk bilik auntienya dan selamba badak henyak-henyak pewot saya. Lepas tu, walaupun mata kelat mengantuk giler..saya jadi risau nak lelapkan mata. Sudahnya saya capai komik APO? yang dah bertahun-tahun saya tak baca. Last baca time zaman belajar-belajar. Bila dah kerja, mula berkenal-kenalan dengan majalah yang lebih kewanitaan dan lebih ke'fesyen'an. Huhu. Engkau orang biasa baca APO?? Majalah kartun antara yang termasyhur selepas Gila-Gila dan Ujang (saya bajet cenggitu ler..betol ker tak yer?). Saya suka tengok kartun, baca majalah kartun dan pernah la berangan nak jadi kartunis macam LeEN MaFia ngan Cabai. Itu dua kartunis wanita yang saya admire amat. Kalau kartunis lelaki, hurm saya sukaaaaa ramaiiiiii. Thithithiii *gelak gediks*. Suka lawak dorang. Suka kartun dorang. Aper nak jadik hal kan? Saya suka Gayour - suka kisah kartun mat rock dia yang ensem nama Amar. Pernah tiru lukis pakai water color. Sejibik. Siap simpan dalam folder dan hilang entah ke mana. Isk. Saya suka Ujang dengan kisah Aku Budak Minang nyer. Pernah baca siri Aku Budak Minang yang dibukukan tu. Ada gelak tawa, ada suka duka. Haa..Jibam pun saya baca. Saya juga suka Ubi dengan kisah Budak Hostelnyer, Sukun dengan Workshopnyer, Rasyid Asmawi (actually saya sudah ingat-ingat lupa nama ini) dengan From Taiping With Lovenyer..ramai lagik lah yang tak tersebut dek saya.

Waktu baca APO?! tue, saya layan juga cerpen kisah seram yang ditulis oleh Nora Ismail a.k.a Rose Harissa. To be frank, saya tak tahu pun Rose Harissa ni sudah menulis 6 novel selain menulis di ruangan Artikel Misteri APO?!. Hampun kak!!(saya tahu beliau pangkat akak² kerana dalam salah satu entinyer beliau ada sebut beliau sudah masuk era 30-an, saya ini di ambang watiera 30-an..hihi!) Macam mana lah nak tahu kalau dah takde masa nak melayan hobi membaca ni. Setakat baca surat khabar atau katalog barangan umah boleh la. Sesekali sempat la juga baca majalah. Baca novel? Semenjak dah ada anak ni, misi sebegitu susah nak dijayakan lagi. Kalau pergi kedai buku pun bukan boleh belek novel santai-santai. Cari apa yang nak dengan rakus, beratur, bayar dan zass. Alasan..alasan. Heh..suka hati haku lah nak bagi alasan cenggitu cenggini bai. Huhu.



Oh yer, sila lawati blog penulis yang tersebut. Macam-macam ada. Kaler pebret beliau adalah merah kot. Banyak elemen merah di sana. Berjiwa minah rempitlitar juga rasanya beliau ini. Credit to her kerana beliau ambik inisiatif promote blog dalam ruangan sendiri. Adalah best kerana ada link dengan blog-blog kartunis APO?!. Kartunises APO?! ini pulak ada link dengan rakan-rakan kartunis seantero Malaysia. Jadinya, malam semalam saya sengkangkan mata yang dah sedia rabak ini untuk menelaah blog-blog mereka. Asyik dong ding dong ah! Memang asyik sebab boleh layan dengan aman kerana si kinting sudah lama pengsan. Hahaha.

Muahahahahaha...muekekekekeke... thithitihihihi...dan saya masih gelihati mengingatkan lawak-lawak yang dibaca malam tadi. Ketawa jangan tak ketawa, orang kata itu ubat awet muda. Jangan sampai kena hangkut gi hospital sakit jiwa sudah ler yek. Adios.

19 December, 2009

Pindah

Semua urusan yang berkaitan sudah diuruskan. Kunci juga sudah didapatkan. Wajib ucap terima kasih kepada En.F. Akhirnya permohonan kuarters teres saya telah diperkenankan BPH, JPM. Sekarang pun saya duduk di kuarters, tapi yang down-grade punya. Ini pun sudah cukup selesa buat keluarga kecil saya tapi oleh kerana saya pernah membuat rayuan untuk mendapatkan rumah berlaman tanah, jadi inilah dia.

Syukur kerana tak perlu tunggu bertahun-tahun seperti kawan saya untuk mendapatkannya. Hanya menunggu selama setahun 7 bulan. Eh,sekejap ke lama cenggitu yek? Ada kawan saya dekat 4 tahun baru dapat. Okeylah..ini kuarters saja, bukan rumah sendiri punya. Yang excited adalah En.F, saya? Hurm..saya rasa seronok juga nak duduk rumah baru tapi saya lebih looking forward untuk cari rumah sendiri. Sudah riki-riki, sudah ketemu dengan yang berkenan di hati tapi yang tinggal hanya lot tepi dan harganya di luar kemampuan sosio-ekonomi saya laki bini. So sekarang kira tengah mencari lagi, juga tengah mempertimbangkan perkara-perkara yang berkaitan supaya lepas beli rumah ada rasa puas hati, tak mahu pening kepala dengan pekara-perkara yang tidak diingini. InsyaAllah, adalah rezeki kami tue nanti. Layan sajalah duduk sini buat masa ni.

