10 January, 2010

Cerita-cerita sengal dolu-dolu I

PERINGATAN : INI ENTRY SUPER-DUPER PANJANG. READ AT UR OWN RISK. :P

Cerita 1
Masa tu aku darjah 6. Mungkin kerana tabiat aku yang suka basuh muka ketika panas, so adalah satu hari tu aku detect beberapa tompokan kecil yang lebih cerah dari kulit aku. Without bertanyakan pendapat siapa-siapa, aku putuskan itu adalah tompokan panau. Ntah ye ntah idak. Maka aku pun tanpa berlengah, terus cari ubat panau salap cap Gajah kat bilik parent aku. Aku selalu tengok Makcik Juli sapu ubat tu kat belakang badan Pakcik Harun. So aku pasti sangatlah aku tak salah amik ubat. Tanpa was-was, aku pun sapu la ubat tu ke muka. Sambil sapu sambil berangan tompokan tu semua akan hilang dengan sekelip mata. Sentap hokey bila tengok tompokan-tompokan tak diingini itu. Mesti la sentap sebab baru je beberapa hari sebelum tu anak kawan mak aku dakwa aku lawa. Ahkak pon perahsantan lah sudah. Memang aku tak tau yang aku akan menerima padah. Memang padah. Elok jek lepas ubat tu kering, aku dapati tompokan-tompokan tu bertukar warna. Jadi macam melepuh-lepuh. Dah macam kena minyak panas pun iyer. Menjerit Makcik Juli tengok muka aku. Aku pulak dah bertempik & merintih tengok muka sendirik. Horror okeh. Terus terpikir lepas ni gelap la masa depan aku. Macam mana aku nak hidup dengan muka cenggini. Ntah aper-aper jek. Lepas tu pikir pulak, konpom nanti ada budak bermulut puaka panggil aku si Tompok. Huwaaaaarghh-huwaaaarghh. Benci. Benci. Makcik Juli pun tanyalah bendalah apa yang aku pakai sampai muka aku boleh jadi cenggitu. Aku pon citer la. Makcik Juli cakap ubat panau salap tu orang tak pakai tebal-tebal, orang pakai nipis-nipis jek. Padanlah aku tengok belakang badan Pakcik Harun elok jek even dah pakai ubat tu. Aku pulak in the other hand, pakai ubat tu macam pakai krim pelembab, hah..padanlah dengan muka sendirik! Huih..makan bulan jugak la kulit muka aku nak sekata balik oi. Trauma kejaps woo. Apapun, terima kasih kepada krim kecantikan Avon. Aku dah lupa namanya tapi yang aku ingat botol krim yang dimaksudkan adalah berkaler hijau muda.

