02 March, 2010

Apa-apa aje

Pagi ni aku masuk pejabat bertemankan my anak dara, si kinting. Macam biasa, aku memandu ke Kajang nak hantar si kinting dengan harapan Kajang Silk tak jammed. Memang tetiap pagi time hantar si kinting, aku berdoa traffik pergi balik dari Putrajaya ke Kajang adalah lancar. Timing dah cantik time sampai Kajang tapi harapan jadi pudar bila mendapati pintu grill & main door rumah parent aku berkunci. Keadaan rumah pulak senyap sunyi. Ah sudah, confirm mak aku takde. Time tu dalam kepala dan berfikir-fikir, nak ambil cuti atau angkut si kinting ke opis satu hari. Dalam dok terfikir-fikir tu, aku memulakan taktik nak masuk rumah. Yelah, kena lah masuk rumah nak siapkan si kinting. Budak tu aku hantar keadaan masam-masam wangi. Wangi sebab pakai bedak je. Masam sebab tak mandi pagi lagi.Hehehe. Cepat-cepat aku siapkan si kinting. Sauk aje mana baju yang ada then straight to office. Aku dah plan, kalau line tak clear aku nak tebalkan aje muka aku mintak EL ngan bos aku tapi mujurlah line agak clear. Selamat cuti rehat aku and dapat juga la aku selesaikan sedikit sebanyak kerja dalam dok kalut-kalut tu. Hmm..mesti ada yang kata, ala keje gomen boleh aje suka-suki nak bawak anak mai opis. Hoh,takde maknanyer, okeh. Aku ni pun dah sebab terpaksa. Mujur la orang-orang kat pejabat aku tu boleh tolerate walaupun ada juga la mata-mata yang memandang kurang senang, tapi kalau ada yang nak marah pun aku nak buat macam mana. Tadah telinga aje la. Lagipun budak-budak, manalah nak duduk diam.Sekali ngan mulut-mulut dia tak boleh duduk diam. Kang ada yang menyakat, dia melalak. Bila ada yang melayan pulak, dia bantai bergelak. Memang boleh kantoi lah. Lunch hour, aku balik rumah kejap, tukarkan seluar si kinting. Seluar dia longgar, dah melondeh je seluarnya. Dapat juga aku sediakan stok susu & lampin pakai buang untuk sesi petang pulak. Si kinting pun dapat tidur sepam. Untuk esok aku boleh menarik nafas lega kerana adik ipar aku willing nak jaga since dia amik cuti untuk jaga anak dia. Alhamdulillah. Lapang dada aku. Dah la esok aku ada kerja luar kat PTG WPKL.
 
Si kinting dah sengal nak balik. Mulut perlu ditutup dengan serombong untuk mengurangkan nada suara si kecil yang suka menjerit & gelak kuat-kuat. Haih. Tapi kesian la jugak kat si kinting sebab dia tak berapa nak bebas. Si ibu pun tak dapat nak melayan sangat sebab dah namanya duduk kat pejabat kan, bukan nurseri. Hehehe :P

Okeh, sekian sudah kisah si kinting ke pejabat hari ini. Sekarang adalah cerita bergambar seperti di bawah.


Milik siapakah kaki ini? Hahah. Ala, mesti engkau orang boleh teka. Montok dempak pulak tue. Gambar ini di ambil oleh tuan punya kaki sendiri. Tau-tau aje ada dalam folder Picture handphone aku. Aku rasa macam nak gigit-gigit betis budak ni. Ibunyer 'gewam' lah!