Petang tadi sudah pergi tengok rumahnya. Sudah bajet-bajet nak letak perabot semua kat mana. Esok En.F nak jalankan operasi cuci rumah dengan mengerah tenaga kengkawannya. Dah la dia plan tak bagitahu saya, tau-tau dia cerita esok nak cuci rumah..lusa angkat barang, pindah terus. Erk..apakah?! Barang satu haram jadah tak packing lagi ni. Saya bajet minggu ni nak cuci rumah, packing bebarang & angkut yang kecil-kecil aje. Weekend depan baru pindah secara 'official'nya tapi En.F cakap next weekend dia bz ada training menembak. Kami tak sempat nak berbincang habis-habis sebab baru semalam dapat kuncinya. Tak sangka lah En.F dah planning dan booked lori sesiap. Arghh..dah le bercinta nak packing barang-barang nih. Bila dipikir-pikir apa yang nak dipacking..terus pening kepala. Bebarang rumah saya bukanlah banyak mana tapi banyaklah juga sebab kebanyakkan barang dan perabot adalah dibeli selepas menduduki apartment ini. Nanti dah pindah, haruslah penat badan segala (saya tahu adatlah begitu, tapi..) Next week nak out-station lagi. Nak kena kemas umah baru lagi. Konpom saya jadi minah selenge. Haih. I'm not really into it lah pendek kata. Panjang kata apa? ...*malas nak tambah maggi cukup rasa, biar entry ini tasteless macam rasa hati saya*

Sekarang tengah berusaha menanamkan sifat rajin supaya esok saya boleh mengemas barang dengan efisyen dan hati terbuka. En.F yang malas nak dengar saya membebel ada cakap dia boleh kemaskan semua, saya boleh duduk goyang kaki saja (perli aku baek punyer..bluwekks!) sebab dulu pun beliau uruskan semuanya sendiri (yelah, waktu itu saya dalam pantang dan barang rumah semua boleh angkut pakai kereta aje sebabnya cuma mesin basuh,peti sejuk ngan kabinet dapur yang kena pikul naik lori kecik :P). Eksen dia ye, xpe..xpe. Kalau ikut ati perut jahat saya, nak je saya dajaikan dia mengemas sensorang. Huh, puas ati aku! Hehehe..tak..tak,tipu je. Saya tetap akan beri kerjasama..macam wonderpets kata..apa yang penting? Kerjasama!! Yer, esok sebagai tanda kerjasama, saya akan sediakan juadah untuk kengkawan dia yang datang menolong. Cas hidup bermasyarakat cengginilah kan?

Oklah, nak tido dulu..kumpul tenaga..esok saya harus FIGHTING!! *Hidup Geum Jan Di! Hidup Boys over flowers! Tetiba*

18 December, 2009

Salam Maal Hijrah 1430H


* credit to iluvislam.com*

Selamat Tahun Baru Hijrah 1 Muharram 1431H semua.

17 December, 2009

Dari Banjaran Titiwangsa ke Bukit Gambang - Part III

Huh..sampai part III. Macam kan bercuti ke oversea. Poyo jugak rupanya saya nih. Inti cerita secoet aje tapi saja tambah maggi cukup rasa nak bagi cerita panjang berjela-jela. Memang niat nak bagi engkau orang buang masa bila membacanya. Okeh la, saya takmo merapu lagi.

Hari Ahad adalah hari yang dinanti-nanti kerana inilah harinya untuk merealisasikan agenda utama kami. Kami itu adalah family saya dan family makcik-pakcik saya seramai 3 keluarga. Kami semua dah merancang nak mandi-manda di Bukit Gambang Waterpark.

Taman tema air pertama di Pantai Timur. Tempat ni takdelah segah Sunway Lagoon atau A'Farmosa Water World, tapi tetap menjanjikan keseronokan. Bayaran masuk pon murah. Dewasa RM19.90, kekanak dengan ketinggian kurang dari 90cm RM12.90. Harga promosi. Saya tak tau pulak sampai bila promosinya, mungkin ikut suka management resort nak bagi ler kan? Kalau takde promosi, tiket masuk dewasa adalah RM28.00 dan kekanak RM18.00. Not too pricey jugak kan? Kalau rasa nak bermalam, tempat penginapan ada disediakan. Carribean Bay Suite namanya. Kepada mereka yang sukakan aktiviti lasak, boleh layan main paintball atau ATV Fun Ride. Jungle & Night trekking pon ada. Untuk bebudak, boleh tunggang anak kuda. Pendek kata ada macam-macamlah outdoor activity kat Active Academy ni. For further details, korang tipon le BGRC sendirik okeh!Tak koser dah saya nak buat ulasan.

Sekarang saya adalah ber'koser' untuk membuat ulasan bergambar sajek.


Sementara menunggu insan-insan yang diamanahkan beratur membeli tiket, para kekanak ini tukar baju mandi siap-siap. Tengok la si kinting, bajet stylo abis.


