14 June, 2010

Kesenggangan dalam kesibukan

Hendak kata waktu aku senggang sangat, aku rasa macam tidak. Hendak kata waktu aku macam sibuk sangat, rasa macam ada orang lain yang lagi sibuk. Apapun, lusa aku akan follow bos aku meeting di Kedah, ambil flight seawal pagi dan balik lewat malam. Pecah rekodlah nanti aku bangun bersiap pukul 4.30 pagi. Bulan puasa aku bangun sahur pun pukul 5. Huhu. Khamisnya pulak aku berkursus 5 hari, Isnin depan baru habis. Habis kursus, selang dua tiga hari aku akan ke Kuantan untuk setup system for training. Dan hujung bulan ni aku bakal berkampung di Kuantan 5 hari sebagai tenaga pengajar for that training. Terpaksalah tinggalkan si kinting dengan atuk & nenek dia nanti. Haih..kena latih hati untuk tahan rindu ni. +__+

Aku malas nak fikir kesinambungan cerita dari perenggan pertama. Aku tayang gambar teruslah.

Motif gambar makanan aku letak watermark? Hurm..entahlah. Ikut suka aku je kadang nak letak, kadang idak. Bab-bab watermark ni memang aku tak berdisiplin sikit. Apa-apa jelah. Gembar di atas adalah menu lunch merangkap dinner semalam. Kari udang, sup bebola daging + cendawan, tempe goreng & papadom. Asalnya nak buat sambal tumis udang, tapi bila terserempak dengan seikat kacang panjang waktu selongar freezer..terus datang idea nak masak kari. Kebetulan santan ada, serbuk kari pun ada.

Nasi goreng sempoi + keropok ikan & milo ais. Pepagi buta dah minum ais. Tak bagus..tak bagus kan? Tapi aku sarapan pun dah pukul 9 lebih. Tekak pulak haus. Layankan saja walaupun konon aku nak pantang. Memang pantang lah pun, pantang nampak. Haih..memang susahlah aku nak kurus bila gini gayanya. Hurms, nasi goreng itu adalah nasi goreng perencah Adabi. Aku campakkan juga isi udang barang secekur dua. Sayur mayur takde. Dah namanya sempoi, kan? Kalau makcik Juli, mau dia panggil tu nasi goreng bodoh. Lagik sadis kalau dipanggil nasi goreng tongong. Ye la, mana tak bodoh/tongongnya, goreng nasi semata-mata. Huhu. Tapi sebenarnya tu panggilan standard. Cuma kalau orang tak biasa, mau sentap la orang manggil masakan dia macam tu. Aku pun tak pasti kalau ada minah Melaka yang baru kawen, nak buat ramah ngan mak mentua yang bukan orang Melaka pastu nampak mak mentua goreng nasi pepagi..terus tanya, "Mak masak nasi goreng tongong ye?" Confirm si menantu dapat makan nasi goreng tu sekuali sebab mak mentua balas soalan tu dengan menelangkupkan kuali menggoreng nasi ke atas muka menantu 'mithali'. Kui kui kui.

Oklah, esok kerja. Kena tido dah ni. Nak ambik mood kira biri-biri.
Nite, nite!

2 comments:

  1. ahahha jap2 ajk aqil gelak skali ehehhe comei nyer tasnim wat camtue :D

    ReplyDelete
  2. anna : tu gaya tasnim nak bodek kami.

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)