Cerita 2
Aku ni dulu minah rempit. Huhu. Eh bukan. Bukanlah penah merempit pun cuma aku bajet cenggitu le sebab dulu kalo nak kemana-mana (kat area perumahan aku la..) aku tak layan naik beskal..mesti lenjan kapcai Pakcik Harun (ye la time tu aku dah masuk Form 1 kan, aper barang layan beskal, konon). So ada satu hari tu, malam la..aku ke kedai tunggang motor. Aku tak pasan petrol dah tinggal nyawa-nyawa ikan. So masa nak balik tu, motor Pakcik Harun tak boleh start. Aku bajet petrol abis je. Bila bukak tank..tu dia kering-sekering-keringnya. Automatik dalam kepala otak terus kira-kira kebarangkalian skru lulut nak longgar/tercabut kalau nak tolak motor sampai umah. So aku pun decide nak beli petrol. Tapi aku tak pasti macam mana la aku boleh terbayangkan tin minyak pelincir tu adalah minyak petrol. Mungkin aku panik kot. Panik dalam cool sampai konpius antara minyak petrol ngan minyak motor. Yer la, tak pernah lagi hayat aku time tu isi minyak petrol. Dan aku tak tau kalo nak isi petrol kena pegi stesen minyak. Memang aku ni dah macam katak bawah tempurung Les Copaque. Then menonong aje aku cari bengkel motor nak pegi beli minyak yang dimaksudkan. Aku jalan kaki je. Motor aku parking kat tepi kedai. Sampai bengkel, muka konfiden je cakap nak beli minyak motor. So cina bengkel tu angkat la minyak motor cap aper ntah, bagi kat aku. Aku pun pegi dapatkan motor bapak aku tu dan isi minyak puaka tu dalam tank. Penuhlah suku tank kapcai bapak tu ngan minyak pelincir tu. Terus start motor, berjaya! Aku ingatkan masalah dah selesai, tapi tak sampai 500m, tetiba enjin mati. Aku start-start tak jalan. Last-last, aku terpaksa akur untuk menolak motor aku sampai ke rumah. Sampai je rumah, Pakcik Harun pelik sebab aku menolak motor instead of menunggang motor. Huhu. Aku pun bagitau la masalahnya. Elok jek aku abiskan penceritaan aku, Pakcik Harun terus meluru bukak tank minyak. Mengamuk sakan dia. Malam tu aku kenyang la makan maki Pakcik Harun. Dia kata tak buat dek orang pakai minyak pelincir nak gerakkan motor. Jahanam la motor. Masa tu aku rasa macam aku ni pakai otak monyet pulak. Jadi bodo piang. Tonggong. Sesia jadi book smart di sekolah. Menyesal pun tak guna. Malam tu jugak Pakcik Harun paksa aku kuarkan minyak tu dari tank. Terkial-kial la aku memikirkan cara nak kuarkan minyak tu. Nak ceduk, mulut tank kecik aje. So aku pakai getah paip. Cuba kuarkan minyak macam kita kuarkan air untuk cuci akuarium tu. Dah kena sergah ngan Pakcik Harun. Aku tak pasti la dia atau adik aku yang tunjukkan cara nak kuarkan minyak dengan betul. Tapi dari situ la aku tau rupa karburator, kat mana letak enjin motor semer. Huh, kenangan paling tak best untuk dikenang. Kenapa la certain-certain part je dari insiden ni yang dipadam dari memori aku. Kan elok padam semua. Erk..kang ilang ingatan terus baru padan muka aku. Takmo-takmo.

Cerita 3
Ni pulak cerita masa Form 2. Aku ni quite skima time menengah rendah dulu. Kalau pergi sekolah, habis semua tok nenek buku aku angkut. Baik dari buku teks, buku latih-tubi, buku nota, buku latihan, buku amali bla..bla. Pendek kata walaupun ikut jadual tapi contohnya kalo ada subject BM, kan BM tu ada time belajar tatabahasa, ada time buat karangan, ada time buat latihan..hah semua buku yang berkenaan untuk subjek tu aku bawak + buku teks. Tak reti la aku nak tinggal-tinggal buku bawah meja ker, dalam almari kelas ker. Tak cukup yang bergalas, siap aku pegang kat tangan lagi ikat guna pengikat buku yang fancy-fancy tu. Mujur aku tak terpikir nak pakai beg sekolah SWAN yang boleh tarik tu. Mampos jadi bahan gelak kengkawan kang. Bila dah bawak buku berbondong-bondong cenggitu, kalau naik bas sekolah adalah lebih mudah dari naik bas biasa. Tapi sebab ada masa aku kena tinggal dek bas sekolah, terpaksa lah aku naik bas Cityliner yang amatlah popular untuk Kuantan's citizens satu ketika dulu. Aku kena amik 2 bas untuk sampai ke sekolah aku. Dari umah, aku akan turun kat bus stand pokok buluh untuk amik bas seterusnya. Kat situ memang kena berebut la nak naik sebab kalau bas dah berhenti amik penumpang kat area pasar, bila sampai kat bus stand pokok buluh..kami kena berhimpit-himpit la. Satu hari tu aku naik bas yang seat dia takde pemegang, seat macam bas ekpress tu ler. So susah la aku nak cari tempat nak berpaut bila dah reramai cam ikan sardin. Sekali sampai kat satu selekoh, driver bas tu bagi corner baring. Ampes. Nampak macam buruk tapi meng'enot' tak hinggat, tak kadar kediri betollah bas ni. Terkial-kial aku nak balancekan diri dan akhirnya aku kecundang kerana beg galas aku telah meng'unbalanced'kan aku. Maka aku pon telah menghempap 3 orang brader belakang aku dengan jayanya. Terdiam mamat 3 ekor tu kena hempap. Senak perut kot. Tadi punyalah rancak dorang bersembang. Disebabkan aku jatuh atas badan-badan orang, so takde la injured apa-apa..heheh. Siap boleh tertimbal berdiri tegak balik. Tapi serius malu la weh. Huduh ar style aku jatuh. Tangan siap mendepang. Badan remaja tengah membesar cam aku pulak adalah tengah 'sedap-sedap' time tu. Hazab la mamat 3 orang tu jadi mangsa. Mujurlah dorang takde nak hangin atau bengang-bengang kat aku. Maybe sebab dorang tak sampai ati tengok aku buat muka sepuluh sen. Aku dah tak pandang orang dah lepas tu. Pandang tangga jek dengan harapan cepat la aku sampai sekolah supaya aku boleh cecepat turun nanti dan terus jalan laju-laju.