Coco beach. Tempat yang happening dengan para pengunjung. Tempat favourite si kinting. Tak pandang beach kekanak sebab dia tak suka dengan pancuran air kat situ. Dia dah syok layan ombak ngan naik pelampung. Ada thrill kot. In the meantime,sempat jugak la saya ngan En.F mencurik masa main slide bersama yang bermacam jenis. Makcik saya yang konon nak meng'thrill'kan diri, dah keneneng lepas naik slide tu. Penangan darah tinggi kot. Serik terus dia.


Tasnim si kinting layan main air ngan atuk tok..tok. Si kinting tak lepas pegang swim cap dia.



Ini anak sedara saya. Takut air orangnya. Tapi bila kami bawak dia redah air, boleh nampak dia buat muka redha dalam cuak giler. Hahaha. Cute. Dah ujung-ujung baru tunjuk muka ceria..alahai, dah terlambat la sayam.



Harus juga selitkan gambar ahli keluarga dari set giler bergambor. Memperkenalkan sepupu, adik, pakcik dan makcik saya.

Cuaca hari tu kejap panas, kejap hujan, kejap redup, kejap panas balik. Berulang-ulang. Tapi semua tetap mandi sampai kecut kaki tangan. Family kami adalah antara yang terakhir keluar dari waterpark itu. Terus shoot balik KL. Dalam kereta hanya driver yang tak pengsan (driver mana boleh pengsan..bahaya). Walaupun penat, kami enjoy sangat. Boleh pergi lagi lain kali kalau ada rezeki.

End of part III. Huwarghh..ngantuk sudah. Watammat.

16 December, 2009

Dari Banjaran Titiwangsa ke Bukit Gambang - Part II

Sabtu. Pagi-pagi saya sekeluarga sudah turun ke kafe untuk bersarapan(jam 8.++ kira awal lah kan? Btw, i'm not really a morning person jadi itu dikira awal lah). Kononnya lepas bersarapan nak terus bersiap-siap ke Kuantan. Tapi..ampes. Boleh lagi jenjalan menghirup udara pagi nan segar di depan hotel. Kemudian masuk bilik, En.F dan si kinting sempat bergulung di dalam selimut sambil menengok TV dan saya mengonlinekan diri. Konon sungguh. Pukul 10 lebih baru terhegeh-hegeh nak bersiap bagai. Kami bertolak ke Kuantan lebih kurang pukul 11.30 am. Tung-tang-tung-tang, dalam pukul 2, baru ler kami sampai ke Kuantan (selow benor ke En.F bawak kete yek?), singgah ke Kuantan Plaza nak cari hadiah untuk pengantin. Masuk The Store,cari department bebarang dapur..dah tak jumpa. Dah takde ker? Blur kejaps. Singgah kedai buku pulak, haih..tak ketemu dengan buku yang dicari. Banyak buku latih tubi nak skor UPSR,PMR,SPM ngan STPM aje. Apa kes nak bagi buku cenggitu kat pasangan pengantin baru kan? Hahah. Buntu kejaps. Masa dah suntuk. Kemudian teringat akan satu sweet simple gift yang diceritakan seseorang dalam blognya, maka kaki ini laju aje mencari Watson. Fuhh..jumpa. Nasib baik Watson tak tutup atau berpindah lokasi. Maklumlah dah lama benar saya tak menjejakkan kaki ke situ. Dan meminjam pen serta mintak selotape adik kedai cenderahati sebelah Watson untuk bungkus hadiah. Zassss pula ke kereta dan terus ke Annexe. Fuhh..lega, kami sampai tepat pukul 3. Masih sempat nak jumpa pengantin, masih sempat nak jumpa kengkawan sekolah walaupun ramai yang dah balik dan yang paling penting masih sempat nak makan. Huahuahua..kureng asam punya kawan. Walaupun perut ini memang berkeroncong, tetapi bukanlah itu yang saya kejarkan. Kami sekeluarga disambut mesra oleh keluarga dan pengantin sendiri. Nak menyesal tak dapat jumpa kengkawan lama pun tak guna sebab diri sendiri yang lambat kan?! Maka bersyukur sahaja masih sempat dan selamat sampai sebab buat julung-julung kalinya saya berjaya juga menghadirkan diri pada majlis yang melibatkan kengkawan sekolah. Syukur juga kerana dapat juga jumpa 2,3 kerat kengkawan sekolah walau hanya sekadar bertukar senyuman dan bersalaman. Walau ada mengambil gambar kenangan, tetapi adalah tidak best kerana bila upload ke FB tidak boleh nak tag siapa-siapa dan berlumba-lumba komen itu ini. Takpelah, masih boleh tumpang menyemak pada gambo kengkawan yang ada. Saya sangat suka dengan cenderahati yang diterima, sebiji bakul kecil bertangkaikan riben perak dengan isian telur, muffin dan lolipop. Juga paper bag maroon dengan isian yang serupa (gambar adalah tiada, maka korang imagine lah sendiri). Saya, En.F dan si kinting pulang menjinjit cenderahati memasing dengan suka hati. Btw, muffin itu sangat sedap. Rasa macam muffin vanilla Uncle Kenny :-).

