28 June, 2010

Oh mata memandangku

Aku suka pakai kanta lekap. Kali pertama dan terakhir aku pakai kanta lekap adalah sewaktu majlis pernikahan & persandingan aku. Lepas tu kanta lekap aku lesap. Bukan aku yang lesapkan. Tapi kawan Pak Andam aku yang lesapkan. Dia kata dia nak pinjam. Nak bergaya untuk satu pertandingan 'auw-auw'. Tapi kalau dia pulangkan pun aku takkan pakai punya. Kan kanta lekap itu sensitif, wajib dikendali dengan penuh hygienic jadi kalau dah banyak tangan yang menyentuh erk..tak pasal-pasal aje nanti mata jadi korban. So takpelah, aku halalkan. Aku pun bukan pandai sangat pakai. Ambil masa berjam-jam nak pakai. Dan aku ni malas nak handle benda renyah-renyah. Kena tunggu time ada mood baru menjadi nak bagi mata bergaya.

Oklah, baru-baru ni aku dapat sampel percuma dari Ciba Vision. Itupun hasil informasi dari Kak Di (Green Apple) & LadyNoe (Perempuan Jomblo) tentang promosi yang dibuat. Ciba Vision sedang mempromosikan Freshlook Illuminate- sejenis kanta lekap yang bukan sahaja memberi pandangan yang lebih jelas tapi mata hitam yang lebih besar. Bukankah mata hitam nan besar seperti anime mangga Cardcaptor Sakura itu comel? Didatangkan dalam bentuk sepasang (depends pada stok kot, sebab aku tengok LadyNoe dapat 2 pasang eh 3 pasang..err, tak pasti tapi bukan sepasanglah.) dan berwarna ungu. Kamu minat ungu? Kalau minat kumpulan Ungu pun adalah relevan untuk inginkan sampel percuma ini satu. Kalau mahu, sila klik sini -> http://www.freshlookilluminate.com/ Manalah tahu masih ada rezeki untuk kamu.

Oh ye, harus diingat bahawa sampel itu adalah pakai-buang untuk 1 hari sahaja. Arahan pemakaian akan disertakan bersama sample yang dipos. Sila baca dan fahamkan ye. Jika berpuashati dan mahu beli, baucer potongan harga 30% juga diberi.

 Posto! Posto!
Aku boleh lupa 'power' yang aku mintak untuk kedua belah mata. Aper? Korang ingat aku mintak Power Rangers ker? :P

Perbezaan yang nyata. Mata kanan aku nampak lebih bundar,bulat dan bersinar. Err..sebenarnya effect bling-bling adalah rekaan semata-mata. Sekali imbas macam seram jugak tengok gambar ni yek?

2 comments:

  1. mata bawah tu cam momok ah :-O (pulangkannnnnnnnnnnn contact lenssss kuuuuuuuuuuuu)

    ReplyDelete
  2. :)) macam momok yek. Pastikan hidup anda tak diselubungi misteri..huhu!

    ReplyDelete

care to drop a comment? thanx! ;-)