18 April, 2010

Alaut atinaw

Rumah aku dekat dengan kawasan sekolah. Secara tepatnya, sekolah tersebut adalah bersebelahan dengan barisan rumah yang aku duduki. Selang 4 buah rumah, lorong pejalan kaki & pagar. Kalau hari persekolahan, memang boleh dengar suara budak-budak sekolah menjalani pendidikan jasmani. Kalau hari cuti, memang sunyi sepi suasana di situ. Tapi minggu ini, dari malam semalam sudah boleh dengar suara-suara dan bunyi-bunyian dari arah sana. Rupa-rupanya ada perkhemahan bebudak pengakap.  Tapi hanya untuk budak pengakap perempuan sekitar Selangor. Sekejap-sekejap mesti dengar si cikgu-cikgu buat pengumuman. Siang hari tadi lagilah meriah dengan pengumuman. Pengumuman mintak semua ahli pengakap berkumpulah, pulangkan walkie-talkie lah, beratur ikut daerah lah hatta pengumumun supaya insan-insan berkenaan alihkan kenderaan sebab sudah menghalang laluan lori sampah pun ada. Meriah..meriah. Macam itu rupanya situasi bercamping kat sekolah. Aku ni dah habis sekolah baru ada kesempatan berkhemah, tapi itu terus masuk dalam hutan. Syok oo. Ok..ok, ini baru mukadimah.

Dalam banyak-banyak pengumuman, ada satu pengumuman berupa teguran dari seorang guru kepada bebudak tu tentang kebersihan. Mula-mula tu jelas la dengar dia sound bebudak tu pasal sinki. Maybe ada kes bebudak basuh pinggan mangkuk lepas tu tak reti nak buang sisa makanan then sinki jadi kotor & tersumbat. Hmm..cenggitu la kalau dah ramai. Memacam peel masing-masing. Aku ni baru je bajet nak pasang telinga time tu..hahahah, saja buang masa jadi penyibuk kejap. Tapi tak dan apa-apa speaker dah dioffkan.. tak dapat  ler aku dengar butir bicara si cikgu, Ini mesti tengah sentuh isu sensitif kan? Aku membuat perkiraan sendiri.

Kalau sudah isu sensitif orang perempuan dan bersangkut tentang kebersihan, apa dianya? Banyaklah kan? Adalah kan? Kalau melibatkan budak-budak sekolah? Mesti ada kaitan dengan "alaut atinaw". Sila baca dari belakang ke depan bagi setiap patah perkataan. Got it?! Masa didatangi 'auntie visit' bagi kali pertama dulu, aku tidak diajar secara formal tentang penjagaan kebersihan berkenaan tuala wanita. Aku belajar dengan melihat. Bukanlah aku lihat upacara pembersihan itu dilakukan secara 'live' tapi bila nampak sisa tuala wanita yang telah digunakan tetapi bersih di dalam tong sampah, aku faham lah. Oh begitu. Dan aku pun buat begitu. Tapi aku biasa juga melihat tuala wanita yang telah digunakan, dipenuhi tompokan merah dibuang begitu sahaja. Tidak dibersihkan, apatah lagi digulung atau dibungkus, elok merah menyala terlentang di dalam tong sampah yang terdedah. Empunya tuala itu penggeli atau pemalas tahap kronik ker? Kenapa hendak geli, sedangkan itu darah sendiri. Kalau begitu, hah..elok pakai sabut kelapa macam zaman nenek moyang kita. Pernah suatu ketika tandas dekat sekolah aku dipenuhi dengan benda alah itu, ada yang bergelimpangan di lantai, di lubang tandas, di depan pintu. Yang siap dihanger pun ada. Aku tak pasti siapa punya kerja. Tapi memang geli lah tengok tompokan merah merata-rata. Horror pun ada. Yelah, kan makhluk halus suka benda-benda cenggitu. Kang tak pepasal ada minah kena histeria.

Sampai sekarang aku masih ingat dengan petua dari seorang ustazah di sekolah dulu. Katanya, kalau mahu hilangkan kesan kebocoran..silalah guna sabun mandi. Kesan kebocoran itu akan tanggal dengan jaya dan segera walau sudah kering, tidak perlu direndam dengan peluntur segala. Eh, memang berkesan lah petua dia. Aku siap belasah guna syampu juga kadang kala. Janji bersih kan. Harum semerbak lagi. Diaplikasikan juga untuk mencuci tuala wanita. Kadang-kadang ada yang kata, "eh,aku dah cuci la." Tapi kalau sudah betul-betul cuci, kenapa masih ada bau hanyir/hamis? Itu macam main jirus air lalu sahaja atau pijak sekali dua, sudah ye? Spesis yang buat acuh tak acuh aje.

Eh, aku bukan cleanaholics tapi pada aku, kita harus tahu menjaga kebersihan diri dan benda-benda peribadi sebegitu. Kita harus terapkan aspek kebersihan peribadi pada anak-anak gadis kita (nanti). It's a basic thing yang wajib orang perempuan tahu dan buat. Kita kan tahu, benda-benda macam itu jika tidak dijaga boleh mengundang macam-macam malapetaka. Tapi mujur la aku tulis entry ini tetengah malam buta, so aku malas nak sentuh bab-bab misteri nusantara. Malas nak cerita. Btw, aku pernah terjumpa satu produk wanita, cloth pad namanya. Aku ingatkan dalam pasaran ada cloth diaper aje. Rupanya cloth pad pun sudah ada. Katanya cloth pad itu environment friendly.

Malam ini budak-budak pengakap itu tidur awal barangkali. Sekarang sudah sunyi. Daa.

2 comments:

  1. masa sekolah dulu sure ada kes cam gini gaks .. main selamba badak jer bunag merata2 .. alahaiii

    ReplyDelete
  2. diana : kiranya kat mana-mana pon ada org yg perangai cenggitu kan. maybe dorang tak pernah tgk macam mana orang yg dah 'terkena' tu...

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)