17 February, 2010

Nuffnang Charity Project - Baby Ammar

Note: This is a sticky entry. Please scroll down for my latest entries.


Sayu hati tatkala membaca kisah si comel ini. Siapa sangka di sebalik senyuman yang ceria itu, si kecil ini mempunyai masalah jantung konjenital yang dipanggail Patent Ductus Arteriosus (PDA) sejak lahir lagi. Patent Ductus Arteriosus (PDA) adalah keadaan di mana salur darah antara aorta dan arteri pulmonari yang tidak tertutup selepas lahir sebagaimana sepatutnya. Keadaan ini akan membuatkan terlalu banyak darah mengalir ke paru-paru. Pada mulanya bagi kes Ammar, doktor mendiagnosis ianya sebagai "silent PDA not in failure" yang tidak akan menganggu kesihatan Ammar. Walaubagaimanapun, selepas menjalani routine checkup dengan unit Kardio HKL, doktor pakar di situ mengesahkan bahawa Ammar perlu dirujuk ke IJN bagi mendapatkan rawatan dan  menjalani pembedahan berkenaan masalah jantung yang dihadapi.

Keluarga Ammar memerlukan sebanyak RM12 000 sebagai deposit kepada pembedahan tersebut yang akan dilakukan pada 22 Februari 2010. Selain Ammar, ibu dan bapanya perlu menanggung 4 orang lagi adik beradik si kecil ini. Oleh itu, adalah menjadi harapan pihak Nuffnang dan Blogger We Care untuk kita sama-sama membantu ibu Ammar, Azmaniza bt Mohamad Kamal meringankan beban beliau suami isteri demi mengubati masalah kesihatan Ammar Danish.

Para blogger (khususnya) dan masyarakat Malaysia yang prihatin (amnya), boleh sama-sama menghulurkan bantuan dengan cara :

1.  Menukar kepada "show charity ads" di blog manager Nuffnang bagi menyiarkan iklan yang tidak berbayar i.e iklan amal di blog anda, dengan cara ini duit Nuffnang kita sepanjang tempoh charity akan di salurkan kepada dana Ammar.

Langkah-langkah untuk menukar Ads Preference kepada Show Charity Ads adalah seperti berikut:

Login ke akaun Nuffnang anda -> klik pada ikon Blog Manager -> Pilih "Show Charity Ads" pada ruangan Ads Preference -> Siap!

2. Blog tentang keadaan Ammar. Sertakan link ke entri Nuffnang berkenaan Baby Ammar untuk orang ramai  mendapatkan lebih informasi. Anda juga boleh ke laman Blogger We Care dan blog ibu Ammar sendiri untuk cerita lanjut.

3. Hulurkan sumbangan ikhlas terus ke dalam akaun ibu Ammar, Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Semoga sumbangan yang diberi sedikit sebanyak mampu meringankan beban beliau.

Kutipan derma akan ditutup pada tengah malam  17 Februari 2010. Semoga segala urusan yang berkaitan berjalan lancar untuk Ammar Danish sekeluarga. Untuk ibu Ammar, saya kagumi ketabahan anda menghadapi dugaan Allah ini. Semoga yang pahit akan manis akhirnya.


No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)