12 June, 2010

A'anim & Yaya bersepeda

Apa? Bersependar? Bukanlah...bersepeda. Tau? Kalau tak tahu sila tanya cik adik manis si Totinx. Hahah. Tetiba.

Bersepeda itu berbasikal daa.

Inilah Yaya, my niece. Ahli sumo comel dalam keluarga kami. Hahah. Eh, serius dia boleh buat aksi macam sumo hentak kaki tu. Hurm..tak dapat kayuh (sebab kaki dempaknya tidak sampai), dapat posing pun jadilah.

Iskh..iskh..naper tak bergerak-gerak ni? Gigih juga mencuba sebab camerawoman a.k.a her Auntie Lely sedang rancak snap gambar dia.

Bila basikal tak bergerak-gerak, maka rampasan kuasa pun berlaku. A'anim menggunakan kuasa veto yang ada untuk merampas takhta. Yaya berlalu  pergi sebelum perang saudara meletus.

Mentang-mentang kaki dia sampai nak kayuh pedal, kemain lagi dia tunjuk skill. Berputar-putar kaki mengayuh..kalah pakcik beca.

Walaubagaimanapun apabila kita adalah bersaudara, maka adalah lebih afdhal menunggang basikal together-gether. *Sigh*  A'anim kayuh & Yaya jadi pemboncengnya.

No comments:

Post a Comment

care to drop a comment? thanx! ;-)