Cerita 4
Kisah jatuh lagi. Tapi ini kejadian waktu form 4. Hang-out dengan kengkawan kamceng aku waktu menengah rendah dulu sebab some of them dah bertukar sekolah yang lagi best. Lokasi hang-out adalah di Kuantan Plaza. Masa tu Berjaya Megamall takde lagi. Kuantan Parade pulak takde McD. So masa balik, kami ramai-ramai la menuruni tangga depan pintu masuk Kuantan Plaza tu. Bajet best la kan sebab bila gegirls hang-out in town mestilah menjadi perhatian. Muahaha. Aku tumpang perhatian orang kat kengkawan aku je sebab aku gumuks time tu. Tangga kat situ a lil bit steep & licin. Ntah macam mana, aku boleh tergelincir dan jatuh terduduk kat situ. Kengkawan aku semua tergamam tengok aku jatuh berdebuk cam nangka busuk. Mesti dorang malu dapat kawan jalan tak semenggah cam aku. Memang jadi tontonan orang ramai la time tu. Tapi sebab aku dah penah jatuh depan khalayak sebelum ni, aku dah boleh control situation. Aku malu kejaps jek. Pastu aku jalan macam biasa, join kengkawan aku singgah kedai buku & beli magazine bola apa ntah, which was player Tottenham Hotspur yang handsome - Ginola jadi cover.

Time tu aku dah terpikir, buat apa aku nak malu-malu ke diri. Bukannya aku buat benda tak senonoh depan orang. Dah aku ditakdirkan nak terjatuh. Bukan aku saja-saja buat drama nak guling-guling jatuh. Kira macam bukan aku mintak semua tu nak jadi lah kan? So why bother. Hahah. Statement inilah yang menjadi penyedap hati bila aku experience perkara-perkara yang sengal lepas-lepas tu.

