06 March, 2010

Sengalism melanda diri

Sengal sebab penat. Badan penat. Otak lagi penat. Ini minggu yang agak padat dengan kerja-kerja dan aktiviti di pejabat. Mungkin juga balance penat yang lepas-lepas ada lagi, tu yang jadi macam penat sangat. Walhal last week dah cuti 4 hari (Kha-Ahad). Haih. Almost setiap hari aku awal-awal dah rasa mengantuk. Dah tak peduli nak mengonlinekan diri ke apa. Lagi peduli nak membuta. Sambil tengok TV pun aku boleh duduk menganga pejam mata. Kalau tak, selagi tak pukul 12-1 pagi mata aku elok je terbuntang tengok TV atau mentenet. Ini awal-awal dah tumpas sampai ada time aku yang tidur dulu dari si kinting.

Memanglah niat di hati bila online nak berblogging..tapi bila dah sengal cenggini..memang kebuntuan idea jadinya, padan dok menguap je la ngup ngap ngup ngap. Aku minta maaf bebanyak lah untuk korang-korang yang baca entry ni. Aku memang takde cerita. Erms...eh japs, rasa macam ada satu cerita. Cerita di alam mimpi. Macam Mimpi Moon. Batu Suara. Masa ni aku tengah tergila-gilakan Rashidi Ishak Dead Mushroom. Dulu la. Sekarang tak hairan pun ke dia. Dia lagi la tak hairan ke aku sebab bini dia lagi meletops noks! Lagi satu, aku suka dengan soundtrack filem tu..lagu Krisya. Apa ntah tajuk lagu dia. Teringat la 1st time berkaraoke dengan En.F, aku nyanyi lagu tu la. Aku pilih lagu tu sebab time tu feeling-feeling perasan muka ada iras Krisya. Aku bukan feeling tak tentu pasal haa, tapi ada member yang bagi bagitau kenyataan itu ek. Hahah..adakah itu fakta atau auta? Lu pikirlah sendiri.

(+__+) Erks..dah jauh benar menyimpang aku merepek ni. Sebenarnya cerita yang aku nak bagitau adalah 2,3 hari lepas aku dapat mimpi best. Best pada diri aku la. Kenapa best? Sebab aku mimpi berkapel dengan Farid Kamil. Hahaha. Why on earth aku leh mimpi berkapel dengan dia pon aku tak tau. Nak kata aku peminat fanatik mamat tu, TIDAK. Nak kata aku pernah jumpa dia, TIDAK. Aku pun bukan ada tengok dia kat sebarang media massa sebelum aku melelapkan mata. Tup-tup je dia hadir dalam mimpi-mimpiku. Ihiks ( read:gelak gatals ). Dah lah handsome, caring pulak tu. Pujuk-pujuk aku pulak. Hihiks. Tengah aku best layan pujuk rayu Farid Kamil, tetiba En. F gegar bahu aku..kejutkan aku suruh naik bilik tidur. Aku pun cepat-cepat bawak diri masuk bilik nak sambung tidur sebab tak mau missed part best tadi. Siap tepuk bantal 3 kali dengan harapan aku akan dibawa ke alam mimpi yang sama. Giler keji. Layan tak hinggat pulak. Muahahahah. Tapi lepas tu, Farid Kamil dah hilang. Yang ada watak pelakon omputih mana ntah & berlatar belakangkan suasana gurun. Macam cerita koboi dulu-dulu. Tak best. Tapi aku boleh dok tercari-cari lagi Farid Kamil kat gurun tu. Giler merepek. Aku tak sangka, rupanya dalam mimpi aku syok benor kat mamat ni. Baru perasan dia handsome, dia itu, dia ini. Ntah apa-apa.

Apapun, nasib baik la tu semua MIMPI. Kalau tak, serabut perut la nak menjawab kat press pasal skandal kami. Muahahahah..*tetiba* Waddahek! Hurm, malam ni apa pulak la yang akan aku mimpikan. Jeng..jeng..jengs!

2 comments:

  1. Nasib baek bukan Farid Operasi... hahahhahahaha.. klakar2x

    ReplyDelete
  2. siapakah cik/en anon ini? ha'ah..kelakar..kelakar..:P ampes. tp nasib baik la jugak.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)