Seisi family yang bulat bersama 'perantin'. Tahniah Aisha, semoga berbahagia hingga akhir hayat dan cecepat timang baby.


Rancangan seterusnya adalah menuju ke TC. Tempat lepak kesukaan saya. Sangat tak sabar nak tengok pantai. Tak sabar nak merasa bayu laut. Tak sabar nak dengar desiran ombak. Memang tak sabar. Rupanya ada insan yang lagi tak sabar. Tak sabar nak lepas bebas. Selamat si ibu kena 'pau' beli bubbles yang pakai machine ala pistol tue. Dia tak mahu bubbles yang pakai tiup tue..nak yang pakai tekan tue jugak. Demanding sungguh. Orang lain tak boleh pegang, kalau dipegang atau dibantu untuk sedut bubble ke dalam pistol tu, satu TC dengar dia menjerit. Trafik manusia nak ke jambatan kayu boleh jadi jam sebab dia dok ke hulu ke hilir kat situ berjalan tak tengok orang. Haih. Depan orang tunjuk ragam ye kamu kinting. Gambar tak sempat nak snap, huh..alangkan nak tengok laut pun tak sempat sebab kejarkan si kinting..inikan pulak nak snap-snap gambar. Ke lautlah jawabnyer. Sempat juga berdating dengan best friend YM saya. Mujur En.F sporting bawak si kinting jalan-jalan jadi saya dan BFF boleh sembang dan gosip-gosip dengan aman. Kalau ikutkan hati, mahu dating lama-lama tetapi masa dan keadaan mencemburui kami..(sebenarnya atok & nenek si Kinting dah call tanya bila nak sampai).

Malamnya, aktiviti bebas(maknanya menyelesaikan si kinting, mengemas dan melepak).
To be continued..dah tak tahan sakit kepala (+_+).

15 December, 2009

Dari Banjaran Titiwangsa ke Bukit Gambang - Part I

Lewat petang Khamis, saya sekeluarga bertolak ke Genting dan sampai sedang elok time taklimat Technology Update hendak bermula. Nasib baik sempat. Kalau tak memang saya dah berkira-kira nak melepak dalam bilik dan memunculkan diri hanya pada keesokkan harinya aje dengan muka toye macam tak bersalah datang lambat & skip agenda. Konon-kononnyer lah cenggitu. Tapi bak kata pepatah Inggeris, better late than never aite?! Cis,xmo kalah pakai pepatah Inggeris aje..huhu. Anyway, hanya saya yang ditechnology-updatekan, En.F dan si kinting diangkut bersama kerana pihak pentadbiran seksyen telah membenarkan kami untuk membawa ahli keluarga. Sebenarnya tujuan ke Genting adalah untuk menghadiri mesyuarat SKT & RKT. Kebetulan ada bilik kosong dan En.F boleh apply cuti, maka operasi menyelam sambil minum air pun dirangka. Penginapan dan lokasi mesyuarat adalah di Hotel Seri Malaysia, Gohtong Jaya. Nasib baik. Kalau bebetol buat kat puncak tu, mau kami semua bermeeting atas roller-coaster. Potensi untuk berfoya-foya adalah tinggi jadi pihak urusetia tidak mahu mengambil risiko sebegitu.

Usai mesyuarat, kami ke Strawberry Leisure Farm. Terletak tidak jauh dari hotel. Boleh jalan kaki saja. Oleh itu, kami semua mengigihkan diri mendaki ke sana. Dekat tue memanglah dekat tapi dek kerana harus mendaki, kembang-kempis juga la hidung memasing menahan mengah. Tu belum kira part kepala lutut menggeletar lagik. Ditambah pulak kena menjerit terpekik suoh anak jalan ke tepi, kejar anak yang dah bertempiaran lari & kendong anak yang tetiba perasan diva tak mahu bergerak guna kaki sendiri..hahah! Saya baru tau kat situ ada kebun strawberi, boleh jugak jenjalan di petang hari. Hmm..dah namanya kebun strawberi, tentu-tentu dah ader pepokok strawberinya kan? Buahnya takdelah lebat-lebat & besar-besar, ye ler..dah dok kat tanah tinggi Asia, maka saiznya haruslah saiz Asia jugak kan..petite-petite gitu.Hanya 3 orang dibenarkan masuk ke dalam kawasan kebun pada satu-satu masa dan memetik buah adalah dilarang. Kat situ ada jugak kebun cendawan ngan bunga-bungaan. Jika mahu membeli strawberi yang dipetik segar, regenye adalah RM 15.00/300 gm..tapi saya ingat-ingat lupa dah the exact price sebab saya tak beli pun. Saya hanya beli strawberi kering sepeket 15 hinggit. Manis gula. Si kinting aje yang suka.




Masuk-masuk aje terus jumpa fountain strawberi.




Ini rombongan ahkak Tini, sudah bikin havoc sama itu kebun stobeli oo. Gamaknyer staff kat situ panas ati jek tengok kekecohan kami. Apa yang kecoh? Hahaha...carik sendirik :P






Seseorang sudah kantoi..eh, ada tukang kaber ker? Hoho! Tak tau..tak campor. Lalalala.


