17 February, 2010

Aktiviti senggang

Cuti kali ini baru ada keinginan untuk mencuba acuan comel di bawah ini :-) Lagipun teringat request dari Pn. Anna Peje untuk bagi testimoni pasal acuan telur a.k.a bento ini.
 
Comel bukan? 
Aku beli bentuk 'bebear' & 'rabbit'.
So, takdelah asyik-asyik jumpa telur berbentuk bujur aje.
Caranya; rebus telur hingga masak. Kemudian cepat-cepat kupaskan kulit telur tersebut di bawah air lalu. Tapi kalau kamu hebat, boleh kopek kulit telur baru masak begitu saja, carry on. Janji kulit telur itu dikupas panas-panas. Letakkan telur tersebut ke dalam acuan. Katup rapat dan rendamkan ke dalam air selama 10 min. Saiz telur yang sesuai : M atau L, bukan free size :P
Nanti telur itu akan jadi begini.

  
Setelah di belah, adalah begini.

Bolehlah di 'ngap' bersama kicap dengan lapang hati. Kenapa mesti lapang hati? Sebab yang di'ngap' adalah telur bukan kepala beruang ataupun arnab. Jangan terlalu berimaginasi. 

Okey. Layan gambar si kinting menyejukkan diri di kala cuaca hot.fm.


Bahagian sensored perlulah dicover. Actually dia mandi pakai short tapi lepas 5 min, seluar pendeknya dah terkelepek kat lantai porch. Dah dia bervogel gitu, segan mak bapak ni nak ajak anak jiran sebelah join mandi.
Aku ada ambil gambar dia 'landing baik' atas pelampung tu tapi terdelete pulak. Ampesh.


Feeling-feeling bercanda di pasiran pantai. Seronok sangat si kinting ni mandi kolam, siap ajak si ibu join sekali. Nasib baik la kolam tu sekangkang kera je. Heheh. Puas berpujuk ajak masuk,si kinting buat tak tau je. Makin ligat bergolek-golek dalam kolam tu lagi ada la. Last-last angkut jugak sebab hari dah maghrib. 

Oklah, gtg. Hati tengah gundah gulana ni. Esok ada exam lagi. Bashyaa!

2 comments:

  1. comei plk gmbr telur tue dlm acuan .. idea ..idea ...

    Thanks yer bg semangat psl luahan hati bf kita tue ;-)

    ReplyDelete
  2. Diana,
    dah beli acuan tu dari Syerah lama dah, baru sekarang nak try. Ha'ah..comel. Tasnim makan sungguh-sungguh.

    Psl bf tue, Chem harap Chem pun ada semangat cam Diana, tu la ngan Tasnim dah gagal..kena cuba untuk adik dia..insyaAllah.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)