12 February, 2010

Friend or Foe

Diceritakan oleh seorang insan kepada aku. Aku namakan dia sebagai Y.

Y pernah punya seorang kawan, kawan karib a.k.a teman rapat a.k.a sahabat baik. Aku namakan dia sebagai Miss X. Mereka mula berkawan sedari sekolah rendah. Duduk sebelah-menyebelah di dalam kelas. Pernah sama-sama berkongsi duit untuk membelanja seorang kawan yang tidak punya wang saku membeli makanan sewaktu rehat. Miss X juga pernah datang menjemput Y untuk pergi ke sekolah bersama, dia datang awal, dihantar oleh ayahnya dan dia berjalan kaki ke rumah Y yang terletak lebih kurang 5-6 min perjalanan dengan berjalan kaki. Dia tolong gosokkan baju Y ketika Y hendak bersiap ke sekolah selepas sibuk membantu ibunya berniaga nasi lemak. Selain itu, mereka turut menelaah untuk menghadapi UPSR bersama-sama.

Ditakdirkan selepas UPSR, Miss X mendapat tawaran ke sekolah berasrama manakala Y mendapat tawaran ke sekolah harian biasa berstatus Rancangan Khas. Mereka saling berhubung. Bertukar kartu atau sesekali bertelefon untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Mereka tinggal di dua kawasan perumahan yang bersebelahan. Maka sesekali dapat juga ketemu walau masing-masing punya kehidupan yang sendiri di sekolah masing-masing dengan kawan-kawan baru dan suasana yang berbeza.

Keputusan PMR telah diumumkan. Miss X menelefon bertanyakan keputusan yang diperolehi oleh Y. Walaupun Y mendapat keputusan yang lebik baik tetapi dia tidak terdetik untuk merendah-rendahkan sahabatnya. Baginya itu adalah rezeki kerana keputusan dia juga tidak sebaik teman-teman sekelas yang rata-ratanya berjaya menempatkan diri ke MRSM dan SBP. Ketika itu, Miss X memaklumkan mungkin dia perlu bertukar sekolah.  Dan tidak lama selepas itu Miss X telah ditempatkan di sekolah yang sama dengan Y dan bertekad untuk kekal bersekolah di situ walaupun pernah ditawarkan semula untuk ke sekolah asalnya. Persahabatan yang telah sedia terjalin menjadi semakin erat. Ditambah pula dengan kehadiran seorang lagi teman, gadis yang lincah, cantik dan friendly. Dia adalah Miss Z. Dari berdua jadi bertiga. Banyak perkara dilakukan bersama termasuklah sama-sama memonteng kelas, lepak di dalam bilik sakit sampai terkantoi bermain kerusi roda. Itu antara kenangan di antara kenangan yang mereka kongsi ketika meniti dunia remaja.

Keputusan SPM yang diperolehi telah membawa Miss X ke Melaka, Miss Z ke Sarawak dan Y ke KL. Di kalangan mereka bertiga, Miss X adalah yang terpaling baik keputusan SPMnya. Walaubagaimanapun, Miss X mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pelajaran di dalam bidang lain di daerah kelahirannya. Miss Z pula melanjutkan pelajarannya di Shah Alam. Y juga berjaya menempatkan diri ke sebuah IPTA di Shah Alam selepas menamatkan pelajarannya di KL. Masing-masing sentiasa berhubungan. Ada waktu mereka berselisih faham, bergaduh tetapi itu semua tidak menjejaskan persahabatan mereka. Mereka merasa bangga dengan ikatan persahabatan itu.