Malam hari pula adalah acara makan steamboat beramai-ramai. Saya suka makan steamboat tapi malam itu tak berapa nak puas makan sebab kuah tom yamnya tak kena dengan selera. Dalam rasa masam dan pedas, ada rasa manis yang monopoli. Haih..potong,potong. Sambil menjamu selera, ada acara karaoke pulak. Nyanyi boleh suka-suka tapi ada markah dikira. Okeh..okeh...sebenarnya itu pertandingan adu suara. Warga seksyen saya semua sporting-sporting punya..sumbang-mambang pun belasah aje. Yang mendengar pun, redha ajelah tadah telinga. Bukan setakat ibu-ibu, bapak-bapak yang tunjuk bakat..anak-anak pon pakat pegang mic jugak. Yang tak pegang mic, pakat jadi penari iringan. Hai anak-anak, geli hati tengok keletah kamu semua. It was fun! Enjoyable.



Sedang melakukan kawalan pernafasan secara dinamik.Bak kata Pak Ajis,"Lubang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku." Malangnya sore tetap ke laut & pitching tetap lari. Blah la.




Kak Tini feeling-feeling jadi Ella & the boys. Mat dodam (anak sulung kak Tini) khusyuk menjiwai lagu Sembilu.




Terima hadiah bagi pihak juara karaoke malam tue, cuba teka siapa? Heheh.
 
End of Part I, to be continued.

Sentuhan kreatif Lely

Saya dan Lely, kedua-duanya sukakan seni dan gubahan hantaran. Namun, antara saya dan Lely, sentuhannya lebih menjadi. Dari sekadar suka-suki menggubah hantaran pertunangan dan perkahwinan kami adik-beradik,hasil kreativitinya mula mendapat perhatian saudara-mara dan teman-teman. Lalu dari sekadar minat, kini hasil kerjatangannya sudah menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan. Kebanyakkan gubahannya menggunakan bunga segar dan artificial. Untuk bunga dip belum begitu menjadi lagi tapi kalau inginkan yang simple-simple boleh diusahakan juga. Harga yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis gubahan yang diinginkan. Boleh runding punya.

Inilah antara hasil kerja minah rebel-lagi-emo ni.












Pinggan IKEA pelbagai bentuk digunakan sebagai alas menggantikan bakul/polisterin. Bunga kristal sebagai hiasan.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat si Lely, sila PM id ini terajangkang@yahoo.com atau hubungi : 013-2541041.

14 December, 2009

Memang comel bila si kecil...

1... makan dried strawberry banyak-banyak hingga belum sempat di telan sudah masukkan sebiji lagi ke dalam mulut hingga pipi sudah kembung dan mulut sudah merah berair mengunyah-ngunyah tapi end-up semuanya diluah. Lalu telapak tangan si ibu jadi mangsa menadah bahana luahan kerakusan si anak. Isk...isk, buruk benar lakunya. Harus makan dengan tertib selepas ini wahai anak daraku. Nanti tiada siapa mahu masuk meminang kamu.

2... tetiba kentut di atas pangkuan babahnya tatkala si babah dan ibu sedang rancak berborak di gigi air Coco Beach. Per'borak'an terganggu tatkala bunyi 'pruuutt' yang halus kedengaran dan mata kedua-duanya terus tertancap pada si kecil yang memandang dengan pandangan tulus suci tidak bersalah seperti tiada apa-apa yang berlaku lalu tersenyum lebar malu-malu. Sumpah comel tetapi tidak boleh diajar begitu..perbuatan membuang angin di khalayak adalah tidak sopan jadi harus mengajar si kecil kentut di dalam air, eh bukan..harus pergi jauh-jauh kalau mahu melepaskan gas beracun.hahah! Noted! Noted!

3... memakai selipar kaler merah jambu milik si ummi dan lincah berjalan ke sana kemari di hentian rehat sambil makan aiskrim paddle pop. Selipar sendiri hilang/keciciran ntah di mana menyebabkan si ummi merungut kerana setiap kali bercuti-cuti, selipar hilang pasti terjadi. Akhirnya sarung selipar ummi pon boleh lah. Kiut...kiut, sempoilah kamu Aina Izzati!

Coco beach?! Akan ada cerita tentangnya di next entry. Nanti..nanti! *smile*

Rona Roni Makaroni



Entri ini saya buat selepas mendengar permintaan kawan adik saya yang bertanyakan tentang resepi makaroni bakar. Kalau diikutkan resepi yang saya biasa buat adalah diambil dari internet aje. Bila dah googled tue, memang banyak versi resepi makaroni bakar yang ditemui tetapi saya paling suka yang ini.

