10 March, 2010

Erms...alahai

Pagi tadi ( secara teknikalnya adalah pagi semalam kerana saat entri ini ditulis waktu menunjukkan jam 12.14 pagi ) sambil-sambil memandu ke pejabat, aku layan siaran Hot.fm dengan harapan aku akan dapat aura lebih hangat dari biasa tu. Sebenarnya sejak radio kereta aku rosak & diganti ngan arial tak ori, aku tak suka dengar radio sebab siarannya jadi tak berapa jelas. Kejap-kejap bunyi berdesir. Kejap-kejap bunyi berdesor. Potong sungguh la kalau tengah layan lagu best-best. Jadinya aku lebih rela bercakap sorang-sorang di sepanjang pemanduan. Kira macam tengah praktis nak buat pengucapan awam la. Lantak la kalau ada yang nampak and cakap aku wel-wel ker, minah senget ker..biaq pi lah. Kang kalo dah naik kete ngan si kinting, confirm kena layan Upin Ipin. Kalau dengan En.F pulak tadah je la telinga layan dance music atau techno. Gamaknya dia nak suruh anak bini dia bershuffle dalam kereta sampai roboh enjin terbarai tengah jalan baru nak insaf layan nasyid atau klasik nasional. Hahah. Kereta aku tu dah la antik-mantik.

Oh ye, berbalik pada topik asal..macam biasa la kan, pepagi kat Hot.fm mesti si Fafau ngan FBI buat topik untuk para pendengar calling-calling bagi pendapat ke apa kan. So pagi tadi, topik yang dibincangkan adalah "Adakah anda menyesal berkahwin?". Hahaha..bunyi topik je aku dah terasa akan kehangatannya. Tapi aku dengar program tu dah hujung-hujung. Anyway, ada la sorang caller lelaki ni mengaku dia menyesal berkahwin sebab isteri dia tak mau anak. Katanya dia dah kahwin 8 tahun, waktu memula kahwin dulu dia & isteri dah sepakat  2 tahun pertama perkahwinan, diaorang merancang tak mau anak sebab si isteri nak bagi perhatian pada kerja. Then after that bila si isteri tak concieve-concieve, si isteri ambil keputusan tak mahu beranak terus. So si suami ni rasa terkilan la. Kahwin dah lama, dia sayang isteri dia tapi si isteri tak mahu apa yang dia mahukan dalam sebuah perkahwinan, iaitu cahaya mata. Bila Fafau tanya samada si isteri tu mungkin ada masalah kesihatan ker, dia cakap takde. Bila Fafau keluarkan statement mungkin si isteri nak tumpukan pada kerja atau takut gemuk, dia iyakan. Anyway, even dia rasa terkilan..dia takde terfikir nak duakan isteri dia atau bercerai.

Okaylah, pada aku mana-mana suami isteri pun mengharapkan mereka akan dikurniakan zuriat kan? Lebih-lebih lagi kalau perkahwinan yang dibina adalah atas dasar suka sama suka, pilihan hati sendiri. Mesti  dah lama termimpi-mimpi hendak membina keluarga dengan insan yang dicinta. Si suami dah tolerate bila dia bagi masa pada si isteri untuk fokus pada kerjaya. Si suami juga masih sayangkan si isteri dan rumahtangganya. So tang bab ni, aku puji lah sikap si suami ni. Mungkin dia berani buat pengakuan kat Hot.fm sebab dia nak luahkan apa yang terbuku kat hati dia. Mungkin bukan setakat nak luahkan perasaan, tapi berharap si isteri dapat dengar suara hati dia secara tak langsung. Itu kalau difikir secara positif la. Kalau nak fikir yang buruk-buruk, mungkin aku boleh cakap si suami sengaja nak malukan si isteri, sengaja nak tunjuk macam isteri dia tu selfish atau sengaja nak buat isteri dia naik darah supaya mereka boleh bergaduh kaw-kaw then leh decide nak divorce ker apa.

Aku ingatkan kisah si caller ni habis setakat itu ajelah. Aku ingat segala assumptions aku pun terhenti di situ sahaja tapi tak sangka pulak Hot.fm gatal miang pergi call pulak isteri mamat tu. Masa si isteri tu jawab call, suara dia pun aku dengar dah semacam. Macam bengang. Macam tengah tahan marah. Macam menyampah dengar suara Fafau. Tapi aku rasa memang patut pun si isteri tu rasa macam tu, dah la tetiba pepagi dapat call dari stesen radio siap ngaku kawan pada si suami, tanya pulak soalan cam jibauk pada pendengaran dia pastu nak suruh pulak dia bagi pendapat bab pengakuan si suami, pasal topik pagi tu, maunyer minah tu tak hangin.Lainlah kalau pepagi call pastu bagitau dia menang duit riban-riban ker, percutian ker Paris atau paling cikai ke Langkawi ker..barulah hari dia lebih hangat dari biasa. Ni jadi lebih hangit dari biasa kaedahnya. Kenapalah Hot.fm nak menyibuk-nyibuk call si isteri tu, konon nak menjernihkan keadaan. Bila minah tu cakap, soal tu dia dah bincang suami isteri, dah dapat kata sepakat, dia tak mahu bincangkan hal tu sebab itu hal peribadi & dangggggg..terus letak telefon, sepatutnya engkau orang faham la yang engkau orang bukan menjernihkan keadaan tapi mengeruhkan keadaan. Mana tau lepas tu jenuh si suami tu nak pujuk isteri dia. Mana tau gara-gara tu semua, laki bini tu bergaduh mengalahkan perang dunia ke-3. Isk. Kot ye pun nak menolong, berpada-pada le Hot.fm weh. Adoi la.

Kita tak tahu apa masalah sebenar depa sampai si isteri tak mahu anak kan? Mungkin ya dia selfish, pentingkan kerjaya dari rumahtangga, pentingkan diri dari keluarga sebab tak mahu anak ganggu prestasi kerja dia atau melahirkan anak buat cutting body lari tak terkejar, memenatkan diri atau dia trauma..siapa tahu bukan?! Manalah tahu kot mungkin dia ada masalah kesihatan tapi dirahsiakan kepada pihak si suami. Only Allah knows the best! Jadinya tak payah lah nak menghulurkan bantuan yang tak diminta, yang tak kena pada masa dan keadaanya. Terasa janggal dengan apa yang terjadi pagi tadi.

Hurms, aku just nak cakap alahai Hot.fm :P

2 comments:

  1. kekadang depa tak pasan.. depa step over the limits... nak wat camnekan sbb depa mmg nak menghotkan stesen diaorang.

    Apa kita kena buat...

    Sila ikut saya buat ombak guna tangan dan ckp (dengan sore yg paling kuatttt)...
    Boooooooooooooooo booooooooooooooooo booooooooooooooooooooooooooodoh!

    ReplyDelete
  2. 1stly maaf la cik ida, ai lambat reply ur comment. Ai busy body tahap gaban last week. Anyway, komen ang memang ganeh, siap ada sorak ombak..hahah!

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)