Kenapa tiba-tiba terpampang gambar komik. Komik bawang pulak tu. Cute tak? Ini hasil karya aku ex-classmate aku. Tumpang bangga untuk dia walaupun zaman sekolah dulu kami bukanlah sahabat kamceng. Tapi walaupun tidak kamceng, sampai sekarang aku ingat dia. Bukan aku sahaja, ramai lah ex-schoolmate aku yang ingat dia. Dia dulu adalah pelajar yang unik. Kenapa unik? Kerana dia punya perwatakan pelajar skima dan mat gabra. Hah, aku bukan nak kutuk dia eh. Aku paling ingat jawapan yang dia bagi untuk satu persamaan kimia, hormon gollom balada. Tapi ramai yang lupa tentang hal ini. Aku ingat sebab cikgu kimia kami macam nak pengsan dengan jawapan yang masing-masing bagi lebih-lebih lagi dengan jawapan hormon gollom balada yang tak masuk dek akal. Tapi giler kreatif jawapan engkau Farid. Ko banyak makan bawang ye Farid? Masa sekolah, ada la kengkawan aku gossipkan aku dengan dia, kata aku ni tunang Farid. Rasa benggang giler bila kena gossip gitu. Mementang aku comot, Farid skima..diaorang ingat kami cocok lah. Hampeh! Hahah! Lepas SPM, aku selalu terserempak dengan dia kayuh atau usung basikal kat tengah-tengah bandar. Ada waktu aku sembunyikan diri atau buat-buat tak nampak ( giler jahat ati perut aku ), ada waktu aku say hi jugak kat dia. Kali terakhir aku jumpa Farid, maksud aku terjumpa Farid, adalah ketika aku kat area Puduraya. Waktu tu aku baru sampai KL & tengah tunggu best friend aku and her bf datang jemput. Memula ingat takmau tegur tapi fikir-fikir bukan selalu dapat jumpa kawan sekolah, so aku pun tegurlah dia. Aku ingat dia tak cam aku. Rupanya dia still ingat aku. Oklah, kami pon decide nak lepak-lepak pekena teh o ais kat gerai depan Nando's tue. Masa nak melintas jalan, sempat lagi dia cuit pinggang aku. Erk. Hampeh dak Farid ni. Hahah. Terkujat aku. Sikit je lagi aku nak bukak silat kat lintasan zebra kat Jalan Silang tu. Farid boleh sengih-sengih selamba. Soalan dia la yang aku paling tak tahan dengar sambil mencuit tu, "Ko dah kurus sekarang ye Nina...heeeheee." Haa..ya la, tau la aku time sekolah adalah tergolong dalam golongan gebus. Huh! Dan Farid ada buat pengakuan pada aku time tu, bahawasanya apa-apa hal pun..dia nak kawen dulu. Dah settle down barulah dia tenang nak fikir pasal benda lain. Dalam ati aku, "Ko ni dah tahap wajib kawen la kalau cenggitu Farid oii". Nasib la dia tak ajak aku kawen ngan dia. Tapi itu kisah dulu la, kisah zaman muda-muda. Kisah zaman awal 20-an. Hahah! Sekarang aku dapat tahu dia dah berumahtangga. Alhamdulillah. Bagus. Bagus. Dan ada buat freelance lukis komik dalam majalah UMBRA. Ever heard of it? Aku tak pernah dengar. Komik bebudak jaman sekarang kot. Tapi apa yang penting karya Farid, Bawang Boy berjaya mendapat tempat dalam komik itu. Since aku pun suka melukis dan pernah punya cita-cita untuk melukis komik, aku dapat rasakan kepuasan apabila karya kita dihargai.



Ok. Dah nama pun ini entri apa-apa aje kan. Jadinya aku selitkan jugalah antara hidangan yang aku buat last weekend. Hahah..buat bubur pun nak tayang. Eh mestilah sebab ini bukan bubur sebarang bubur, tapi bubur lemak pertama Nina :P. Ia bubur nasi yang dicampur dengan santan. Boleh dimakan bersama lauk-pauk masin pedas atau dengan gula. Hendak pula dimakan panas-panas waktu hujan turun. Memang layan.



Bihun sup. Sempoi sebab tak banyak letak awas, eh ni bukan awas gerak langkahmu KRU yek :P, ni awas macam sayur sawi celur,bawang gorem & daun sup itu. Tiada taugeh, carrot mahupun tauhu. Sup itu bila dah 2 kali perangat barulah rasa lebih bersari. Moralnya, sila reneh sup lama-lama.

Oklah, lepas dah tayang cerita bergambar baru rasa entri ini complete. Barulah terasa mata ni macam dah berat. Adios.

3 comments:

  1. bagus ni..kecik2 lagi dah dimotivasikan dengan dunia keje..hehe

    ReplyDelete
  2. ahahha ana x penah bwk g la..takat bwk nek opis g flash card pastu g bekpes pastu aqil balik umh adalah :D

    ReplyDelete
  3. Solehah: motivasi untuk ibunyer juga..hehehe.

    anna : tasnim dah 3,4 kali juga lepak opis akak bila ada emergency. peberet dia duduk kat tempat opismate depan akak..abis orang tu punya claim ngan punch card kena conteng...adoi la. Sib baik conteng pakai pensil. Kalo tak masak ibunyer nak menjawab.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)