05 May, 2010

Pesan Makcik Juli

Hahaha..gigih la hari ni buat entry 2 sekaligus. (Ada orang lagi gigih sampai 10 entry 1 hari..tu kira meroyan ke hapa? Huhu!) Sementara aku ingat pesanan mak aku ni, aku taip lah..kang dah lupa..hapah pun takdak.

Gini..semenjak dua menjak ni ada lah 2,3 tiga orang kawan aku yang tanya sama ada mak aku free untuk mengurut member dorang yang keguguran. So aku tanya la mak aku kot-kot sesiapa ada call nak mintak berurut. Oh ye, mak aku ada kemahiran mengurut dan menjaga wanita lepas bersalin. Masa aku nak bersalinkan si kinting dulu, member-member cakap aku tak payah susah-susah nak cari orang untuk berurut atau jaga aku dalam pantang. Hehehe...betul tapi dek penangan dapat cucu sulung & aku pulak duduk hospital lama, aku dah masuk belas-belas hari berpantang baru la dapat berurut..naik sebu badan ni penuh angin..hahah! Tapi yelah kesian gak kat dia, nak jaga anak berpantang lagi..nak jaga cucu lagi..nak jadi babysitter anak jiran lagi..nak buat kerja rumah lagi..maka redhakan ajelah. Dia dah sanggup nak jaga tu pun dah besar rahmat. Syukur Alhamdulillah (gaya Hai-O).Hahaha. Eh..terlajak menceceh hal lain pulak.

Okay, just nak share pesan mak aku ni. Kalau mereka yang keguguran (misscarriage ye bukan keguguran rambut atau bulu idong..tu korang pepandai la pegi Yun Nam's Hair Care or pakai syampu Bawang wachaa-wachaa Jackie Chan :P) dan ada buat DNC, janganlah memandai nak berurut kat perut. Nak berurut badan takpe. Sebabnya, waktu tu rahim still ada luka..kalau diurut takut nanti rahim makin bengkak atau turun darah. Tak kisah la waktu tu engkau orang rasa macam peranakan jatuh ke apa. Kena pastikan peranakan tu dah ok baru la boleh diurut. Amalkan minum air kunyit 3 pagi berturut-turut untuk sihatkan kembali peranakan dan berpantanglah seperti biasa. Air kunyit tu lagi mujarab kalau dicampur dengan air rebusan inai. Boleh cuba yek.

Just my two-cents :-)

3 comments:

  1. akak pjg kalo nk urut badan mak akak amik baper rm :D nk beurut neh sbb x mkn jamu ms lam pantang

    ReplyDelete
  2. Aku cam kenal je ayat ada org buat sampai soploh entry satu hari tu gagagagagagaga.... tapi takpe mek, kalo ko nya entry 3 juta sehari pun aku tetap akan bukak dan baca okeh :)) hua hua hua sbb ayat ko best.

    Mak juli mengurut? Eh! Aku kuat gak berurut ni walaupun tak rajin g spa. Tapi aku tak penah try berurut ngan mak ko agik ko agak agak napa ek ?....

    Sbb kalo mama julie pegang je perut aku mesti berbuih mulut dia suh aku mkn rempah ratus wehhh .. :(( tak redha aku nak dgr khutbah dia :(( skalik dia ckp.

    Joe, ko ni lemak ke daging yg mengeleber ni joe (Nama samaran ini sila jgn pecah di mulut yer mek aku belasah ko!!! Hua hua hua )

    ReplyDelete
  3. Anna : Akak tak sure la, RM20/30 kot. Kalo nak berurut, kena kaw tim dulu ngan dia. Kalo nak, akak leh bagi no fon dia.

    Along : Biasalah mulut makcik Juli, laser sikit. Tu yang den lomah tu. Hahaha!

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)