01 May, 2010

Putus tunang?! I'll see you in court!!

Bertunang itu adat dan dalam masyarakat Islam, selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak, pertunangan tersebut adalah digalakkan kerana ia adalah suatu bentuk perjanjian di antara pihak adam dan hawa untuk melangsungkan perkahwinan. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut boleh dibatalkan atas sebab-sebab yang munasabah dan mendapat persetujuan kedua belah pihak.Which is pihak lelaki atau perempuan, masing-masing ada hak untuk memutuskan pertunangan. Tapi bukanlah boleh suka-suka nak bertunang then suka-suka pulak nak putuskan.Bukan macam , "Kenapa U bagitahu dia kita dah bertunang, hah?" "Kenapa? Salah ker? Kan kita lagi 3 minggu ++ nak nikah?" "Whutever, i nak kita putus sekarang!" "Putus?Kenapa? Sebab dia ker?" "I dah tak tau whether I nak kawin dengan U atau tak. I dah tak rasa apa-apa." "........, kalau  u betul-betul nak putus, kita buat cara beradat. U kena datang jumpa mak bapak I." "Ok tapi pulangkan cincin tanda & tunang yang I bagi tu." "......, if u insist time U datang rumah I nanti, I pulangkan.". (Ini contoh dialog drama bertajuk "Putus sudah kasih sayang" ye para pembaca sekalian, Ahaks!) 

Amboi-amboi..engkau buat onar, engkau mintak putus then engkau tak segan-silu nak mintak balik semua. Masa nak bertunang, engkau jugak yang beria-ia convince si dia  & keluarga yang engkau sudah jumpa calon isteri terpaling istimewa. Engkau jugak yang beria-ia canang pada saudara-mara & rakan taulan semua, "Ini tunang saya". Tup-tup..bila majlis sudah semakin hampir, persiapan sudah dibuat, engkau buat peel pulak. Sudahlah tidak berbincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak, engkau hilang begitu sahaja. Jadinya kalau setakat engkau tengok orang lain bertunang, then engkau pun terasa macam nak bertunang, lupakan saja. Memanglah ada orang kata, alangkan suami isteri pun boleh berpisah..inikan pulak orang bertunang kan?Memanglah. Tapi engkau bertunang tu bukan macam main pondok-pondok ye.Main pondok-pondok tak perlu nak keluar duit buat persiapan segala. Main pondok-pondok tak melibatkan air muka & maruah keluarga. Main pondok-pondok tak melibatkan hati dan perasaan siapa-siapa. Tapi kalau putus tunang tak kena gaya & caranya, memang boleh buat kita putus saudara.

Orang kita kan penuh dengan adat, apalah salahnya kalau berbincang elok-elok antara dua keluarga. Kalau pihak lelaki minta putus sebab si perempuan merenyams dengan jantan lain, hah..persilakan tuntut semua barang-barang hatta wang hantaran yang diberi. Kalau si lelaki minta putus sebab dia yang merenyams dengan betina lain, sila amik cermin sebesar-besar alam & cermin diri sendiri dulu. Jangan bikin malu orang aje. Tak guna jadi lelaki kalau takde timbangrasa atau rasionalnya. Sama jugak untuk pihak perempuan. Kalau engkau buat hal (samada engkau nak putus atau si lelaki mintak putus), jangan nak bikin kecoh macam engkau yang teraniaya (unless, memang engkau dianiaya atau ada salah faham yang tidak dibetulkan. Almaklum, tunangan orang especially perempuan memang terdedah untuk difitnahkan). Reti-retilah nak pulangkan wang hantaran. Kalau tidak dituntut, engkau sekeluarga patut bersyukur. Kalau engkau menjadi mangsa keadaan, tabahkan dan lapangkan hati menerima ketentuannya. Satu keluarga malu itu sudah tentu. Berhabis duit juga sudah tentu.

"Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan 'jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah."

"Berkenaan pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen & Enakmen Kekeluargaan Islam Negeri Melaka 1983 telah menyatakan bahawa: Jika pasangan telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, berseorangan atau melalui perantaraan, apabila suatu pihak enggan berkahwin tanpa sebab-sebab yang sahih maka dia bertanggungjawab memulangkan segala pemberian pertunangan. Pihak yang dimungkiri juga boleh memohon tindakan mahkamah bagi meminta pihak yang mungkir janji membayar apa-apa juga wang yang telah dibelanjakan bagi membuat persediaan perkahwinan."

Sudah termaktub dalam undang-undang, mana-mana pihak ada hak untuk menuntut hak masing-masing sekiranya terjadi kejadian putus tunang. Apa yang penting, tuntutan yang dibuat adalah berpatutan dengan kerugian yang dialami, bukanlah atas dasar ingin menangguk di air yang keruh atau atas dasar ingin membalas dendam hingga mendatangkan mudarat kepada pihak satu lagi. Jika tak, inilah sebabnya timbul isu saman-menyaman dengan jumlah yang ntah apa-apa. Nampak sangat macam harga maruah engkau sekeluarga boleh dibeli dengan duit. Nampak macam engkau tak redha dengan ketentuan-Nya. Kenapa perlu menyulitkan keadaan yang dah sedia sulit kan? Tak perlulah naik turun mahkamah semata-mata kerana nak puaskan hati,  bukan untuk selesaikan masalah.

Pada aku, kedua-dua belah pihak patut berani bersemuka dan berunding dengan cara baik. Jangan biarkan hanya satu pihak yang beria-ia untuk selesaikan masalah dan jangan sekali-kali mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan dengan pertunangan tersebut. Satu pergi sepuluh mari. Mungkin dia bukan jodoh terbaik untuk engkau. So let it be.

2 comments:

  1. Dialog yg di atas skalik tu aku cam penah dgr. Hua hua hua. Ok tak klakar bak kata D.

    Tapi setahu aku kamo dah ada anak. kakakakaka sapa pulak yg putus tunang segala ni. Saman menyaman di mahkamah manakah ini? Adakah ari ni ko buat sessi Melodi versi bloggers? Owh sungguh, sungguh aku tak buleh teka sapa yg anda maksudkan di sini. Tercari mencari dan trus mencari sapakah gerangan yg anda maksudkan..

    Adakah?!!

    ReplyDelete
  2. Takde la..Kebetulan ada terbaca kes saman pasal putus tunang dalam newspaper, alang-alang nak bagi pendapat..saja la aku selitkan pengalaman hidup sekali..opss,akakak!
    Tapi apapun, tepuk dada tanya akal :-)

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)