23 January, 2010

Halos N Horns

Pernahkan aku cerita yang si kinting mempunyai kulit nan sensitif? Mujur sahaja dia belum terjebak dengan gejala eczema yang serius. Tetapi kulit dia memang senang nak jadi gatal-gatal dan naik ruam. Memang kena jaga dari segi makan/minum/pakai semua. Ini termasuklah juga untuk penjagaan kulit, but most of those products are quite expensive aite?

Anyway, aku telah terjumpa dengan satu skincare product for babies & kids yang menarik tau. Ever heard of Halos n Horns? Masa jumpa tu aku macam peliklah sebab tak pernah langsung dengar nama produk ni. Tapi aku tertarik dengan packagingnya yang cute itu. Plus harganya adalah RM5.99, beli satu percuma satu. Hoh, macam tak caya aje aku dengan harganya. 3,4 kali aku belek untuk menghilangkan rasa tidak percaya itu. Musykil juga kenapa harganya murah sangat. Barang reject ke? Atau barang tak laku? Atau juga barang yang dah nak expired? Huh..waktu tu memang terserlah akan sikap skeptikal aku.  Tapi dalam berskeptikal-skeptikal begitu pun, aku sambar juga...heheh. Yelah, dah katanya produk ini sesuai untuk bayi/kekanak yang mempunyai masalah kulit sensitif dan eczema. Didakwa bersifat dermapaedic & hypoallergenic jadinya tak salahlah kalau nak cuba dulu kan? Well...inilah produk yang aku maksudkan.



Read more about this product HERE

Memula, aku cuba guna bendalah ni pada diri sendiri dulu. Test cuci tangan dan muka guna baby bath tu. And the result is my skin doesn't felt dried or itchy. Good. Bila aku bagi si kinting pakai, aku tengok si kinting pun dah kurang menggaru. If this product really works for si kinting, i definitely getting another product from this label again.

Oh ye, produk ini boleh didapati di Giant & Cold Storage. Kat tempat lain, aku tak tau. Kalau korang tahu, sila lah kongsi-kongsi ye. Sharing is sexy tau! TIA.

2 comments:

  1. Di mana nak beli product ni? i dah lama cari kat Giant Sabah lama dah but macam kehabisan stok...

    ReplyDelete
  2. maaf mahathir, akak tak perasan komen kamu. akak beli di Giant, tak silap di Giant The Mines. Tapi itulah, sekarang macam dah takde produk ni.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)