24 May, 2010

Hobi baru

Bila aku mula berjinak-jinak mencuba bakat berbudi kepada tanah.

Pokok limau Hang kasturi. Aku tanam kat laman depan. Memula cadang nak tanam pokok ni dalam pasu besar tapi since aku takde kesempatan nak pergi membeli pasu & dedaun anak pokok ni dah mula gugur ala-ala nak menazakkan diri gitu, so aku cecepat la transfer ia ke tanah. Sekarang bahagian yang togel tu dah berputik. :-)

Yang ini pokok ubi keledek. Sebenarnya sebelum ni tak pernah hayat aku tengok pokok ubi keledek, ubinya pun officemate aku yang bagi sebab dah bertunas-tunas dek lama sangat disimpan. Aku pun ambik ajelah, saja-saja nak cuba tanam. Kalau tengok daun kemain menjalar-jalar lagik, tapi tang ubinya aku tak pasti. Jangan kecut/berlubang kena makan dek semut udah. Ibu (aku asyik tersasul taip ini,mana nak jumpa Ibu keledek? :P) Ubi keledek kan manis, sebab itu semut suka.

Seciput aje serai aku. Jadilah. Kalau agak-agak tak cukup nanti, boleh lah mintak serai dari jiran-jiran sebelah menyebelah. Depa tanam serai bercekak-cekak. Heheh.

Yang condong menyondong ni pokok serai jugak tapi serai wangi. Mak aku bagi. Katanya senang nanti nak guna buat mandi time dalam pantang. Yolah, cakap mak bidan usah dibantah..Akeke! Anyway, aku tak pasti kenapa pokok serai ni nak menyondong. Aku tanam elok dah menegaknya. Bila dah bercambah gini pulak jadinya. Suka hati kau lah serai, janji kau bertumbuh bagai johan.

Anak pokok kari ni aku beli sekali dengan anak pokok limau kasturi tu. Tapi anak pokok kari ni aku tanam kat laman belakang, senang nak petik bila memerlukan nanti. Hmm..btw, ada ke orang tanam pokok kari kat depan rumah? Alah, memana ajelah kan..janji hidup. And aku berharap sangat anak pokok kari ni hidup merimbun macam pokok kari kat rumah lama aku (yang itu mak aku yang tanam). Dah terbayang-bayang aku makan ulam pucuk daun kari. Sedap woo! Rasa herbanika gitu. 

Suko ati den nak masak ayam mosak lomak cili api pas nih. Nak hiris hehalus tabur ateh rondang pun buleh nih. Oh, ini daun kunyit..jangan ada yang ingat ini daun pisang..asal bergulung aje daun pisang.

Anak pokok tomato ni payah sikit nak hidup. Dalam banyak-banyak anak benih yang aku semai, 2 pokok aje yang menjadi. Tak pasti la kalau cara aku menyemai tu tak betul ke apa. Yang pasti, aku tak sabar nak tunggu pokok ni berbuah. Isk..memang tak sabar mahu melihat merah itu tomat.

Lepas ni senang la aku nak cili mulut-mulut puaka sebab aku dah tanam pokoknya. Hehe..acah aje. Asal bengang jek, petik nama cili..asal sentap aje sebut nama cili. Cili juga yang kena yek. Tapi aku tanam cili ni sebab aku nak kenakan mulut sendiri. Biasalah, ai kan suka hot and spicy.

Si lidah buaya ni memang senang hidup. Actually ini pokok pertama yang aku tanam. Dah la takde apa-apa asas bercucuk tanam so aku main biarkan aje pokok ni kat tengah laman berpanas berhujan. Makin hari makin layu. Dari dua pasu sampai tinggal sepasu aje. And untuk pastikan sepasu pokok ni still survive, aku campur tanah sedia ada dengan tanah hitam. Aku gembur-gemburkan. Lepas tu aku tanam semula setiap anak pokok yang ada. Aku letakkan kat tempat yang teduh. Aku siram hari-hari. Alhamdulillah dari hari ke hari pokok ni nampak makin segar, makin bercambah siap bertunas lagi. Aku dah plan nak keluarkan pokok yang bercampah ke pasu satu lagi nanti.