Bahan-bahan untuk pasta dan inti:

500 gm pasta (aper aper jenis pon ok - penne,farfalle,shell & makaroni)
300 gm daging cincang (kalau nak lebih rasa daging boleh tambah aje)
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 biji bawang besar } dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang
1 biji cili benggala } dipotong dadu
1 kiub stok ayam/daging
1 sd teh herba oregano
1 helai bay leaf atau 2 helai daun sampaikansalam
Parutan keju (cheddar/mozarella/romano atau parmesan)
3 sd besar minyak
garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk sos putih:
2 sd besar butter
1 sd besar tepung gandum
500 l atau 2 kotak kecik susu segar (nak lebih berkuah, boleh lebihkan)
secubit garam, lada hitam & paprika

Cara-caranya:

1. Rebus pasta + minyak + garam hingga lembut. Toskan.

2. Untuk Inti: Goreng bawang putih & bawang besar hingga layu, jangan sampai garing. Masukkan daging cincang, goreng hingga daging asak. Masukkan cendawan dan cili benggala. Kacau hingga rata. Masukkan tomato puri, jika terlampau kering masukkan air sedikit tetapi jangan sampai berkuah. Masukkan stok ayam/daging, herba oregano dan daun bay/daun salam. Biarkan hingga naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Bare in mind stok ayam/daging tu dah masin tau. Bila nampak pekat, tutupkan api.

3. Untuk sos putih: Masak butter di atas api kecil, biarkan butter cair dan berbuih. Taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu (motif pakai senduk kayu?!). Bila sebati, masukkan susu segar, garam, serbuk lada hitam dan paprika. Masukkan sebahagian keju parut dan kacau sebati. Bila nampak sos dah bersalut pada senduk (inilah motifnyer..hahah! :P), tutupkan api.

4. Sediakan loyang. Lapiskan dengan pasta. Selang-selikan dengan inti daging dan sos putih. Teruskan melapis dan pastikan lapisan paling atas adalah lapisan pasta. Tabur parutan keju sebanyak mana yang korang suka. Boleh juga goreng breadcrumbs dan taburkan ke atas pasta.

5. Bakar dalam oven pada suhu 190 darjah selama 45 min atau sehingga keju cair dan keemasan.

Selamat mencuba ye! :-)

09 December, 2009

Made in Melaka - very da oldschool

Biskut balak


Kamu orang pernah makan biskut ini? Setim woo cicah biskut ni dengan air teh/milo/kopi panas. Hidangan yang amat sesuai disajikan pada waktu minum pagi atau petang. Teksturnya seakan roti kering tetapi keras ranggup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam apabila dicicah air. Rasanya pula lemak-lemak gitu. Ada juga yang memanggil biskut ini sebagai biskut lutut, biskut tongkat atau bikut marjerin..kesemua panggilan itu sungguh relevan bukan? Di Masjid Tanah, hidangan biskut ini adalah perkara biasa nan tidak asing lagi (cuma saya aje yang jakun lalu makan berbalak-balak sebabnya itu antara biskut peberet jadi harus makan sampai puas). Biasa juga ibu saya singgah ke pekan untuk membeli biskut ini. Walaupun biskut ini adalah sebegitu rupa, dia ada peminat merata-rata sampaikan jiran makcik saya pun boleh pesan belikan biskut ini jika makcik saya balik ke kampung. Sebabnya macam susah nak cari biskut balak yang ori di pasaran. Kalau yang resepinya dah dikomersialkan tu pernah jugak la jumpa kat sini, tapi rasanya lain, tak seenak yang ori.

Air Long Chan

Ini pula air Long Chan. Setiap kali anak cucu pulang berkumpul di kampung, nenek saya pasti tidak akan lupa membeli air Long Chan ini. Selalunya akan dibeli sebanyak sekotak kayu. Harga sebotol pula adalah dalam beberapa puluh sen sahaja, 50 sen kalau tak silap saya. Ianya dipanggil air Long Chan kerana kilang tersebut yang menghasilkannya. Terdapat dalam perisa oren, sarsi dan ais krim soda. Mungkin ada perisa lain tetapi itulah 3 perisa biasa yang saya jumpa. Bentuk botolnya sangat old school, klasik dan punya nilai estetika yang tinggi gitu. Nyaman sekali kalau diminum sejuk di atas pangkin di waktu tengahari sambil tubuh disapu angin (bayu semulajadi atau kipas...anything can be)..huhu. Boleh minum banyak-banyak kerana air ini kurang kandungan karbonatnya, maka kurang kandungan gasnya. Jadi kalaupun udah minum 2,3 botol belum tentu akan bersendawa bagai nak rak..heheh!

Kalau ke Melaka , cubalah cari bendalah old school ini ye. :-)

Nota : Gambar diambil dari Google. *peace*

05 December, 2009

Caca marba

Sabtu minggu pertama bulan Disember. Sabtu yang sejuk & mendung hingga saya adalah dipaksa-paksa untuk bangun tidur. Berat sungguh hendak meninggalkan toto nan kepam. Hahah. Toto adalah alas tidur rasmi sejak kehadiran si kinting. Katil yang tersedia tidak mampu untuk menampung 'kebuasan' kami anak beranak waktu beradu.

Agenda dalam kepala untuk hari ini adalah hendak melepap sampai lebam selepas En.F pergi kerja nanti. Murni sungguh niat di hati..huhu. Tetapi adalah lebih murni apabila menyediakan sarapan dan hidangan makan tengahari untuk mengenyangkan perut anak dan suami. Santapan sarapan hari ini adalah cekodok bawang + ikan bilis + kentang bersama necafe panas manakala hidangan tengahari adalah seperti dibawah.

