15 May, 2010

Penyumbaleweng

Dulu dekat kawasan sekolah aku ada seorang penyumbaleweng yang suka menunjukkan anunya kepada pelajar-pelajar sekolah yang pergi atau balik dari/ke sekolah berseorangan. Dulu-dulu mana ada istilah penyumbaleweng kan, orang dok panggil si gila seks aje. Dan kerana perbuatan si gila seks tersebutlah aku memahami maksud gangguan seksual. Masa sekolah menengah dulu, aku dan pelajar-pelajar yang naik bas ke sekolah, kena melalui satu jalan bersebelahan dengan deretan bangunan dan rumah-rumah teres. Nak dijadikan cerita, hari tu hari Sabtu & aku merajinkan diri join kawan aku pergi sekolah untuk aktiviti kokurikulum. Aku tak sure kenapa aku balik sorang-sorang hari tu tapi sebab aku balik time tengahari, aku lalu je la jalan tepi bangunan & rumah tu macam biasa. Memang sunyi la sikit jalan tu sebab hari cuti. Tiba-tiba aku dengar bunyi motor. Aku buat dek aje la. Lepas tu aku dengar ada suara dok pangil-panggil "Adik...pandang sini..adik pandang sini!". Bila dah berkali-kali dengar suara tu, aku pon menoleh la. Aku nampak seorang lelaki bertopi keledar elok je parking motor dekat simpang antara jalan yang aku lalu tu dengan lorong belakang bangunan sambil sengih-sengih kat aku. Tangan dia yang sebelah lagi pulak macam tengah pegang something. Aku puas la dok perhati apa benda yang lelaki tu cuba nak tunjuk kat aku. Aku tak dapat tengok clearly sebab silau. Lelaki tu berdiri kat tempat teduh, aku pulak berdiri mengadap matahari. So ligat la kepala otak aku dok pikir apa kebenda yaang lelaki tu dok syok sangat tunjuk kat aku & dalam masa yang sama aku pelik kenapa 'benda' tu dia tunjuk kat bawah je. Lebih kurang 3,4 minit camtu barulah aku dapat pick-up. Ciss..memang celaka la jantan tu..sebab rupanya dia dok  tayang 'anaconda' (pinjam perkataan kak D ~ Green Apple japs) dia ke aku. Padan la meleweh semacam je. Nampak macam pisang tanduk salai pun ye. Terus aku berpaling & jalan laju-laju. Aku nak lari tapi dalam masa yang sama aku nampak ada 3 students dari sekolah aku baru nak masuk jalan tu. Aku pandang dorang & cuba bagi hint tapi tak pasti lah dorang faham ke tak. Aku tengok kemain lagi depa beriringan bergelak ketawa. Jangan kejap lagi korang menjerit macam orang gila sudah. Then aku terus blah. Sambil tu aku terfikir, mesti jantan GS tu ingat aku syok 'layan' 'anaconda' dia sebab cara aku tengok tu macam khusyuk benor memerhati. Haramjadah sungguh. Time tu tak putus-putus aku menyumpah biar 'anaconda' dia berulat lesot.

Ada satu kes lagi, terjadi waktu aku balik dari sekolah naik bas tambang. Waktu tu aku dengan 3,4 orang member kena berdiri sebab seat dah penuh. Adalah lagi 3,4 orang penumpang lain yang berdiri juga tapi keadaan dalam bas tak sesak pun. Tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki, macam dah umur 40-an bukan main syok menyendel-nyendel  kat sorang penumpang wanita yang duduk. Cam lahanat jek buat muka selamba macamkan kami-kami ni tak perasan dengan perbuatan dia. Si penumpang wanita tu pulak dah tebal muka & macam nak menangis tapi dia diam tak bersuara. Kasihan dia. Lepas tu aku tengok jantan tu cuba nak amik kesempatan kat kami pulak. Dia cuba pulak nak bergesel-gesel badan dengan kami. Lepas tu siap raba & picit punggung konduktor bas yang lalu sebelah dia. Melampau sungguh. Aku pun ambik langkah berjaga-jaga, keluarkan pin tudung aku and get ready nak bertindak. (Terima kasih kepada Ustazah Azizah atas tips yang diberi :-), sampai sekarang saya ingat.) Anyway,keadaan jadi terkawal untuk sementara. Cuma bila sampai turn aku & member nak turun, jantan tu cuba nak follow kami pulak tapi bila dia tengok aku pandang dia & menjerit "Jantan gatal!" terus cuak muka dia. Terus dia tak jadi follow kami. Huh, syukur. Tau pulak dia kecut telor bila kena gertak macam tu.

