08 February, 2010

Sangap

Memang sangap. My lappy telah mengalami kemalangan ngeri. Aku dengan bantuan si kinting telah tertumpahkan air pada keyboard laptop tersebut. Huh. Ngeri tak? Ngeri la weh. Kalo takde umur, mau kojol dah menatang tu. Ni semua gegara aku malas nak berulang ke dapur untuk minum air. So aku bawak la air segelas, letak sebelah laptop. Aku dah minum tiga suku dari air tu. Masa tu si kinting takde datang kacau-kacau aku online. So aku bajet tak yah nak risau la bab air nak tertumpah ke apa. Tetiba je dia terkedek-kedek datang, panjat kerusi duduk sebelah aku. Aku dah larang dia jangan usik gelas aku, nanti air tumpah. So dia pandang aje la gelas tu ngan perasaan tak puas hati. Pastu elok je aku angkat gelas tu nak sua ke mulut, si kinting paut leher  goyang-goyangkan badan aku konon nak menyemai perasaan kasih sayang. Huh, memang tersemai sungguh. Suku balance air yang tinggal tumpah elok atas keyboard. Pergh...cantik..berseni betul percikakan air yang tumpah tu. Aku dah menjerit. Mencicit aku berlari ke dapur amik kain. Aku tengok monitor dah gelap. Aku matikan suis. Lap keyboard sampai kering. Aku hidupkan suis semula. Tak boleh on. Pastu terpikir kena keringkan guna hair dryer, so jadi  la keje malam tu geledah segala kotak cari hair dryer. Mujurlah jumpa. Aku cuba onkan lagi laptop tu selepas cubaan mengering menggunakan hair dryer, tapi malap jugak. Makanya padanlah muka ahkak. Padan muka tak leh nak online kat umah. Lagi padan muka kalau kena ganti baru.Terbang duet ahkak. * tawa dalam tangisan *

Takpelah, aku cuba lagi keringkan guna laptop, eh aper la aku merepek ni..cuba keringkan guna hair dryer.huhu, tak pon jemur bagi kena matahari. Mana tau kot panjang umur laptop tu leh lagi nak berfungsi. Kalo hantar repair pon most probably la motherboardnya jahanam, nak ganti kos mesti sama macam beli laptop baru. Nak kena pasrah la nampak gayanya. Pasrah untuk sangap!

2 comments:

  1. Hmm.. tadi dah tulis kat shout box tapi cam tak cukup plak. Kalo dah sangap camni maknanya lama la blog ko ni esok tuan nya p bercuti cuti malaysia ek :(( ala ni aku loteh ni. Aku baru je nak mengakifkan diri aku yg selalu jadi bruang panda kat kutub asik berhibernasi je ni bertransform jadi blogger lady (hakhakhak penah nak guna blogger gurl ada minah tu ckp (jeling ke nina rasa nak debik sebijik) ala ko tu dah lady dah takde gurl gurl dah :)) ampeh!!! Potong sungguh stim!!! huahuahuhaaaaua)

    Aku baru usha Encik Wan register tenet kat umah. Dengan harapan selain duk ngangkang takde wat pape buleh jugak ol ngan ang memalam sambil update blog aku satu hari 5 6 kali kakakakakaaa mao hancuuuuuuqqqq!!!

    ReplyDelete
  2. Meh la aku nyanyi sikit :

    "Kini aku pasrah dengan segalanyaaaaaaaaa..." - nyanyi sambil mulut tercemik-cemik nak nangis. Hahah!
    Ala..ko online je la..mana tau ada keajaiban notebook aku heal itself bila buat sunbathing :)).

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)