15 March, 2010

Ugly Betty kah itu?

Lepas season 3, belum ada tayangan untuk season 4 lagi kan? Atau aku yang ketinggalan? Aku rasa macam aku banyak sangat ketinggalan untuk kisah Betty dalam season 2 & 3 tapi bila cari and baca balik the reviews..hehehe..rupanya aku ketinggalan sikitttt aje. Oklah tu. Maknanya bila season 4 dah tayang kat TV nanti takdelah menganga depan TV dengan muka blur. Tak pasti kalau season 4 dah boleh tengok online tapi being typical me, i'm prefer to watch it on TV. Lebih real kot.

Masa season 2 & 3 memang dah perasan, si heroinnya America Ferrera tu nampak macam dah kurus dari masa dia on season 1 tapi sebab dia suka pakai baju shabby-shabby macam tak nampak la that she had lost her weight. Tadi saja la google her new stories & pictures..OMG she looks different lah. Muka dah nampak panjang & runcing. Body pulak nampak very da langsing. Menyerlahkankan kegenitannya. Genit ye bukan genital. Itu lain. :P Mana la tau kot ada yang rabun-rabun ayam ingat aku saja suka-suka bukak topik cenggitu. Tapi sebenarnya mungkin akan ada kot topik macam tu..hahahah!

Ramai yang suspect dia ni tengah gila berdiet untuk menguruskan dirinya. Kira macam mengamalkan diet yang tak sihat la semata-mata nak nampak kurus. Dia dikecam begitu sebabnya sebelum ni, America adalah tergolong dalam golongan yang proud with their curvy body dan menerima bentuk badan mereka seadanya. They live with it & happy with it. Tapi America menidakkan kecaman tersebut, kerana dia tidak pernah berusaha untuk menguruskan diri, tapi tubuhnya menjadi kurus dek kerana jadual kerja yang sibuk. Dia kurus secara semulajadi. America juga mengatakan dia cuma mengubah cara hidupnya supaya menjadi lebih sihat dengan mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran, buat senaman & sentiasa pastikan dirinya mengambil sarapan. Sejak tahun 2002 hingga sekarang, America dikatakan telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 40 pounds. Korang convert la sendiri kepada kg, aku malas nak buat kira-kira tetengah malam buta ni.

Oklah, sekarang meh layan gambar cik America Ferrera. Bagi aku, she still looks fantastic before and after. Kenapa begitu? Kerana dia punya great attitude. Her attitude makes her look beautiful outside and inside. Bunyi ayat sangatlah klise. Lantak situ.

Ini masa tahun 2002. 1st time dia pergi majlis anugerah rasanya. Ceria sungguh dia.

Ini pulak gambar 5 tahun selepas itu.

 
 Antara gambar-gambar dia yang terbaru. Amacam?

Note: All pics taken are googleed.



1 comment:

care to drop a comment? thanx! ;-)