Asam pedas ikan pari + terung masak cili + singgang(untuk si kinting) + telur dadar



Ini pula adalah sup tulang hasil daripada pemberian sempena majlis korban di pejabat En.F. Inipun ada lagi balance daging dalam freezer walaupun dah bagi separuh pada family saya. Mungkin esok boleh habiskan balance daging tu untuk buat daging masak kicap, daging kurma atau daging goreng kunyit ker kan? Saya agak 'kureng' dengan daging masak kari atau rendang.

Masa nak hidangkan makan tengahari tadi, saya teringat akan acuan nasi yang saya beli dari Mummy Lana(one of my PCM's fren). Nasi tersebut sangat comel. Cuma isi dan padatkan nasi ke dalam acuan then keluarkan. Terus teringat akan style orang korea & jepun yang suka deco & bentukkan makanan sekiut mungkin supaya lebih menyelerakan dan menyentuh hati untuk dimakan...hihi. Btw,inilah acuannyer.



Saya beli juga acuan telor berbentuk bunny & bear. Comel tau..tapi belum punya kesempatan untuk diaplikasikan. Cara untuk bentukkan telor sebegitu rupa adalah dengan mengupas telur yang direbus ketika masih panas-panas dan cepat-cepat masukkannya ke dalam acuan ini. Tutup dan rendamkan ia ke dalam air selama 10 minit. Siap. Boleh feeling makan telur seolah makan kepala bunny..bwhahahaha...ini sungguh tak kiut okeh. Abaikan. Abaikan.

Oleh kerana aktiviti melepap adalah tidak dinamik(tetibe),saya mengambil keputusan untuk mengikut emak saya pergi melawat sepupu saya yang warded di Hospital Universiti. Terdapat cyst dibahagian luar rahimnya. Cyst tersebut menyebabkan sepupu saya berasa tidak selesa dan sakit di bahagian peranakan hingga muntah-muntah. Berita berkenaan telah disampaikan oleh si kakaknya. Kewujudan cyst tersebut disedari ketika dia membuat prenatal check-up. Pada mulanya doctor suspect dia pregnant anak kembar, but then after couples of check-up & scan barulah doktor boleh verify yang sebenarnya itu adalah cyst. Since sepupu saya tengah preggy, cyst itu membesar lebih cepat kerana tindakbalas hormon yang berlaku. By hook or by crook, an operation must be perform on her before the cyst may harm her & her baby. Anyway,doktor juga memaklumkan bahawa terdapat risiko untuk si ibu mengalami keguguran sekiranya kandungan pesakit berusia kurang dari 14 minggu dan tidak dapat bertahan dengan tindakbalas ubat bius yang diberi. Sepupu saya pula sudah masuk 20 minggu, dan hopefully semuanya berjalan lancar & both mommy and baby will be safe. Banyak kes sebegitu telah berjaya dilaksanakan. Doa-doakan semuanya baik-baik sahaja kerana pembedahan akan dijalankan selepas sepupu saya itu menjalani MRI Isnin ini. Amin.

Click here for more info about ovarian cyst.

Sebelum noktah, si kinting adalah harus interframe juga.

Bergaya dengan swimming suit yang dah berzaman dibeli oleh auntienya tetapi baru sekarang muat dipakai. Fitting adalah perlu dilakukan sebelum bermain air di GampangGambang Waterpark Ahad nanti.

04 December, 2009

ASK 2009 & Kuih Tat



Credit to OHBULAN for the picture. Korang tau kan tu mata siapa? Ha..teka..teka. Sambil gigit kuku pun boleh teka punyer.(Apakah?!)


Sambil menggodek blog template my beloved fren, sesekali saya bergegas mengadap TV semata-mata kerana ingin mencuci mata dengan fesyen-fesyen vogue da vass artis-artis fofular kita di Seribu Satu Malam ASK. Bukanlah saya nak bagi ulasan tentang pakaian mereka, dressing saya pun tak semenggah mana so memang takde berangan nak jadi fashion police tak bertauliah pon. Bukan juga nak bagi ulasan tentang calon-calon bagi kategori yang dipertandingkan. Ala..korang pun tahu kat mana nak cari cerita dan ulasan tentang itu bukan? Gambarnya pun nanti akan dimuatnaik di sana sini. Biarpun Farah & Afdlin sudah berkali-kali bertukar baju,dari tarbus pak Arab ke tengkolok Firaun, dari persalinan kaler itu ke persalinan kaler ini (haii..bertuah badan depa dapat melaram kan?!)tapi saya bukan nak cerita tentang itu semua.

Saya cuma nak menjakikan (jaki la sgt..haha!) korang dengan mewar-warkan kenikmatan yang saya rasai ketika menjamah kuih tart landak buatan emak sambil menggodek blog dan melayan ASK. Itu saja. Memang terbaek wok!!


Inilah Tart Landak atau Tart Gunting yang dimaksudkan,tapi yang saya tengah makan ini, kuning telornyer adalah kaler cekelat sebab terlebih garing. Huhu..gegaringlah sodap wok!