Malangnya ikatan persahabatan itu menjadi longgar selepas Miss X memperkenalkan seorang kawan lelakinya kepada Miss Z dan Y. Ketika itu Y telah berhenti belajar kerana mendapat tawaran kerja. Walaupun sayangkan pengajian yang diambil, Y turutkan jua kemahuan dan harapan orang tua. Ketika itu juga Y sudah punya teman lelaki yang dikenali sejak zaman dia belajar di KL. Mereka menjalani percintaan jarak jauh. Kawan lelaki Miss X pula adalah Mr. A. Seorang yang tidak banyak songeh, agak pendiam dan nampak nerd. Mereka berempat kerap keluar bersama. Selalunya Miss X akan meminta Y  menghubungi Mr. A untuk membawa mereka keluar ke bandar. Dari situ, Y dan Mr. A menjadi rapat. Tapi rapat hanya sebagai kawan. Oleh kerana Y tidak punya ramai kawan lelaki yang rapat, maka persahabatan dia dan Mr. A di salah ertikan. Dia memang sukakan Mr. A tetapi hanya sebagai kawan. Mereka pernah keluar untuk hang-out bersama-sama kawan Mr. A tanpa kehadiran Miss X. Keadaan ini disedari oleh Miss X. Dia telah menegur Y kerana dia rasakan Y dan Mr. A telah mengenepikan dirinya. Berselingkuh di belakangnya. Miss X mengatakan bahawa Mr. A bukanlah seperti yang disangka. Dia lelaki durjana. Dia hanya menunggu masa untuk menjadikan mana-mana gadis sebagai mangsanya. Dia bohjan bertopengkan muka mulia. Cerita itu juga sampai ke pengetahuan Miss Z. Miss Z tanpa teragak-agak telah menempelak kelakuan Y. Memandang serong kepada Y. Seolah Y adalah perempuan murahan. Y terpana dengan pandangan sahabat karibnya itu. Hina sangatkah dia? Apakah yang telah dia lakukan sehingga dia dipandang hina sebegitu? Mulia sangatkah mereka yang mengata-ngata akan dirinya? Dia terluka. Ya, mungkin dia pernah terlupa, mengenepikan sahabatnya dan asyik bersama teman-teman baru, tetapi dia tidak sangka begitu sekali tamparan yang akan diterima. Hatinya tertanya-tanya, kalau benar Mr. A itu lelaki buaya mengapa dia diperkenalkan dan digalakkan berkawan dengan makhluk itu pada mulanya? Kalau sudah tahu lelaki itu adalah pemangsa, mengapa tidak terus terang dari awal dahulu supaya dia berjaga-jaga? Antara rasa keliru dan kecewa, Y bertanyakan hal itu kepada Mr. A, dan semestinya Mr. A akan mempertahankan dirinya. Mengatakan dia bukan seburuk yang dikata, memberitahu sebenarnya Miss X sengaja kenalkan mereka berdua supaya Mr. A boleh melakukan agenda jahatnya. Hancur luluh hati Y. Walaupun hatinya kuat untuk tidak mempercayainya tetapi akalnya mahu dia mempertimbangkan semua perkara, tentang Miss X dan Mr. A. Dan akhirnya Y menjauhkan diri dari kedua-duanya setelah menyedari sesuatu. Tetapi jauh di sudut hatinya dia masih menganggap Miss X sebagai sahabatnya cuma dia mahu menjauhkan diri seketika. Tidak berhubung atau berjumpa seperti sebelum itu.