Cerita 5
Aku tak pasti sesuai atau tidak aku mengkategorikan insiden ini sebagai cerita sengal-sengalan atau tidak. Yang pasti ia adalah peristiwa berdarah yang memalukan. Huh. Engkau orang bisa tebak tak apa maksud aku? Yang perempuan-perempuan mesti boleh pick-up. Boleh faham. Kalau tak faham, tak koser lah aku nak bagi kefahaman. Lantak situ. Back to the story, waktu ni aku adalah form 1. Dan aku baru sahaja menempuh alam kedewasaan. Baru nak membiasakan diri dengan keadaan cenggitu. Aku tak pasti sebab apa Pakcik Harun hantar aku ke sekolah time tu. Nak pergi daftar sekolah kot. Kami pegi naik motor. Hari tu memang aku rasa tak selesa tapi aku takde lah terpikir akan kemungkinan sebegitu. So bila semua urusan yang berkaitan dah settle, aku berdoa semoga cepat lah aku sampai umah. Dah le aku sakit perut. Time tu aku tak tau sakit perut ketika itu adalah senggugut. So Pakcik Harun ni tunggu la aku depan dewan, bertentangan dengan blok Tingkatan Atas yang menempatkan pelajar-pelajar Form 4 & Form 5. Masa aku nak naik motor tu, aku pasan brader-brader kat tingkat paling atas berkerumun kat tingkap, semua pakat dok tengok aku. Aku konpom dorang tengok aku sebab aku ngan bapak aku je hamba Allah yang ada kat situ. Takkanlah dorang nak teruja tengok motor kapcai Pakcik Harun..bukannya motor tu boleh terbang ke apa pon . Takkanlah juga dorang terkesima dengan ke'gorgeous'an aku yang muka bertampuk-tampuk nih (rujuk cerita 1). Buta ker kero haper dorang nih, getus hati aku. Tapi aku menemukan jawapannya tatkala aku menoleh ke belakang sebab nak naikkan baju kurung aku. Rupanya diaorang jakun tengok beberapa tompokan merah yang sangatlah menyerlah kat bahagian belakang baju aku. Berderau darah aku. Erk. Tetiba muka aku terasa kebas. Aku rasa macam nak meraung kat situ jugak. Kulit muka automatik jadi tebal macam kulit hippotatamus. Maluuuuuuuuuuuuu. Mujur la elok jek bontot aku terletak kat seat, Pakcik Harun laju je tinggalkan perkarangan sekolah. Memang aku tak pandang belakang dah. Elok je beberapa km lagi nak sampai umah, Pakcik Harun mitak aku tolong masukkan surat dalam peti pos pulak. Hoh, disaster. Dengan berat hati aku pun turun dari motor cabuk Pakcik Harun menghala ke peti pos. Terkesot-kesot aku berjalan sambil nak meng'cover' corak-corak tak simetri kat belakang aku tu. Hazabnyer Allah saja yang tahu. Aku ni kan pemalu, so memang takde hati la nak bagitau ke Pakcik Harun akan tragedi yang menimpa aku tu. Naik motor pun aku segan nak pegang pinggang bapak aku, sebab aku lagik rela pegang palang besi tempat duduk belakang sampai nak tercabut dah palang tu inikan pulak nak berkongsi masalah kewanitaan. Uhuks. Lepas tu, bapak aku ajak singgah minum kat kedai kopi. Bertambah serabut hati perut aku. Aku tak tau la kalau pelanggan-pelanggan kat gerai tu ada perasan pape, sebab aku takde hati nak pandang siapa-siapa. Pandang air milo yang aku order tu jek. Tu pun aku tak habis minum, rasa macam minum cuka jek. Tak lalu. Sesudah membasahi tekak, barulah kami bebetol balik. Sesampai aje kat rumah, aku meluru masuk bilik. Tukar baju, bersihkan semua then tido. Bajet nak lupakan tragedi yang memalukan tu dengan tido lah konon. Makcik Juli pun pelik tengok aku berkurung je dalam bilik hari tu so dia ada cuba risik-risik dari Pakcik Harun. Selamba aje Pakcik Harun jawab, dia BOCOR. Hoh. Dah tau aku BOCOR lagi ajak singgah kedai kopi kenapa? Bengkek betol aku. Haha. Dah la malu semalu-malunya. Mujurlah blok kelas aku located jauh dari blok Tingakatan Atas, so tak yah la aku sorok-sorok muka nak datang sekolah nanti. Bagi masyarakat kita, kalo seseorang perempuan itu keBOCORan, itu tandanya dia pengotor, tak pandai jaga diri..so ia jadi isu yang TABU lagi meMALUkan (kononnya) Aku rasa seolah menconteng arang di muka sendirik.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)