08 May, 2010

A'anim

Ni A'anim nye. ( Ini Tasnim punya.) A'anim - Anak aku sebut nama sendiri siap ada idgham bagai. Comel bunyinya pada pendengaran aku :-). Sudah banyak mulut, tapi pelat. Hahah! Mak aku siap musykil kenapa si kinting ni pelat sebab dia cerita aku kekecik dulu tak pelat pun. Yang pelat adik lelaki aku.  Mak aku cerita lagi, masa umur adik aku 2 tahun lebih..Tok Ki Bak (atuk belah ayah) tanya la adik aku, "Mama mana?" Adik aku cakap, "Mama gi PD". 2,3 kali Tok Ki Bak aku tanya, dia dok sebut "Mama gi PD..Mama gi PD". Clueless orang tua tu. Rupanya dia nak cakap, "Mama pegi perigi." Akakaka. Gamaknya si kinting menurun Pak Ngahnya tak? Tapi ntah-ntah En.F yang pelat time kekecik dulu, mana tau kan? Padan la kalau si anak pun pelat juga. Aku pernah tanya En.F dia pelat tak kekecik dulu..sikit pun dia tak mengaku. Hek elleh. Hahaha. Apapun aku tak kisah dia pelat..bukan kami yang ajar dia cakap pelat, memang si kinting pelat semulajadi. Nanti dah besar insya Allah elok la dia bercakap.

Makin besar, dia makin kuat makan. Dia suka makan. Tiap kali aku hidangkan makanan atas meja, mesti mulut dia riuh menyuarakan ke'excited'annya. Kalau ada tetamu, dia yang beria-ia ajak tetamu makan. Tang makan ni, aku pasti dia menurun gen siapa. *Ehems-ehems*  Tapi mujurlah dia jenis makan sikit-sikit aje.  Setakat ni, alhamdulillah berat badan dia normal tapi kalau orang tengok bentuk badan dia mesti orang akan kata kus-mangat punya. Heheh!

Sekarang si kinting dah pandai mengadu, bukan mengadu stail gedik kalau orang marah or pukul sikit pergi lari kat orang lain mengadu gitu..dia mengadu kalau tangan dia sakit ke, dia tak selesa lepas poo-poo ker..jadinya senanglah aku nak tau tang mana yang sakit, bila dia membuang (especially time aku tengah sibuk buat kerja lain so tak terhidu akan hasil pembuangannya itu), kenapa dia tak selesa etc. Sekarang aku tengah latih dia untuk tak pakai dypers. Ada waktu, sempat la kami bawak dia ke tandas kalau nak shishi or pakaikan dypers kalau dia nak poo-poo (si kinting tak pass lagi nak poo-poo kat tandas, mesti dia tahan..tak terteran gamaknya). Tapi ada jugak waktu dia terlepas, menjejes-jejes kat lantai. Kalau tak kena masa, memang mulut aku boleh bising membebel macam Joyah Sport..huhu.

Haa..ini aksi si kinting yang aku snap tadi. Mula-mula aku ajak dia duduk atas pangku layan tengok gambar kat notebook sambil dengar lagu. Lepas tu bila aku dah tak daya nak memangku dia, aku letak dia kat kerusi sebelah sambil aku surfing internet.Elok je aku berpaling kat dia, aku tengok dia dah tertido stail cenggini. Sebelum angkat dia letak atas toto, snap gambar candid sekeping dua dulu. Adoi la..macam mana la duduk sambil tongkat dagu pun boleh terlelap ni nak oi? Si kinting ni kalau dah mengantuk sangat..sambil duduk tengok tv ker, sambil makan ker, memang dia boleh terlelap macam tu je. Tapi ini la kali pertama aku tengok dia terlelap sambil duduk tongkat dagu. Geram ibu tengok kau nak..rasa nak gomol-gomol kau time tu jugak. Tapi tang trompet tu memang spoil sikit gambar, haih.

Sebenarnya aku nak tayang juga video si kinting kayuh basikal, tapi ada error pulak time aku copy file tu dari hp ke pc. Invalid format ke hapa ntah errornya. Malas aku nak godek lelebih. Maybe next time lah. Si kinting dah boleh kayuh basikal roda tiga. Si atuk Harun la yang belikan. Dulu Atuk Johan belikan kereta ayam..Tasnim dah puas dah naik. Sekarang dia kemaruk kayuh basikal la pulak. Memang aku perasan si kinting dah lama teringin nak basikal since kami pindah ke rumah baru sebab dia tengok basikal anak jiran sebelah. Tapi basikal tu sesuai untuk budak umur 5,6 tahun. Jalan depan umah aku pulak bercerun, so aku ingat nak tunggu dia besar sikit la baru belikan basikal. Tup-tup si atuk dah belikan, syukur alhamdulillah. Setakat ni, aku biarkan si kinting main basikal dalam rumah ajelah. Biar dia dah pandai willi handle basikal tu nanti, baru boleh ajak dia berbasikal kat luar.

Selain tu, si kinting dah boleh melukis bulatan..bulat..bulat...bulat. Si Atuk yang ajar. Dari umur dia 10 bulan gitu memang aku dah ajar dia pegang pensil, tapi time tu tak reti nak menconteng lagi. Bila nak dekat setahun baru la dia reti nak menconteng kat kertas..ada jugak la dia terbabas menconteng kat dinding, sofa, kain baju..cuma tak dibuat secara meluas. Lepas kena titik tangan tegur, memang dia ingat la nak menconteng kena atas kertas sahaja. Nih, tengah sambil-sambil aku menaip ni..dia ajar aku cara pegang mouse pulak. Akakaka..ada-ada ajelah kau ni kinting. Muahs..muahs!

Sebagai penutup bicara, meh aku tunjuk sikit hasil contengah si kinting.

Bulat kecik. Bulat besar. Bulat herot. Bulat pengot. Semua ada. Hihi.

Daa.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)