Sementara itu, hubungan Y dan teman lelakinya turut menerima tempias daripada apa yang berlaku. Maka terjadilah sedikit perselisihan faham yang berpunca dari mulut orang. Oleh itu, Y dan teman lelakinya telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan berbincang. Dan hasil perbincangan dari hati ke hati, mereka berbaik dan merancang untuk mengikat tali pertunangan. Perancangan itu sebenarnya sudah lama berada di dalam benak teman lelaki Y cuma dia mencari masa yang sesuai untuk menyuarakannya. Kalau diikutkan kemahuan teman lelaki Y, dia ingin melangsungkan majlis tersebut 2 minggu dari tarikh mereka bertemu tetapi setelah perbincangan dibuat di antara keluarga, tempoh pertunangan dilanjutkan kepada sebulan bagi memberi masa kepada pihak keluarga Y untuk membuat persiapan. Di atas kesibukan waktu antara kerja dan membuat persiapan, Y tidak sempat untuk mewar-warkan tentang perkhabaran pertunangannya.Dia cuba untuk berkongsi tentang majlis pertunangannya kepada Miss X dan Miss Z tetapi dimarahi oleh orang tuanya. Mereka turut terasa dan tersinggung dengan tuduhan yang Y terima. Akan tetapi atas dasar persahabatan, Y tetap cuba menghubungi sahabat-sahabat karibnya itu diam-diam. Seminggu sebelum majlis berlangsung dia telah menghubungi kawan-kawan sekolej, berkongsi cerita dan menjemput mereka hadir sekiranya mampu. Kemaafan diminta kerana membuat jemputan dalam masa yang suntuk. Tetapi hatinya kembang gembira berbunga-bunga dengan ucapan tahniah yang diterima. Mereka mendoakan yang baik-baik untuknya walaupun hanya dari kejauhan. Kemudian Y menelefon Miss X dan Miss Z. Kedua-duanya ketika itu berada di KL. Miss Z memberikan reaksi yang OK, biasa-biasa sahaja. Tetapi Miss X telah memarahi Y kerana lambat menjemput, seolah-olah Y tidak ikhlas menjemput, sepertinya Y sengaja mahu mengelakkan kehadiran dia di majlis pertunangan itu nanti. Ya betul, dalam masa seminggu adalah suntuk untuk mohon cuti bagi menghadiri majlis bersejarah teman karib. Y faham itu. Y juga rasa bersalah tetapi dia juga tidak mahu Miss X terasa dengan peringatan orang tuanya. Y sedih kerana berita gembira yang sangat ingin dikongsi bersama sahabat karib yang disayangi seolah menoreh pisau di hati sendiri. Dan semenjak itu, persahabatan mereka bertiga semakin renggang, masing-masing menjauhkan diri. Masing-masing juga menyepikan diri. Kemesraan sudah tiada lagi. Kau dan kau dan kau. Pergi.

Ok tak nukilan rasa macam ini? Aku tak pasti sama ada aku berjaya menterjemahkan perasaan yang terbuku di dalam hati seorang insan itu. Tiada niat untuk menyemarakkan api dalam sekam, cuma mahu berkongsi luahan rasa seorang insan yang terkenangkan kisah lama.

2 comments:

  1. Adeh.. panjangnya entry ni. Miss Y Missy Z missy x aiyooooooo.. konpius.

    Hmm... nukilan ini selalu berlaku kepada sahabat sahabat karim. almaklumla namapun hidup dan dugaan dan perangai org bukannya semua sama.

    Dan aku ckp kalo ko buat aku takpa :)) aku takde nak kecik ati simpan sampai mati.. kenapa? kerna aku rasa ko dah aku sudah terlalu rapat dan kalo terasa dek sindiran atau perbuatan memasing aku just anggap itu adalah ketidaksengajaan yg tidak kita sedari. Tapi .. cuma dengan kamo dong .. kerna kamo sorang saja shabat baik aku..huahuahua (tumbuk muka lelaju debushhh). Aku takde ramai kawan yg sejiwa cam aku ngan ko. Hanya ko. Tapi ngan org lain, aku tak dpt bertoleransi seperti aku mampo bertoleransi ngan ko. Apakah sebbnya pun aku kurang pasti...

    Tapi percayalah.. ckp aku yg tak ramai kawan ni. Putus sahabat kerna jantan banggang adalah suatu perkara yg paling bodoh boleh berlaku dlm persahabatan. Serius. Ini pandangan aku. Kalo ko gaduh sbb ko rompak kawan baik ko aku lagi puas ati la. Dari putus kawan pasal jantan kebret.. Hampeh membuang masa.

    Hah .. banyak aku bebel ni. Ko redho jekla ek :))

    ReplyDelete
  2. Sahabat karim? Hahaha..setakat ni aku belum ada kawan nama Karim. Not yet. Tapi mungkin ada kawan yang ayahnya bernama Karim.

    Ya, yang tersuratnya nampak macam bergaduh dan berenggang kerana seorang jantan. Yang tersiratnya lebih dari itu barangkali. Hanya empunya diri dan mereka-mereka yang terlibat tahu apa niat di hati.

    Wallahualam.

    Haha! Pn. Noridah really appriciate ur opinion. Ya, redha la nih.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)