Seriously, bila dah melayan pokok-pokok ni semua..kita boleh jadi ralit (bagi yang berminat lah). Sekarang kalau pergi mana-mana, aku mesti nak cari bahagian tanam-tanaman nih. Tengok anak benih. Tengok baja. Tengok tools untuk bercucuk tanam. Kalau pergi pasar tani, mesti aku geram je tengok anak-anak pokok tu semua.
Dah berangan nak tanam pokok-pokok hiasan & deco laman depan. Dah berangan nak tambah koleksi tanam-tanaman kat laman belakang. Mujur jugak setakat ni si kinting tak gatal tangan usik-usik pokok yang aku tanam. Dia sibuk petik bunga yang kontraktor tanam then masukkan dalam pasu, itu je.

Tips dari pakcik penjual pokok :-)
1. Kalau nak tanam anak pokok direct ke tanah, gali lubang dengan keluasan dan kedalaman yang besar dan bersesuaian. Masukkan tanah hitam terlebih dahulu. Kemudian masukkan anak pokok dan kambus. Seeloknya gunakan tanah hitam untuk menanam kerana selalunya tanah di kawasan perumahan adalah tanam tambak atau padat yang penuh dengan batu-batuan. Tanah sebegitu melambatkan proses tumbesaran sesuatu pokok dan boleh menyebab pokok cepat mati.
2. Bila anak benih telah bercambah menjadi anak pokok, gunakan baja pokok untuk meningkatkan kesuburan tanaman. Baja pokok ini boleh digunakan untuk pokok berbuah (tanaman yang mengeluarkan buah) dan berbunga (pokok bunga). Bila anak pokok tersebut makin membesar, pokok berbuah dan pokok berbunga mempunyai baja yang berbeza.
3. Jangan patahkan dahan, batang atau ranting sesuatu tanaman. Gunakan gunting untuk membuang bahagian yang rosak.

Segmen seterusnya tiada kena mengena dengan berbudi kepada tanah :P

 
Ini adalah juadah makan malam kami. Sup sayur sawi + telur untuk si kinting, asam rebus ikan selar kuning, ikan kerisi goreng & POTAI. Hahahah! Harus harum semerbak toilet aku nanti. Dah lama benor aku tak menjamahnya, Jumaat lepas pergi pasar tani..aku tak boleh tahan..sambar seikat sebab dah teringin sangat. Hoh, aku taulah makruh makan bendalah tu sebab baunya kuat ya ampun. Tapi pandai makan, pandai la cover beb. Gosok gigi kaw-kaw, kumur dengan listerine, flush toilet banyak-banyak kali..kalau tak puas hati, curah shampoo terus dalam toilet bowl kasi wangi. Akekeke. Lagipun bukan aku nganga mulut depan engkauorang kan. Apatah lagi tumpang toilet untuk men'shishi'kan diri. Bagi yang suka makan bendalah tu tapi nak kurangkan baunya, cuba rebus dulu. Rebus dengan kulit-kulit tu sekali. Insya-Allah, baunya takkan setara mana okeh. Takpun makan aje petai jeruk. Layanssss.

4 comments:

  1. seronok dpt memasak dgn hasil tanaman sendiri .. good info bg tue .. bleh ler carik baja pokok pasnie .. sejak tanam x guna baja apa2 pun ;-)

    ReplyDelete
  2. Diana, harap-harap ada la rezeki nak merasa hasil tanaman sendiri. Chem pon sebelum ni tak tau ada jenis-jenis baja..ingatkan boleh belasah je baja apa-apa. Heheh.

    ReplyDelete
  3. -Chem- Ah sangat takleh blah panggilan ni tak reti aku nak membiasakan diri menyebutnya. Kalo Mek tu aku beser kakakakaaa...

    ReplyDelete
  4. Cik Noridah : Panggilan tu dapat time jpin PCM so lekat la sampai sekarang utk geng-geng PCM, mmg x boleh blah..Chem ke, mek ke..i okay sajork..no problem punyoOo. :))

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)