19 March, 2010

Pencarian Finalis Model Tudung FAREEDA

Okeh, ini bukan iklan berbayar ya. Sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan syarikat pengeluar tudung FAREEDA ini. Aku bukanlah penganjur, ahli keluarga penganjur ataupun kenalan penganjur. Aku juga bukanlah salah seorang peserta, ahli keluar peserta ataupun kenalan peserta tapi adalah kawan kepada adik ipar salah seorang peserta. Get it? Dia tolong berkempen untuk kakak ipar dia.  Aku pun memang niat nak berkempen juga (macam nak buat pilihanraya pulak bunyinya), makanya SILA VOTE SAYA (sambil lambai-lambai tangan ala-ala Miss Universe, WORLD PEACE! Muahs..muahs!). Hohoho..kemain tak hinggat mak veragan noks! Feeling-feeling like supermodel la konon. Owh..puh-lease! Memang terlebih sudah. Hahah. Tengok. Gelak pun takde tanda seruan. Itu menunjukkan lawak Man Belon aku tak menjadi.

So, kembali kepada topik. Pencarian ini adalah anjuran bersama pengeluar tudung FAREEDA  & surat khabar KOSMO!. Aku tak pasti bila pencarian ini bermula, jadi aku lagi la tak pasti bila pencarian tu akan berakhir. Cumanya yang pasti pencarian ini bukan setakat di buat di media massa, tetapi juga di media elektronik yakni Facebook. Kalau ada kat tempat lain, maaf lah..itu di luar pengetahuan aku.


Sebenarnya kalau kawan aku tu tak promote link fan page FAREEDA untuk vote kakak ipar dia, memang sampai ke sudah la aku takkan tahu akan kewujudan  tudung FAREEDA ni. Aku ingatkan butik tudung Munawarrah, Ariani & Hajaba aje yang TOP. Rupanya tudung FAREEDA pun dah lama berada di pasaran. Fan page dia dah wujud since tahun 2007.  Ahli pun dah ribu-riban.  Hmm..di manakah silapnya? Mengapa aku tak ketahuan tentang kewujudkan LABEL tudung kontemporari yang satu ini? Adakah disebabkan kekurangan promosi?  (Konon takmo mengaku diri sendiri yang tak up-to-date..kwang kwang kwang!) Yolah, akak ngaku la yang akak ni tak fashionista langsung sebab tu nampak ketinggalan benor bab gaya-bergaya ikut label trend terkini. Pencarian ini memerlukan 10 orang lagi finalis untuk berentap bersama 20 finalis yang telah terpilih ke peringkat akhir. Makna kata, dari 38 peserta kat dalam Facebook tu..10 peserta yang mendapat undi 'LIKE' paling banyak akan menjadi finalis. Tarikh tutup akan dimaklumkan pada wall Facebook dalam masa terdekat. So kepada mereka yang sudi nak bantu wanita-wanita jeliters tersebut menjadi salah seorang dari finalis tudung FAREEDA, boleh la login ke Facebook -> jadi fan page FAREEDA..Nyata Jelita dan mula membuat undian 'LIKE' kepada peserta pilihan engkau orang. Pilihan di tangan anda. Tapi ada jugak la yang komen kat page tu, kalau nak undi jangan undi sebab rupa cantik ke apa, tapi undi atas cara pemakaian tudung peserta yang mengikut syariat. She/he gots a point there. Jadinya, lu pikir la sendiri.

And bila sebut bab tudung-tudung style cenggitu, bukanlah aku tak teringin nak pakai. Aku tengok orang lain pakai cantik..elok je terletak kat muka. Bila aku pakai, dah macam rupa makcik sambal pulak. Kebanyakkan tudung cenggitu yang aku beli, aku bagi kat mak aku. Gamaknya sebab aku pakai tudung yang ala-ala aje kot. Bukan ori dari butik-butik yang tersebut di atas. Hehehe. Kalau pakai tudung FAREEDA ni agaknya, mesti nyata jelita. Erms..sila muntah sekarang. Huhu. Tu pasal la pembaca berita TV9 semua nampak jelita bergaya dengan tudung tajaan FAREEDA ni. (Yelah kan, orang dah cantik..kalau pakai tudung periuk pun nampak cantik..nampak macam fesyen avant-garde aje. Cuba kalau aku yang pakai..mau orang kata, "Kesian minah ni..muda-muda dah wel-wel". Notes : wel-wel = sewel). Eleh, ada aku kesahHHH! Hahah! Berlagaks tu. Erm.. itu kalo berlakon boleh la cakap kan. Realitinya tak tergamak la lagi aku nak pakai tudung periuk,engkau orang pun tak gamak kan? Kan? Anyway, tudung stylo-stylo macam FAREEDA ni sesuai untuk orang yang bermuka bujur sirih, bentuk hati ngan bersegi aje kot. Aku yang spesis muka bulat ni gamaknya kena buat face lifting dulu baru sesuai bergaya ngan tudung camtu. Aku cakap untuk muka aku la kan, muka bulat orang lain mungkin okey aje menggayakan tudung sebegitu. Bertuah la engkau orang yek. Tapi aku ni memang sejak azali lagi bermuka (ada ker perkataan cenggini? Hantam sajalah labu) jenis berisi. Time muda-muda dulu, badan aku ni nampak kurus je tapi bila tang muka chubby tak padan ngan badan. Sampai mak aku cakap aku dah macam Yusanani Yushak, ala ex-pembaca berita kat TV3 dulu tu. Yang kiut-miut sore lunak merdu tu. Kenal tak? Kalau tak kenal, kiranya engkau orang bukan anak tahun 80-an ke bawah lah. Ngeee :D Memang susah nak tengok la muka aku cengkung kecuali time aku alahan masa ngandungkan si kinting dulu. Dedulu siap usaha kunyah chewing gum siang malam sebab nak kuruskan muka. Semua gegara terpengaruh dengan iklan Wringley's. Sampai lenguh-lenguh rahang ni mengunyah. Tapi hasilnya nan hado. So, akak redha ajelah. Mungkin ada hikmahnya. Ayat standard. Tapinya aku akan ingat la statement adik aku sampai bila-bila bab muka aku ni. Time ni zaman sekolah menengah rendah, badan tengah sedap. Adik aku pulak dari kecik memang spesis kurus kedengking. Macam hampeh je dia sound muka aku besar pinggan. Sentap akak oi. Sentap sesangat. Walaubagaimanapun, bak tajuk lagu Scorpions  'What u give, u get back', time adik aku masuk sekolah menengah..dia pulak jadi buntat cam aku. Hahahaha...amik ko. Ala time tu standard la kalau berat badan naik mendadak, perubahan hormon keremajaanlah katakan.

Akhir kalam, aku lapar. Waiting for my fried kuew teow to be 'tapau' by my sister. Tu la, lepak lagi kat umah aku, jadi balaci la kau. Muahahahahah!







No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)