26 March, 2010

Lahabau kau!

Hah, amik ko! Kena setempek. Tapi itu tak semestinya kata-kata maki. Anyway,pernah tak engkau orang kena bahasakan macam tu? Atau engkau orang yang membahasakan orang macam tu? Selalu yang sebut lahabau aper kabau ulau melingkau atas pagau ni  orang Melaka, ye dak?

Aku ni nak kata orang Melaka piau (pure) idak lah. Sikit pun aku tak mewarisi cara-cara percakapan orang sana. Camner lah nak mewarisi, mak aku pun nama je orang Melaka, tapi bila dok merantau..slang Melaka pon dah bercampur aduk ngan slang Ganu & Kuantan. Tapinya sesekali kalau balik kampung ada la aku terikut-ikut stail cakap saudara-mara. "Nenek ko mana?" - "Dia kat darat". "Nijam bebudak bukan nak dengar kata". "Dak adik dah bangun tido belum?". "Atuk ko amik kat kebuh buah tu, marin". Tu antara contoh-contoh slang Melaka yang aku biasa dengar. Itu yang simple so aku faham la. Cuma tang darat tu dulu, aku pelik jugak kenapa dia panggil darat. Bukan kita semua memang duduk atas darat ker? Hahaha. Rupanya itu macam nak membezakan tempat. Erm, camner aku nak cakap ye? Contoh kalau dalam satu kawasan tu..ada rumah duduk kat kawasan tinggi, rendah gitu kan. So umah yang menghala ke bawah dipanggil rumah baruh. Yang menghala ke atas, dipanggil rumah darat. Gitu ler lebih kurang.

Orang Melaka ni terkenal dengan bahasa yang kasar tapi mesra. Tak gitu? Baik time bercakap atau bergurau. Kekadang orang pon konpius diaorang ni bergurau ker bergaduh, kan? Bab bahasa kasar ni, aku pernah jugak la kena bahasakan dek mak aku. Sekali tu time aku nak buat air. Yelah, nak minum petang kan..so aku buatkan lah air teh o, tapi aku buat stail teh o nipis ( time tu sebenarnya aku tak tau pun bab teh o pekat nipis semer, cuma aku malas nak tunggu teh tu kembang..tu yang jadi teh o nipis gitu ), elok jek aku nak hidang tuang dalam cawan, mak aku sound  "Apa ke JALANG air teh ko, kak long?". Tersipu-sipu aku depan sedara-mara. Tiba-tiba aku terasa macam pakai baju jarang bila mak aku cakap macam tu. Amik masa la jugak nak faham rupanya mak aku tegur air teh aku yang nipis/jarang macam tak rupa air teh. Huhuhu. Kang aku buat pekat-pekat, mau sorang-sorang tak dapat nak memerut sebab sembelit. Aku ingatkan pompuan menggeletis aje orang panggil cenggitu, rupanya air berpenampilan nipis pun adalah spesis menggeletis.

Itu satu. Ada lagi cerita sampai mak aku keluarkan peribahasa kampung dia tu. Dulu-dulu, mak aku meniaga. Jadinya malam-malam aku akan tolong sediakan bahan-bahan untuk dia memasak keesokkan paginya. Kalau dia nak buat karipap esoknya, aku kena tolong dia potong kentang nak buat inti. Kalau dia nak buat sambal, aku kena tolong dia potong cili kering. Kalau dia nak buat kuih keria atau cek mek molek, aku kena tolong potong & rebus keledek. Ntah bila ada sekali tu time aku rebus keledek, aku terlupa nak letak garam. Subuh tu bising la dia membebel. Dia kata keledek yang aku rebus tawar meleser. Dia pulak time tu dah tumbuk-tumbuk keledek tu, dah uli dengan tepung semua. Lagi la rasa tawarnya. Nak campur garam time tu mesti dah susah nak sebati. Hangin sungguh la dia dengan aku. "Ha..tu la, aku buat kerja takmo tengok. Rela lagik mengangkang depan TV. Dah keledek aku rasa macam PAN*tuuuuuuuuuuut* HANTU."  Tu dia. Terkebil-kebil la aku mendengar bebelan berunsur lucah oleh mak aku. Tapi sempat jugak la aku bermonolong sensorang. "Isk, mak aku ni..mana dia tahu keledek tu tawar macam tu. Dia penah rasa ke pan*tuuuuuuuuuuuuut* hantu tu?" Maka hari tu, tidaklah aku menjamah balance kuih cek mek molek yang mak buat untuk jualan sebab kata-kita nista darinya masih terngiang-ngiang. Hahahah. Memang lepas tu aku tak lupa dah nak taruk garam time rebus keledek. Siap terlebih taruk lagik ada. Mampos la orang makan cek mek molek masin pulak.

Gitulah ceritanya. Habis.

4 comments:

  1. Saya org melaka tulen. Tapi ada sket derhaka ngan Sultan Melaka sbb aku ckp slang nogori sembilan. Lahabau adalah bende kecik kalo nak tau nau bende yg lebih besar meh aku ckp.

    Aku: Weii, lama tak nampak ko ingat dah mati. idop lagik rupanya ko.

    Ko: Kepala lutut ko la. Aku sihat walafiat ko ckp dah mati. Buter ke apa?

    Aku: Cam lahanat je ko ek.

    Ko: Lahabaunya budak!!

    Baruh, darat, dilir, kulu.. kakakaka

    Aku: Mak, ayah g mana?

    Mak: Ntah Kat baruh kot takpun kat darat. (Which refer ke bawah dan ke atas sesuatu kawasan. cam yg ko terangkanla.. hahahah )

    Aku: Dak idah pergi mana plak?

    Mak: Dia pergi dilir lepas tu dia nak pergi ke kulu lak pergi kedai.

    (Dilir maksudnya kawasan dalam kampung. Kulu plak maksudnya kawasan dah nak sampai luar kg. Cam nak sampai jalan besar la. Okeh tak penjelasannya alalalalalalal ) hahahaha

    ReplyDelete
  2. Hahaha..aku ni bab menyumpah orang kan tak terer. Setakat yang terkeluar adalah lahabau ajelah.

    :)) Nway, mekasih atas penjelasan panjang lebau oleh dak Idah pon pon. Hidup Jopun..hidup Idah!

    *Larikkkkkkkkkkk*

    ReplyDelete
  3. thanks yer chem ..psl ur komen kt my blog layout baru tue ..tp kita tak fhm "Tapi tak leh dah letak banner Diana tu ker? " apa benda yer ???

    ReplyDelete
  4. Diana, maksud Chem banner gambar Diana sefamily kat top of ur blog dulu. Chem pon tak reti sgt bab nak letak-letak gambo banner tu, tapi gambo banner Diana yg lepas tu Chem suka. Cantik.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)