Tapi yang paling tak boleh blah pada aku, ialah apabila seseorang yang layak di panggil ustaz hantar sms berbaur lucah dekat aku.  Kalau orang tengok dia, mesti orang tak sangka dia 'dirty minded' giler.  Siap bagitahu aku,  dia mimpikan aku sekian-sekian. Kalau dia sms untuk bertanya khabar ker, bagi nasihat ker, gurau-gurau biasa..aku takde hal la. Ini siap sebut nak panjat dua gunung lah, panjat inilah..apa kejadahnya. Engkau ingat aku bimbo sangat tak faham kiasan jantan gatal ker? Huh, aku tak desperatelah nak berkenalan dengan lelaki 'beriman' kalau macam itu lah gayanya. Hilang hormat aku pada dia. Ya, engkau manusia biasa, ada hawa nafsu segala but u have done a sexual harassment dan itu penyakit jiwa namanya. Bad ustaz. Shame on you!

Anyway, dari hari ke hari, isu-isu sebegini telah mendapat perhatian dan pembelaan daripada semua pihak terutamanya Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta badan-badan bukan kerajaan - WAO, AWAM, NCWO etc. Kaum wanita lebih terbuka dan aware dengan hak mereka untuk memberitahu, melaporkan dan menghentikan perlakuan si penyumbaleweng. Kaum wanita juga sudah lebih berani untuk bertindak, bersuara dan bijak mengambil langkah berjaga-jaga.

8 comments:

  1. penyumbaleweng.drpd mana dapat pkataan tu?HAHA..hebat btol pngalaman cik kak. n sy suke dgn istilah yg baru sy tau contohnye anaconda,pisang salai etc.boleh pinjam kan pkataan tu kalau nk bt post?hehe

    ReplyDelete
  2. Encik Izzo, dapat dari internet. Pernah terbaca dalam majalah ke suratkhabar jugak. Dah merata orang pakai.Proper sikit bunyinya. :P

    Pengalaman mcm tu bukan hebat, tapi cilanat :P Hahah, siap sebut contohnya, x koser sungguhlah.

    Suka hati la kalau nak gunapakai pun, jgn salahgunapakai sudah.

    ReplyDelete
  3. HAHA.proper dr gile seks kn. kt sekolh dulu ade gak penyumbaleweng mcm tu..tp die tunjuk kt pompuan jela. tak kan nk tujuk kt org laki ye dak?wawawawawa ;)

    ReplyDelete
  4. En. Izzo, mana la tau kot penyumbaleweng tu gay..awk pon boleh jadi mangsa.

    ReplyDelete
  5. aku pun pernah kene gak..zaman balik sekolah...dalam bas berhimpit2...kalo yang dapat duduk tu la kene gesel ngan pakcik tua nak mampos...ee geram aku orang camni...hehehe...terEMO plak

    ReplyDelete
  6. Piah...bab-bab macam ni kita emo takpe. Wajib emo. Kalau kita x emo, mesti ada yang x kena.

    ReplyDelete
  7. aku pernah kena masa kat ypmkl..on the way nak p amik xm.last day paper mgt sem 5..aku pon tak pasan nape mamat tu dok sengih sambil pegang something..pastu baru ternampak...hampes...sib baik tak suwei...aku lulus paper tuh ....heheheh...tak ble blah sungguh mamat tuh

    ReplyDelete
  8. Uiks..kat kolej kita dulu pon ada OGS ni eh? Mujurlah aku x pernah jumpa. Aku kalau jalan sensorang otw nak pegi or balik kelas, mesti aku buat muka huduh - kembangkan hidung & kelepet tudung ala-ala mbah indon. Akaka.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)