16 January, 2010

Serupa tapi tak sama

Pernah tak engkau orang mengenakan pakaian yang sama dengan orang lain? Pulak tu bertembung bertentang mata dan masing-masing terpaku melihat satu sama lain hingga dalam hati berdetik, "Eh, engkau pakai baju sama macam aku! Demm!". Lantas rasa malu hingga rasa tak mahu bergerak kemana-mana atau cepat-cepat blah pergi jauh-jauh supaya tidak diperasan orang yang engkau orang ada geng boria atau cepat-cepat usaha untuk bertukar kepada pakaian yang lain atau engkau korang buat 'derk' saja dengan getusan "Lantaklah nak serupa pun, like ada aku kesah?!!". (Berapa kali atau daaa!)

Dalam pada beberapa kejadian serupa tapi tak sama ini, adalah satu insiden di mana aku menerima pandangan sinis oleh sekumpulan perempuan. Aku sedang bergegas nak kejarkan punch card, maka tidak pandang orang lalu lalang kiri kanan, atas bawah. Tapi kita kan seolah akan terperasan kalau ada orang pandang kita, jadi bila aku mendongak ke tingkat atas, terlihatlah beberapa kepala terjenguk-jenguk memandang aku. Aku tak kenal diaorang. Kenapa diaorang pandang aku cenggitu? Kemudian, barulah aku perasan salah seorang dari mereka memakai baju yang coraknya sama seperti aku. Tapi dengan kombinasi warna yang berlainan. Tapi aku tak nampak keseluruhan baju itu. Adakah baju kurung moden seperti baju aku? Adakah berlengan puff seperti baju aku? When i noticed that, i feel nothing. Sebab aku tak dapat gambaran yang jelas, kami pun bukan bertembung mata ke mata. Ntah serupa, ntahkan idak. Mungkin hanya kerana corak baju yang sama, jadi mereka pandanglah aku sebegitu. Tapi kenapa mesti pandang sinis begitu. Macam nak ajak gaduh pun iyer. Nak cakap aku tiru kau ker? Nak kata aku berdosa sebab terpakai baju yang patternnya sama macam engkau ker? Cilabi lah kalau engkau orang pikir cenggitu. Erk, aku pun tak tau cilabi tu apa, main taip ikut sedap jari aje. Bagi aku as long kami tak berada dalam kumpulan/tempat yang sama atau kalau setakat serupa tang corak tapi bukan sebiji sebutat..takde masalahnya. Adatlah dah beli baju pasang siap, itulah risikonya. Aku risau juga kalau diaorang yang terlebih segan & malu. Tapi benda begini orang tak sebut sampai mati, so why worry?

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)