08 June, 2010

Kereta buruk

Aku pakai kereta tempatan sahaja. Aku panggil dia semut hitam. Hehe, saja la bagi nama. Aku pakai sejak tahun 2004.  Ke hulu ke hilir itulah kenderaan yang aku naik. Dari zaman bujang, bercinta, berkahwin dan beranak (pinak belum lagi sebab baru sorang). Dua kali dah accidentnya. Itu major punya accidentlah. Yang takat terlanggar tiang porch, bergesel tembok simen, bumper jatuh, side mirror kena langgar ngan mat rempit tu tak termasuk ar. Siap ada member aku cakap..tu semua tanda aku bakal jadi pemandu jebat hebat. Akaka. Ha'ah, 'hebat' bebenor. Bak kata Mail dua singgit, biar berparut badan..macam tu lah anak jantan.

Akibat kejadian-kejadian yang menimpa dirinya, semut hitam aku menjadi comot dan nampak uzur (even dah direpair, dicat semula, manakan sama dengan rupa asalnya..ye tak? . Penampilan luaran nampak selekeh. Sudah bertompok-tompok. Tak lagi hitam berkilat.  Dek kerana rupa dia yang nampak uzur, ramai lah orang yang mengusulkan kami bertukar kereta. Betullah tu. Memang ada relevannya kami bertukar kereta. Perancangan tu sudah ada. Tunggu keadaan kewangan benar-benar mengizinkan saja. Kalau setakat ahli keluarga yang menegur kami terima lagi. Kalau tak dapat dijawab pun, masih boleh jugak tersengeh-sengeh macam kerang busuk cover diri. Tapi bila kawan-kawan semua dah pakat tegur, asal nampak muka macam dah takde topik lain nak cerita..mesti nak kaitkan dengan kereta buruk kami..apa kes? Hah..apa kes? (Saja ulang soalan nak bagi orang tahu aku menyampah, sama menyampah kalau orang single asyik di asak soalan bila nak kawen, yang dah kawen tapi takde anak asyik ditanya bila nak beranak. Faham?!) "Eh kau tak boleh masuk A Farmosa sebab kereta kau kereta buruk. Sana semua stok bawa kereta besar-besar. " So? Kat sana ada peraturan ke kena pakai kereta mewah baru boleh masuk? Kereta macam kami ni stok apa? Stok penyangak aje yang pakai ker? Stok orang ulu aje yang pakai ker? (no offensed yek),  atau stok ayam? *tetiba*  Kereta kamu pun bukan mewah sangat, bukan BMW atau Merc mata belalang. Bukan HA. Err..aku buta sikit bab kereta-kereta mewah nih. Engkau orang faham sendirilah kereta macam mana yang mewah kan, macam-macma jenis..aku sebutkan beberapanya saja. And kereta dia cuma kereta baru, pengeluar sama juga macam semut hitam aku. So, kamu pakai kereta baru..kami kena pakai kereta baru lah? Cenggitu? Boleh tu boleh, memang kami teringin nak berkereta baru, tapi kamu hulurlah duit depositnya ker..tolong bayarkan installmentnya ker..baru kami boleh saing dengan kamu. Jangan pandai cakap aje ye. Kami ini golongan marhaen, berpendapatan sederhana dan hidup sederhana. Makan, pakai kami ikut kemampuan yang ada. Btw, tanggungan kita berbeza. Jangan pandai nak perlekeh orang aje. Bukan tak cuba buat peruntukkan untuk perbaik mana yang patut, tapi kalau ada perkara yang lebih penting dari itu, bagaimana? Setakat ini asalkan kereta kami boleh bergerak, selamat digunakan :-), tak meragam..kami pakailah. Nanti dah ada rezeki, pandai-pandailah kami mencari & pandu uji. Huhu.

4 comments:

  1. huhuhu biasala ader yg lg poyos dr tue pon ader nk2 plak kalo dr yg org yg kenali rapat mmg rasa nk lempang jerk muka

    ReplyDelete
  2. NINa aku pon kene gitu.alkisah depan umah aku kat presint 14 nih,ada satu kuarga ni.ayah dia suka bertandang umah anaknya.one day ayah dia nampak aku dok cuci keta.Terus tegur kete dah buruk..bila nak beli baru..mencik aku..anak dia pon pakai wira je..

    ReplyDelete
  3. sabar..sabar..jangan mare..manusia tak penah puas pada apa yang di beri n lagi hampess dengki pada org di sekeliling..so kategori yang drain mouth aka mulut longkang ada di mana-mana...biarkan...satu masa akan kena juga...dalam pelbagai cara

    ReplyDelete
  4. anna : tu le pasalnyer anna, ramai manusia yang 'hoyo' a.k.a poyo. Janganlah kita tergolong dalam golongan 'hoyo' yang tak bertepatan cenggitu.

    nat : pakcik tu nak ramah-tamah tapi x kena gaya. tak pasal-pasal org menyampah ngan statement dia.

    anon : yer..mmg xmo mare-mare. cuba xmo layan ayat-ayat mulut longkang tu semua. yup, what goes around comes around. TQ.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)