Nota : Entry paling tak berpekdah dari saya...tapi ada HAKU KESAH?? Kwang kwang kwang..

02 December, 2009

Mama vs Ibu


Gambar adalah sekadar hiasan. Mama & Ibu tidaklah secantik dan seslim ini.(Berani cakap mama sendiri tak cantik..kutuk diri sendiri sudahlah..isk..isk)


Mama itu Makcik Juli a.k.a mak saya. Ibu itu Chempaka Aurora a.k.a saya. Tajuk entri bunyi macam kami berdua nak bergusti aje kan? Isk..tak lah. Walaupun saya bukan anak yang baik tapi saya tidak juga mahu jadi anak derhaka.

Sebenarnya, mak saya sudah bagi hint pada sejak saya habis pantang lagi. Tapi waktu itu saya diamkan sahaja. Bila saya dapat anak sedara, topik itu diutarakan kembali. Waktu itu pun saya diamkan aje. Mengiyakan tidak..membantah pun tidak. Pabila anak saya semakin membesar dan dijaga oleh mak saya, hint-hint itu makin kerap saya dengari. Ini menandakan keseriusan mak saya berkenaan hal itu. Itu bukan keinginan mak saya sahaja, ayah saya juga punya niat yang sama. Niat mereka itu saya lihat sebagai niat suci nan murni tetapi amat tidak saya persetujui. Mak saya merancang untuk membawa anak saya tinggal bersama dia apabila ayah saya telah berpencen dan mereka pulang ke kampung kelak. Katanya nanti bila anak saya dah nak sekolah, saya boleh lah ambil si anak untuk tinggal bersama semula. Katanya lagi, mereka boleh sesekali turun KL dan saya boleh pulang ke kampung jika rindukan si anak.

Walaubagaimanapun mak saya tidak pernah mengutarakan hal itu kepada saya untuk dibincangkan secara benar-benar. Tidak juga sekadar bertanya pendapat saya tentang hal itu. Saya pernah juga secara bergurau berkata kepadanya, kalau dia begitu teringinkan si kecil sebagai teman penghibur, beranak lah lagi. Mak saya menjawab pula.."Aku ni dah nak menopause..takkan nak beranak lagi". Hahaha..saya sekadar senyum sumbing sambil berkira-kira adakah mak saya sebenarnya faham maksud tersirat di sebalik gurauan itu. Saya juga pernah memberitahu dia, biarlah saya yang menjaga anak saya..lagipun nak tunggu anak saya dah bersekolah baru nak ambil..saya takut waktu itu anak saya dah tak nak ikut saya..macam mana? Mak saya hanya gelak-gelak sahaja. Dalam hati saya merasa hampa.

Saya teringin juga ingin membincangkan hal ini dengan mak dan ayah saya, saya ingin mereka tahu tentang hasrat hati saya tetapi sehingga sekarang tidak terluah. Terlalu banyak benda yang saya fikirkan. Saya takut kata-kata saya akan menguris perasaan mereka kerana saya ini waktu tak bercakap memanglah diam seperti penyu (tetiba..hahah), tetapi bila sudah berkata-kata, adalah bisa lagi membinasakan. (Hohoho..saya tak tipu yek..sila tanya dia). Saya dengan mak saya tidaklah sekamcing mana kerana as i'm being a typical me, we both have different thought dan personality. But i think both of us have 1 similarity, STUBBORNNESS. Mak saya tidak suka jika kehendak atau keputusan dia dibantah dan saya tidak suka jika pendirian saya diketepikan. Dalam hal ini kami berjalan dari arah yang bertentangan. Impian setiap ibu adalah melihat si anak membesar di depan mata, walaupun susah..walaupun sukar..walaupun mencabar, ibu-ibu tetap mahu menghadapinya dengan berlapang dada. Begitulah saya. Mungkin saya belum benar-benar menjadi ibu yang terbaik pada pandangan matanya tetapi saya tidak jemu mencuba memberikan setiap yang terbaik untuk anak saya berdasarkan kemampuan rohani,jasmani dan ekonomi yang saya dan suami ada. Saya kira mak saya juga belajar untuk menjadi ibu yang terbaik pada anak-anaknya. Bukannya kualiti seorang ibu terbaik itu telah sedia ada dengan segala pakej semua, kan?
Haih..jauh sekali niat saya untuk menidakkan kasih sayang ibu dan ayah saya kepada cucunya. Tidak juga saya mahu memisahkan ikatan kasih mereka. Adakah mereka khuatir saya tidak akan membawa si anak menziarahi meraka? Atau meraka risau tiada siapa yang boleh di harap untuk menjaga mereka di kala kesihatan mereka sudah tidak mengizinkan nanti selain daripada cucu-cucu yang dibela? Ya, saya ulang yang saya ini bukan anak yang baik..tetapi saya juga tidak mahu menjadi anak derhaka. Saya juga punya keinginan menjadi anak yang soleh, saya juga punya niat untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya. Akan tetapi, tiadakah kewajaran untuk saya mempertahankan pendirian saya..impian saya?

Semoga perkara ini tidak menjadi duri dalam daging yang berbisa.