23 March, 2010

Kalau dah tak suka, memang tak di bagi muka

Tiap kali mesyuarat, mesti hamba Allah yang seorang ini akan menghentam kami. Mesti ada saja alasannya. Mesti ada saja silapnya. Dia nampak yang buruk-buruk saja. Yelah, bagi dia benda yang kami bagi kat dia tu melecehkan, tak stabil, 'ada kehidupan' di dalamnya dan macam-macam lagi lah. Oh ye? Orang lain semua dulu pun macam dia juga.Yelah, dahulu itu benda baru. Tapi lama-lama mereka boleh terima, boleh pakai. Mereka cuba bersikap terbuka. Mereka guna setakat mana yang boleh guna. Buat setakat mana yang boleh buat. Orang lain boleh, kenapa kamu tidak? Dan benda yang kami beri itu senantiasa dibuat penambahbaikan demi kepentingan pengguna seperti dia juga. Tapi responnya masihlah nan hado. Masihlah dia kata jangan banding-bandingkan kerja di tempat dia dengan tempat lain. Tempat lain volume kerja tak sama macam dia, tak sebanyak tempat dia, tak sesibuk macam dia. Workload kerja mereka berbeza. Oh ye? Fine. Kami dah lama faham. Kami dah lama tahu tentang isu-isunya. Kami tahu kat tempat dia ada macam-macam kekangan. Kami dah cuba penuhi permintaan mereka. Kami dah turun padang. Kami dah bagi latihan. Still, setiap kali mesyuarat kami dapat luahan rasa yang sama. Memang nampak sangat mereka tak suka. Nampak sangat mereka nak tolak. Nampak sangat mereka tak hingin nak guna hingga perkara kecil diperbesar-besarkan.

Tapi perlu ke bila kami bercakap menyuarakan pendapat dan pandangan kami, kamu beri pandangan yang sinis, tunjuk riak muka menyampah & 'menganjing-nganjing'kan apa yang kami cakap?? Mana profesionalisma kamu?  Kami hormat pandangan kamu. Kami terima rungutan kamu. Apa kamu tak boleh buat perkara yang sama kah? Apa susah sangat kah hendak berkata-kata dengan budi bicara & timbang rasa? Or should i say that u're so waddahek rude, pathetic & annoying?? Macam kami ini bagi kamu beban bukan bantuan. Kamu ini mahu jalan ke depan atau ke belakang? Mara atau undur?  Kamu bersikap telus kan? Telus tapi tak mulus. Takpe. Kami terima. Kami tak mahu bersikap menunding jari kepada orang tapi tak sedar 4 jari tertunding diri sendiri. Kami akui tentang kelemahan di pihak kami (yang telah diperbaiki & akan diperbaiki SEKIRANYA ada lagi), tetapi mengapa mudah kamu meng'tongsampah'kan usaha orang? Hurm..sekelip mata sahaja rasa hormat aku untuk kamu menjadi debu. Berterbangan pergi.

Apapun, jutaan TAHNIAH  dari kami kerana pejabat kamu adalah yang pertama mengorak langkah membuat permohonan KELULUSAN MB walaupun kamu mengaku itu cuma sesi cubaan "nak tengok orang pejabat satu lagi buat kerja ke tidak". Apakah?? :P

2 comments:

  1. Hmm org org camni mmg suka mengtongsampahkan pendapat org sbb mereka ni dari keturunan sampah sampah liar . hahahahaa ko kena paham tu mek dan kena pula memahami mereka, hanya permata dpt menilai manikam, dan hanya sampah dpt menilai sampah.

    Okeh. Sekian terima kasih kakakakakaaa....

    ReplyDelete
  2. sampah pun ada liar,liar jugak ek? huhu. terima kasih pn. ida cheng walia atas kata-kata biasan tersebut. ni sebab aku paham la ayat aku jagaa baek lagi. kalo tak, terpaksa la guna senjata yang binasa lagi membinasakan. kuikuikui.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)